Prof. Khoo Kay Kim said...
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Selasa, Jun 16, 2009
Rancangan SUARA SISWA, mahasiswa diperbodohkan ?
ALhamdulillah, saya berjaya mengikuti rancangan ini sehingga ke penghabisan rancangan SUARA SISWA di tv1 . Rancangan ini secara hakikatnya amatlah bermakna dan bermanfaat kepada golongan-golongan mahasiswa yang dahagakan idealisme dan pekongsian minda yang dicetuskan oleh sahabat-sahabat yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin mereka. Mahasiswa-mahasiswa inilah yang akan menjadi pengganti kepada pemimpin negara yang ada sekarang ini.
Namun jiwa saya cukup terkilan dan terasa diperbodohkan apabila persembahan mini konsert yang tiada kena mengena dengan idealisme siswa-siswi disajikan kepada para penonton apabila tamatnya program berbentuk diskusi ini.
Saya secara jujurnya menyatakan umpama menonton sebuah rancangan serius tetapi lawak . Secara logiknya, mana sesuai rancangan berunsur ilmiah ini diselangi dengan unsur hiburan (yang lebih bersifat hedonisme tanpa diketahui motif disebalik konsert mini tersebut!)
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa idealisme dan pandangan para pelajar umpama di"najiskan" apabila konsert itu bermula. Saya berpandangan bahawa segala perbincangan tersebut menjadi sia-sia dan "tiada nilai". Cuba bayang apabila Rancangan Hujah di tv9 menjemput Siti Nurhaliza sebagai penghibur di akhir rancangan.
Tak ke haru ?
Apa pandangan anda?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
biasalah...dibuat di uitm...apa yang anta fikirkan adalah fikrah...atau jiwa...sebagai pejuang gerakan islam...kita kena memahami....keadaan tersebut..jiwa kita tidak seiring dengan jiwa orang lain...pertembungan nilai ini akan lebih memberi cabaran kepada anta apabila bekerja di sekolah nanti yang mungkin akan bertemu dengan guru besar yang berfikrah seperti dalam suara siswa...so apabila keadaan seperti itu berlaku...apa yang anta akan buat?adakah hentam membabi buta...semuanya atas tarbiah dan strategi...yang berhikmah...
memang benar kata saudara tersebut. Tetapi bagi saya ,tidak kira sama ada mahasiswa itu terima tarbiyah atau tidak , universiti tersbut pakai Akta 174 atau Akta Universiti Kolej Universiti atau tak , sifat kemahasiswaan itu tetap sama.
Kita berdebat dengan memberikan tajuk yang "gempaq" seperti budaya hedonisme , samseng jalanan , dan kurangnya budaya ilmu, tetapi pada masa yang sama kita suburkan budaya yang tidak bermanfaat itu.
Sebab itu dalam artikel saya , saya lebih menekankan kepada fenomena yang bagi saya satu benda yang cukup pelik yang saling berlawanan antara satu sama lain.
Satu pihak mengajak kepada manfaat , pada masa yang sama idealisme mahasiswa digeronyoti oleh budaya yang sebaliknya.
Terima kasih kerana bagi komen.Moga Allah merahmati perjuangan kita.
salam
saya pun suka gak ikut rancangan ni
tengah2 serius, pastu happening plak jadinya.
Mungkin idea depa nak 'cool down' kan keadaan yg tengah hangat.
tapi bagi saya, tetap tak sesuai.
saya ibaratkan sutau yang kelakar bilamana mahasiswa seumpama diperbodohkan dan ditertawakan . Saya tidak melihat ia sebagai satu yang usaha untuk menurunkan tahap keseriusan ,tetapi untuk menghina idealisme mahasiswa itu sendiri. Mungkin ini merupakan agenda pihak tertentu untuk menjadikan mahasiswa umpama ayam tak ada taji dan lembu yang dicucuk hidung
Catat Ulasan