Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Ahad, Januari 24, 2010

Izinkan aku membina sebuah masjid di syurga


24/1/2010-09oo pm – Dewan Pelajar Institut Pendidikan Guru menjadi saksi segalanya. Saya ingin memeluk islam secepat mungkin ,abang. Terkejut dan terkedu sebentar. Saya fikir sungguh cepat sekali gadis ini menyatakan hasratnya. Saya mula mengenali gadis ini semenjak tahun lalu lagi , namun hilang hubungan dengannya selama berbulan-bulan. Saya mula mengadakan diskusi ringkas berkenaan Islam dengannya dan meminjamkan buku-buku Sains dan Islam kepadanya .
Buku-buku tersebut adalah karangan Dr. Danial Zainal Abidin , Dr. Maurice Bucaille , dan Dr. Abdullah Zakir Naik . Sungguh senang berbicara dan berdiskusi dengannya,sebab dia suka mengkaji dan membaca mengenai Islam. Jadi , secara asasnya , dia telahpun mengenali Islam .Agak terkejut bila suatu hari dia memakai tudung dan berbaju berlengan panjang apabila keluar makan bersama saya dan 2 orang sahabiah yang lain . Alhamdulillah , dia mengenali Islam terlebih dahulu sebelum dia kenal MELAYU.
Ini berdasarkan kisah sebenar yang berlaku di IPG saya pada awal saya belajar di sini(lebih kurang 3 tahun lepas). Seorang pensyarah dikenakan tindakan dihantar ke sekolah rendah apabila diketahui bahawa dia telah mengislamkan seorang non muslim d sini. Agak kecoh keadaan pada masa tersebut ,namun macam biasa tiada siapa yang berani bersuara akbat tindakan zalim ini . Wanita yang memeluk Islam itu mengalami banyak tribulasi akibat memeluk Islam. Antaranya dipulau oleh sahabat-sahabat sendiri, dihalau oleh keluarga dan sebagainya.

Berbalik apa yang berlaku pada malam ini , saya menceritakan kepadanya kisah mengenai Bilal bin Rabah ra dan Keluarga Sumaiyyah yang menghadapi mehnah untuk menegakkan kalimah tauhid dalam diri. Moga-moga ia menjadi persiapan baginya dalam perjuangan yang sungguh panang ini. Doakan saya ,sahabat-sahabat. Aku ingin membina sebuah masjid di syurga.

4 ulasan:

ehsanhalim berkata...

mantap sahabat.

teruskan berjuang.

ana pun dalam proses nak cuba dakwah pada non muslim

ehsanhalim berkata...

mantap.teruskan sahabat.

ana pun tgh nak dakwah pada non muslim.

target sebelm keluar maktab ada yg masuk islam.

insyallah

ehsanhalim berkata...

nta approve satu pun dah tak pe.ana ingatkan keluar terus komen. sbb tu post dua komen. rupa2nya kena tunggu blog owner appoval

Akh Zhaf (mujahid page) berkata...

ya..kena approve oleh owner. lama x dengar cerita daripada orang ipoh sana.. ahlan wa sahlan