Banyak faktor yang menyebabkan kelesuan bila berada di dalam dakwah ini. Terkadang kita merasakan bahawa perjuangan kita ini sia-sia apabila ia langsung tidak dihargai , tambah-tambah bila dirasakan berlakunya gejala "cah keting" dalam dakwah. Budaya ini amat membebankan minda terutama apabila kita merasakan tedapat usaha-usaha untuk memburukkan nama kita dari dalam. Subhanallah. Nauzubillahiminzalik.
Ada yang merasakan setelah berpenat 'berperang" membawa halatuju dalam dakwah , setelah kering poket , setelah lenjun baju dengan keringat, setelah sebahagian masa dihabiskan untuk umat, dia kehilangan punca dan tercari-cari mana silapnya. Adakah ini dosa aku dalam dakwah? Betapa ramai yang kecundang bilamana segala ujian ini datang bertimpa-timpa.
Ada yang "berundur" diri bila mana mereka dihamparkan dengan segala macam kesenangan dan kenikmatan setelah berpenat lelah dalam perjuangan. Biasanya, halangan terbesar mereka adalah pekerjaan , keluarga, harta benda dan sebagainya. Inilah yang melanda kebanyakan daripada penggerak-penggerak dakwah di serata dunia ini apabila berhadapan dengan dunia realiti, keluar dari dunia tarbiyah atau bi'ah solehah.
Ada yang merajuk bilamana segala apa yang dihajatkan dalam dakwah tidak diperolehi seperti wanita dan pangkat sehingga rela memutuskan silaturrahim hatta dengan sahabat sefikrah sendiri.
Ada yang berusaha "menyenyapkan" pendakwah yang nampak "lebih kuah" dan lantang serta menonjol hanya disebabkan mereka tidak mampu melaksanakan sepertimana yang pendakwah yang lebih itu dilihat.
Kelesuan itu bertambah bilamana apabila pendakwah itu diserang, dan dia hanya berseorangan dalam perjuangan . Dia ditinggal tepi hanya disebabkan kelantangan dan keaktifan dia dalam dakwah. Bahkan dia dikatakan sebagai penggerak paling gagal, paling diboikot dan paling dibenci walhal pendakwah ini telahpun mengorbankan segalanya demi dakwah.
Inilah dugaan si pendakwah....
Ironinya , orang yang berada di luar tarbiyah dipuji, diangkat sehingga melebih-lebih sehingga sang pendakwah hilang keyakinan dalam dakwah. Bahkan orang berada di luar dakwah diletakkan di tempat mulia berada orang yang berada di luar tarbiyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan