Banyak perkara yang belum saya masih perbuat. Banyak cabang masih belum diterokai. Alhamdulillah perjalanan saya sepanjang berada di IPG KPP memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada saya untuk terus berjuang. Bermula daripada tabligh kemudian IKRAM , perjalanan tarbiyah dan dakwah ini agak sukar diceritakan oleh saya sebenarnya. Kesakitan ini hanya dirasai oleh orang yang menempuhinya saja , dan bukan orang yang hanya berdegar-degar kata-katanya. Dalam jalan dakwah ini ku temui ramai manusia, beraneka ragam walaupun mereka satu usrah atau satu tarbiyah.
Mereka banyak membantu saya meniti jalan ini. Kita semua masih berjalan-mengemabara dan terus mengembara hingga nyawa diangkat ke langit. Ramai yang dahulunya ligat dakwah, kini senyap. Halangan (bahkan ujian) seperti perit, sakit, tidak cukup masa, pointer tak bagus , kutukan , hinaan dan umpatan serta pemulauan digantikan dengan enaknya berumah tangga, nikmatnya masakan isteri , duit beli lampin , masa bergembira bersama keluarga dan bapa dan ibu mertua dan segala jenis kenikmatan. Manusia yang sedang menulis inipun tidak begitu pasti jalannya. sama ada menjadi golongan yang istiqamah atau futur di tengah jalan (waiyyazubillah).
Benarlah, ramai menyatakan bahawa musuh sebenar kita adalah diri kita sendiri. Dulu kita ligat , sekarang kita senyap. Dulu kita semangat, sekarang kita malap. Seharusnya para daie haruslah sentiasa meneliti balik perjalanan dakwah ini. Bukan sedikit yang gugur di tengah jalan yang penuh ranjau dan memenatkan ini. Periksa niat hati, amalan rohani dan sentiasa refleksi diri. Usrah dan berkumpul dengan orang-orang soleh janganlah ditinggalkan. Jangan sesekali! Bahkan sekali pun jangan.
Dulunya kita bersifat keanak-anakan, sekarang mungkin masih ada, tetapi sifat itukan satu benda yang boleh berubah-ubah , tidak statik dan payah dinilai. Saya optimis bahawa dakwah di pulau pinang akan diteruskan dan bercambah. Dakwah merupakan satu pekerjaan sepenuhnya bagi setiap mukallaf. Ramai yang tinggalkannya disebabkan ketidakfahaman mereka terhadap sifat dakwah itu sendiri. Dakwah bererti aku mengasihimu melebihi kau mengasihiku, aku ingin kau berjalan dan merangkak serta berbuat seperti mana aku berbuat.
Dakwah juga bererti aku hendak berikan padamua mahkota khalifah yang selama ini kau sepak-sepakkan serta permata yang selama ini kau lumurkan dengan najis. Dakwah juga bermaksud ku ingin menyerumu kembali mentaati Allah sepertimana seharusnya, tidak sekadar di lafaz atau nama atau sekadar di mindamu! Itulah sifat dakwah.
Di IPG KPP, walaupun saya tidak banyak lakukan di sana (disebabkan oleh politik dakwah segelintir manusia yang tidak memahami kondisi dan tarbiyah harakiah islamiyah itu sendiri) , namun harapan dasarku untuk menebarkan sebahagian ilmuku ke sana. Saya cukup menyayangi IPG KPP kerana ia merupakan satu tempat pengkaderan segolongan manusia yang akan melahirkan berjuta-juta generasi ke hadapan. Guru merupakan aset negara terpenting . Tanpa guru sekolah rendah, siapa boleh percaya kita akan memiliki seorangpun pemimpin masa depan yang berkaliber, bermaruah diri dan berpandangan jauh. Inilah yang seringku tekankan.
Terkadang sakit bila berurusan dengan manusia yang mempertahankan egonya , yang agak taksub dengan orang-orang tertentu. Tetapi inilah adat perjuangan. Terkadang dalam persatuan atau jemaah dakwah sendiri memiliki 1001 kemungkaran dan ketidakpuasan. Hanya tarbiyah jadi penenang gelora tersebut. Manusia yang bergelar penggerak kadang-kadang lebih egonya berbanding manusia awam !
Inilah perjuangan di alam kampus. Yang bakal saya tinggalkan dalam masa setahun lagi. Saya mengharapkan saya mampu membuat sesuatu yang bermakna di IPG KPP sebelum meninggalkan sini. Pentarbiyahan di IPG KPP bermula daripada satu jemaah -JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM). Semuanya bermula daripada pak cik-pakcik dan abng-abang dari luar yang sanggup meluangkan masa berada di sini, di Bukit Coombe. Masa itu pensyarah-epnsyarah langsung tidak ambil tahu pentarbiyahan di sini. Alhamdulillah kami dibantu di sini.
Sekarang. semua Akhawat IPGKPP wala' terhadap IKRAM (rebranding JIM). Ikhwah ? Mungkin mereka masih terkeliru. Benar Jemaah bukan tujuan . Ia hanyalah alat. Tetapi daripada jemaah inilah penggerak awal dahulu yang mewujudkan satu jemaah pelajar islam dilahirkan-daripada tamrin, daurah, katibah, syura ,mukhayyam ,ziarah dan sebagainya. Seandainya PAS atau ISMA membawa pengaruh di sini pada dahulu kala, teruskan, tetapi sekarang kebanyakan yang ikut usrah adalah dalam tarbiyah IKRAM. Pemikiran IKRAM (ala Ikhwanul Muslimin ) telahpun sebati dalam segelintir penggerak di sini. Kita tidak menjadikan politik itu agama kita tetapi politik itu sebahagian daripada kita. Kita tidak mudah menghukum orang yang berlwanan parti dengan kita. Jiwa kita hanyalah Lillahirabbil alamin.
Ku tinggalkan adik-adik dengan penuh kerisauan . Surau masih sepi daripada kunjungan 'penggerak-penggerak" dakwah, ikhtilah masih belum terjaga, jemaah lokaliti masih dalam program based jemaah bukan tarbiyah based jemaah. Buku tarbiyah? Jauh sekali bacaannya.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan