Saya berpeluang pergi ke beberapa buah gerai menjual buku di Gelugor ,Pulau Pinang untuk membeli sedikit buah "tangan" untuk santapan minda dan rohani diri sendiri. Saya berniat untuk mendapatkan naskah terbaru sebuah akhbar alternatif , namun langsung tidak boleh didapati di sana. Apabila ditanya kepada pemiik beberapa gerai ,jawapannya sama sahaja yang diterima ,"maaflah ,"paper" macam tu dah kena rampas ."
Di benak pemikiran saya ,terpancar soalan, "Di negeri "pembangkang" pun Harakah kena rampas ?" . Pelik dan ajaib. Untuk "melegakan" jiwa yang dahagakan makumat daripada pelbagai sumber (saya baca akhbar arus perdana dan akhbar alternatif) , saya pun membeli akhbar Mingguan Wasilah. Saya tidak begitu pasti kenapa akhbar ini tidak dirampas.
"Mungkin masih "clean" kot",sapaan pemikiran sinikal datang menerjah ke sudut pemikiran. saya pulang ke rumah sewa dengan perasaan separuh puas. Sekurang-kurangnya ada juga bahan bacaan untuk "disantap" di rumah sewa nanti.
Namun, terpacu satu tanda soal yang sungguh besar dalam pemikiran saya,"adakah ini agenda pihak-pihak tertentu untuk memperbodohkan rakyat?".
Bukan apa , di gerai majalah yang saya kunjungi , 90% majalah, diges , tabloid, buku mahupun akhbar adalah berunsur TAHYUL , SEKS, PORNOGRAFI ,HIBURAN YANG MELAMPAU , CERITA-CERITA HANTU dan segala jenis bacaan yang bagi saya tidak sepatutnya beredar di khalayak umum. Malu untuk saya ceritakan tajuk-tajuk yang dihidangkan .
Selebihnya adalah bacaan yang boleh saya kategorikan sebagai boleh dikatakan bermanfaat . Bahan bacan tersebut lebih kepada sukan (seperti bolasepak), masakan dan hobi. Bahan bacaan selain daripada itu mungkin boleh dimasukkan ke dalam kategori 18 sx mahupun 18 sg dan juga layak dimasukkan ke dalam kategori SAMPAH!
Terselit di pemikiran saya , bahan bacaan "sampah" dan picisan seperti itu boleh pula beredar di tengah-tengah masyarakat , dalam kuantiti banyak pulak tu.Bahan bacaan yang ilmiah dan menjana minda pula dirampas dan disekat kuantitinya.
Adakah ini agenda pihak-pihak tertentu untuk melekakan rakyat dengan segala macam tahyul ,ketakutan kepada yang bukan sepatutnya kita takuti, ceita-cerita berunsur seks (tajuk banyak menyentuh itu tak puas ,ini tak puas)mahupun hiburan yang lebih menyajikan gosip liar artis-atis tempatan dan barat ?
adakah ini agenda pihak-pihak tertentu untuk memperbodohkan rakyat dengan agenda odoh dan berunsur kebodohan ?
adakah ini agenda pihak tertentu yang rela mengorbankan moral dan intelektual rakyat , semata-mata kerana ingin meneruskan agenda politik sempit dan memualkan mereka ini?
Wallahua'lam. Cuba renung-renungkan.
Prof. Khoo Kay Kim said...
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Saya pantang apabila isu berkaitan lambakan karya picisan di pasaran. Karya-karya sampah ini sedangnya mengisi dan mencemarkan pemikiran masyarakat sejagat. Adakah era penulis bangsat Ayu Utami akan berakar umbi di sini? Sebenarnya karya islami yang mantap telah berjaya mengatasi karya sampah ini apabila munculnya penulis seperti Zaid Akhtar, Kang Abik, Faisal Tehrani dan ramai lagi. Tunggu! Jangan sempitkan pada ruang kreatif semata kerana hasil pena mereka mencakupi segenap segi.
Saya lihat ini tugas kita untuk membetulkan keadaan. Namun saya akui, ini melibatkan kerja paling rumit- memberi pembaca tahu mana baik buruk bahan bacaan. Jadi kita baca, kumpul maklumat dan tulislah.
Al-Jaahidz, sasterawan Arab yang terkenal dalam kitabnya Al-Bayaan pernah menulis:
"Pena itu kesannya lebih kekal; sedang lisah pula lebih banyak salah ucap."
"Buku dibaca pada setiap tempat dan dikaji pada setiap zaman; sedangkan ucapan tidaklah melangkaui pendengar dan tidaklah dapat melampaui kepada orang lain."
Ya, buku guru zaman.
Catat Ulasan