SYED SYEIKH AL HADI DAN SEBUAH TRAGEDI | ![]() | ![]() | ![]() |
Written by zain y.s | |
Wednesday, 19 September 2007 | |
Syed Syeikh Al Hadi, Al Ikhwan Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang tokoh yang banyak jasanya kepada negara kita ini. Syed Syeikh al Hadi satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun sejak akhir-akhir ini tokoh yang telah menjadi bapa kepada kewartawanan ini semakin dilupakan. Malah jasa beliau yang paling teserlah adalah mendirikan sebuah Madrasah yang sangat masyur dan diberi nama Madrasah Al Mashoor di Pulau Pinang.(kini dikenali sebagai SMKA Al Mashoor dan Mahaad Mashoor Islami) Sejarah perjuangan beliau yang tidak mengenal penat dan lelah tersebut seharusnya disanjug sebagai sebuah pengorbanan yang besar. Namun demikian, tidak semuanya dihargai. Kediaman beliau di Jelutong, Pulau Pinang masih lagi menjadi monumen bersejarah yang dilupakan sejarahnya!. Justeru tulisan ini diharap dapat mengcungkil kembali rasa tanggungjawab umat Islam di Malaysia yang seharusnya bertindak segera ke arah menobatkan sebuah rumah yang melahirkan pemikiran-pemikiran yang menyedarkan umat Islam sebagai salah satu warisan negara yang tidak ternilai harganya!. Namun sayang sekali kerana rumah tersebut kini menjadi sebuah rumah berhala. Rumah di mana beliau melahirkan pemikiran dan syor-syor yang meyedarkan masyarakat Melayu di seluruh nusantara telah tergadai begitu sahaja.
Pengenalan Ringkas Tentang Syed Syeikh Al Hadi
Sumbangan Syed Syeikh Al Hadi dalam Kewartawanan
Syed Syeikh Al Hadi telah melihat medan penulisan sebagai satu medan untuk menyedarkan umat Melayu ketika itu. Usahanya ini terbukti apabila majalah Al Imam dikeluarkan pada 22 Julai 1906 yang ditulis dengan tulisan jawi berukuran lebar 6.3 inci serta panjang 8.6 inci. Pada mulanya majalah ini dicetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar dan kemudiannya oleh Al Imam Printing Company Limited. Al Imam mengandungi 32 halaman yang dijual dengan harga 25 sen wang British. Al Imam telah diterbitkan bersama-sama beberapa orang temannya seperti Syeikh Tahir Jalaluddin Al Azhari, Syeikh Salim Al Kalali, dan Haji Abbas bin Mohd Taha. Namun begitu Al Imam terhenti disebabkan masalah kewangan tetapi majalah ini telah mendapat sambutan hangat di Tanah melayu dan Indonesia. Kemudiannya beliau menerbitkan akhbar Al Ikhwan pada 1926 dan akhir sekali akhbar Saudara pada 1928. Daripada akhbar-akhbar inilah Syed Syeikh Al Hadi telah menyebarkan fahaman dan idea-idea ke arah pembaikpulih umat Melayu dan seterusnya meningkatkan taraf orang Melayu yang krtikal ketika itu. Beliau telah berusaha dengan gigihnya untuk menyedarkan orang Melayu betapa pentingnya untuk bangun dan berusaha dan bukannya sekadar bermalas-malasan.
Syed Syeikh Al Hadi dan Islah
Syed Syeikh Al Hadi terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda hasil daripada pengajiannya dengan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Jamal al Din Al Afghani di Mesir dan Arab Saudi. Pemikiran ini telah di ambil ketika beliau berulang alik dari Pulau Penyengat ke Timur tengah khususnya Mesir. Justeru, Syed Syeikh Al Hadi berusaha menghapuskan salah faham agama yang membelenggu umat Islam dengan memerangi amalan khurafat dan bida’ah. Beliau juga dengan bantuan beberapa teman-teman seperti Syeikh Abdullah al Maghribi dan Syeikh Tahir Jalaluddin menghapuskan ajaran Taslim dengan menjalankan penyelidikan selama 3 bulan. Berikutan itu satu perhimpunan diadakan di Masjid Jelutong dan beliau membuktikan ajaran tersebut adalah sesat dan kitab-kitab ajaran tersebut dibakar. Idea pemikiran islah atau aliran Kaum Muda ini telah banyak membantu ke arah “membasuh” minda masyarakat Melayu ke arah memahami Islam yang sebenarnya dan bukannya jumud dan beku seperti sesetengah golongan yang tidak mahu berubah.
Sumbangan Dalam Bidang Pendidikan
Sebagai seorang cendakia ulung, Syed Syeikh Al Hadi menyedari bahawa pendidikan adalah medan ke arah pembinaan jiwa yang murni. Beliau telah menubuhkan satu sistem persekolahan sendiri dengan menubuhkan Madrasah Iqbal Islamiyyah di Seligi Road, Singapura pada 1907. Namun setelah dua tahun ditubuhkan sekolah itu terpaksa ditutup disebabkan perselisihan faham antara ibu bapa dengan guru dan beberapa masalah lain. Namun hal tersebut tidak mematahkan semangat Syed Syeikh Al Hadi. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah sekolah yang diberi nama Madrasah al Hadi di Bandar Kaba, Melaka pada tahun 1915. Walaubagaimana pun sekolah ini juga tidak lama lalu berkubur. Atas kegagalan yang kedua beliau telah berhijrah ke Pulau Pinang dan akhirnya berjaya menubuhkan madrasah Al Mashoor Islamiyyah di Tek Soon Street, Pulau Pinang pada 1919. Berkat usaha dan bantuan daripada teman-temannya, akhirnya madrasah tersebut telah menjadi sebuah pusat pengajian Islam yang penting ketika itu. Kemunculan Madrasah Al Mashoor ini tidak boleh dipandang enteng kerana inilah antara madrasah yang awal yang kekal hingga kini. Malah madarasah ini telah melahirkan beberapa pemimpin dan tokoh yang disegani seperti Dr Buharnuddin Al Helmy mantan Yang DiPertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Haji Abu Bakar Ashaari (Perlis). Pengaruh pendidikan ini telah melebar dengan luasnya di serata pelusuk negara hingga tertubuhnya Madrasah Idrisiah, Perak yang diplopori oleh Syeikh Abdullah Maghribi pada tahun 1934 dan beberapa buah lagi madrasah yang tumbuh berdasarkan kepada pemikiran Kamu Muda.
Seruan Untuk Umat
Wahai Saudara- Apa sukakah tuan-tuan menjadi ahli-ahli kubur sebelum mati? Ataupun menjadikan watan kita ini umpama padang-padang yang sunyi sama sekali isinya daripada ahli-ahli iman yang kasih akan watannya?. Saudara, 10 April 1932. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan