Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Isnin, Jun 30, 2008

Rasulullah sudah ramalkan, harga barang akan naik

Rasulullah dah kata, harga Barang akan naik...
Posted on Tuesday, June 24, 2008 @ 18:40:54 MYT by kampusnegara
Blog Panass
Rasulullah sudah ramalkan, Harga Barang Akan Naik.

Sedar atau tidak, kita umat Islam berbangsa melayu ini amat jarang mungkin meneliti amaran, saranan dan ramalan Rasulullah berkaitan keadaan dan kondisi umat pada akhir zaman.


Ramalan Al Quran berkaitan pembakaran minyak di Hijaz, ramalan Rasulullah berkenaan keadaan pengepungan bumi Iraq (economic sanction), gencatan senjata umat Islam dengan bangsa eropah-Amerika, perkembangan system IT dan komunikasi awam dan sebagainya jarang sekali dikupas di masjid-masjid. Hebatnya Rasulullah iaitu insan wahyu terulung ini. Saya berminat mengambil potongan hadis sahih seperti yang dibawah untuk kita teliti.

Bersabda Rasulullah SAW daripada Auf Bin Malik,

“ Aku menghitung ada enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu; ……kemudian melimpahnya wang (harta) sehingga apabila seseorang diberi gaji seratus dinar maka ia tetap tidak puas….”

( Riwayat al-Bukhari)

Menurut Amin Muhammad Jamaluddin( 2004) , pada zaman Rasulullah satu dinar dapat membeli seekor kambing. Pada hari ini pendapatan 500 dinar tetap tidak mencukupi. Selain nafsu serakah, ia dipengaruhi oleh harga barang dunia yang semakin meningkat akibat salah tadbir ekonomi dan politik, penghakisan dan penyerapan bahan mentah secara wewenang serta sikap monopoli dan eksploitasi mata wang dunia demi kepentingan peribadi (perangai Yahudi). Jadi Rasulullah sudah nampak akan terjadinya senario hari ini di mana permintaan (demand) melebihi pengeluaran (surplus), inflasi meningkat serta sikap gaya mewah dan berlumba-lumba ke arah kemewahan berlaku. Mari kita letili sedikit fakta di bawah.

Harga kertas dan alatan tulis akan meningkat hingga hujung tahun ini iaitu sehingga 50% ! ( Kata Alexander Lee jurucakap bagi penjual buku Selangor, Pertubuhan Percetakan akhbar wilayah Cina Pusat dan Selangor dalam The Star 22 Jun 2008). Akibatnya, pendidikan akan menjadi perniagaan. Buku ilmiah akan dikurangkan sebaliknya lambakan bahan picisan dan lucah memenuhi pasaran kerana hanya bahan sebegitu akan menjadi perhatian ramai di dalam suasana bahan pencetakan mahal. Jadi ia boleh mempengaruhi moral sesebuah negara juga.

Kenaikan harga petrol adalah sebayak 41% dan diesel 63%. Akibatnya tarif elektrik naik. Harga barang naik. Gejala sosial dan jenayah akan menigkat. Lihat sahaja pada zaman Jepun sebaik sahaja Jepun memperkenal sistem matawang yang tiada nilai. Inflasi meningkat lebih 100% ! Jenayah meningkat. Jepun ambil tindakan mudah dengan membunuh sahaja pencuri atau dikerah ke Siam dan Burma membuat jalankeretapi maut.

Kenaikan CPI ( Indeks Harga Pengguna) adalah disebabkan;
kenaikan harga minyak
dan krisis kekurangan makanan global.

The Star juga melaporkan 22 Jun 2008 (mukasurat 22) mengenai kegelisahan dan bahana yang menimpa kini terhadap peniaga kecil mahupun peniaga sederhana modal. Akibat kenaikan harga kos (raw material), menyebabkan produk atau perkhidmatan terpaksa naik. Tetapi peniaga kecil dilarang menaikkan harga. Gaji pekerja kerajaan (awam) tidak segera dinaikan. Gaji pekerja swasta pula mestilah berdasarkan kenaikan gaji pekerja kerajaan kerana kos sara diri di tetapkan oleh kerajaan.

Bayangkan kini kenaikan bahan asas untuk bahan pembinaan adalah sebanyak 15% hingga 20% secara umum. Untuk terperinci sebagai contoh kenaikan harga simen( 21%), pasir ( 14%), steel bar ( 60%) dan lain-lain lagi ( rujukan Master Bulders Assosiation Of Malaysia). Akibatnya tempat tinggal tiada jaminan. Sedangkan kehendak asasi manusia ialah tempat berlindung, udara, makanan dan pakaian. Ini hak setiap manusia dalam sesebuah negara. Rasuah dan salah moral di kalangan jurutera serta kontraktor akan berlaku. Bahan murah dan banyak akan digunakan. Akibatnya kes-kes seperti MRR2, Highland Tower dan sebagainya boleh berlaku. Banyak kehilangan nyawa dan kerugian berlaku hanya akibat kenaikan harga melampaui kemampuan individu. Lihat kenaikan harga makanan asasi negara ini di bawah.

Indeks Harga Pengguna Sehingga Disember 2007
Sayur sayuran 6.4 %, Makanan diproses 3.8 %, Makanan laut 3.0 %, Daging 3.0 %, Nasi, Roti & Bijirin 2.1 %, Minyak and Lelemak 1.2 %, Gula, Jam, Manisan, Coklat,Biskut1.0 %, Buah-buahan 0.7 %

Senarai Barang Yang Mengalami Kenaikan Ketara
Cili Merah (+) 20.8 %, Tembikai (+) 15.3 %, Tembikai Susu (+) 9.2 %, Kajang Panjang (+) 8.7 %, Bawah Kecil (+) 6.9 %, Tomato (+) 6.3 %, Ikan Indian mackerel (+) 6.2 %, Ikan Hardtail scad (+) 4.9 %, Ikan Round scad (+) 4.7 %, Kailan (+) 4.5 %, Pizza (+) 4.3 %
Tepung Gandum 107%, Tepung Beras 110%, Susu Pekat 75%, Telur 35%, Marjerin 64%
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Mengapa Kenaikan Harga Barang Melampau ( Oleh Dr Shafie Abu Bakar )
Disebabkan oleh faktor-faktor yang dapat kita sebutkan sebagai faktor dalaman dan luaran.
a) Faktor Dalaman
Sebahagian dari faktor dalaman yang penting yang kenaikannya ketara memberi kesan kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan ialah:
Pengkoporatan, Penswastaan dan Perjanjian Berat Sebelah
Dapat dikatakan kerajaan mengambil langkah silap dengan pengkorporatan dan penswastaan projek-projek lebuhraya secara berterusan, terbuka dan berat sebelah kerana ia lebih mengutamakan syarikat konsesi daripaa kepentingan rakyat.Tinggi pendapatan ialah PLUS sebanyak RM15.91 bilion dikuti Jambatan Pulau Pinang RM1.7 bilion dan Elite RM1.05 bilion. Selain daripadanya keuntungan antara RM990 juta ke RM 300 juta.

Harta Negara/Rakyat Menjadi Milik Syarikat
Petronas melonjak dengan keuntungan. Contoh bagi kunci kewangan berakhir 31 Mac 2007 Petronas mendapat untung sebanyak RM46.4 bilion mengatasi keuntungan Mac 2006 sebanyak RM 43.1 bilion (NST March 28, 2007: 4). Bagi tahun Mac 2005 keuntungan sebanyak 35.56 bilion (tertinggi sejak 30 tahun operasi sebelumnya) dan bagi Mac 2004 RM23.66 bilion (UM 1 Julai 2005: 21). Dengan keuntungan tahunan semakin meningkat sejak berpuluh tahun yang lepas (sejak 1970an), Petronas mengungkit ianya telah memberi subsidi kepada rakyat sejak sepuluh tahun lepas berjumlah lebih RM50 bilion (The Star, 28 October 2007: F25).

Jana Kuasa dan Sumber Air
Api dan air adalah keperluan asasi bagi rakyat. Kedua-dua sumber ini perlu dikawal oleh negara untuk mengelak dari eksploitasi dan monopoli pihak swasta. Misalnya TNB turut berhasrat menaikkan tarifnya pada awal 2008 kerana minyak dan gas akan naik (UM, 20 Okt. 2007: 1), padahal bagi kunci kira-kira berakhir pada 31 Ogos 2007 TNB mendapat untung tertinggi 88% berjumlah RM4.06 bilion berbanding tahun sebelumnya hanya sebanyak RM2.16 bilion(The Star Biz, 26 Oct. 2007: 1).

b) Faktor Luaran
Memanglah diakui faktor luaran – dimaksudkan luar negara memberi kesan pada kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti kenaikan harga minyak yang kesannya bersifat global, kurangnya pengeluaran seperti gandum disebabkan kemarau dan bertambahnya populasi dunia. Misalnya walaupun pengeluaran makanan dunia tahun ini terbanyak iaitu 1.66 bilion ton melebihi 89 milion tan dari tahun lepas dan bertambah makmurnya penduduk seperti di Cina dan India yang mampu membayar lebih makanan (The Economist December 8, 2007: 81), dari satu pihak pula terdapat 36 negara dengan jumlah penduduk seramai 854 milion yang kekurangan makanan menyebabkan keperluan makanan masih tidak kecukupan (The Star October 21, 2007: N42). Bahan makanan yang sepatutnya untuk dimakan, tetapi bertukar fungsi kepada biofuel dan ethanol untuk bahan tenaga alternatif seperti hasil kelapa sawit, soya, jagung dan tebu. Ini menyebabkan harga makanan sedemikian meningkat tinggi. Termasuk inflasi akibat dari turunnya nilai dolar khususnya bagi negeri-negeri yang bergantung nilaian pada mata wang tersebut.

Kenaikan harga barang dunia adalah disebabkan sikap manusia dan akan mempengaruhi sikap manusia juga. Manusia membina dunia menjurus kearah kebejatan, anak cucu manusia juga akan meneruskan nilai kebejatan malah lebih buruk lagi. Yang penting pemimpin yang mengurus ekonomi da politik perlu dididik bukan sekadar menjaga indeks, pengeluaran dan pencairan wang semata-mata.

Pendita Bitara
SMI Al Itqan Pulau Pinang.
http://landskapsiasah.blogspot.com/

Ahad, Jun 29, 2008

Kenapa seorang daie perlu tahu isu-isu semasa?

Melihat kepada tajuk tesebut ramai yang mungkin memahami sebenar-benar apa yang bakal ana tuliskan. Ana tidak melihat kepada orang lain , ana melihat kepada diri ana sendiri di mana ana sentiasa memaksa diri ana untuk memberatkan fikiran ana dengan degala persoalan yang mungkin timbul di kalangan orang luar dari dakwah, bahkan mungkin dari para daie itu sendiri yang tidak melihat sebarang kepentingan atau "kerelevanan" untuk mengikuti isu -isu semasa yang melanda umat Islam khasnya, dan seluruh penduduk dunia amnya.
Ana melihat usaha-usaha ini satu je, semata-mata untuk menjadikan dakwah kita ini sebagai suatu "perkara yang relevan sepanjang zaman. Sesetengah orang lebih suka mengaitkan orang yang terlibat dalam dakwah ini adalah orang yang jumud ,terbelakang dan ketinggalan zaman bahkan minda mereka tidak berkembang seperti mana kawan-kawan (ana lebih suka guna "kawan-kawan" bagi orang luar dakwah , dan "teman-teman" bagi yang berada di jalan dakwah) yang lain. Ana kata mereka melakukan suatu kesilapan yang besar kerana beranggapan demikian. Ramai dari teman-teman ana yang sama fikrah dengan ana terdiri dari pemimpin-pemimpin pelajar, aktivis -aktivis pelajar dan masyarakat , bloggers yang berpengaruh , dan mereka semua adalah berfikrah dan berakhlak dengan fikrah dan akhlak Islami. Mereka mempunyai pandangan berkenaan sesuatu perkara yang jelas, mereka tahu apa yang mereka perjuangkan dan mereka selalu bersifat kritikal terhadap sebarang isu yang timbul dalam dunia kemahasiswaan mahupun isu yang timbul dalam masyarakat itu sendiri. Ana tidak melihat mereka sebagai seorang yang patut ana banggakan (sebab ingin menumpang populariti mereka dan sebagainya) , tapi ana melihat diri ana ini sebagai seorang yang mencari "tapak" bersama teman-teman se" institut pendidikan guru" yang lain. Ana akui kita sebagai seorang guru pelatih tidak seharusnya mengambil 100% pendekatan dan cara teman-teman yang belajar di intitut pengajian yang lain. Ana melihat "suasana"lah yang menentukan pendekatan kita dalam menyatakan sesuatu isu. Berjuang tetap berjuang , namun dalam "skala" mahupun manhaj yang berbeza berbanding teman-teman yang lain selain IPG.

Isi kedua adalah seorang daie perlu guna pengetahuan berkenaan isu-isu semasa untuk mengelakkan diri dari "terjerat" dalam sebarang "konflik" kefahaman yang akhirnya mengelirukan mad'u mereka sendiri. Dalam bahasa mudah, mereka (daie)itu sendiri tidak terkeliru dengan fahaman "pelik" yang muncul di tengah-tengah masyarakat (sebagai contoh : ajaran Syiah , Islam Liberal , kefahaman karut-marut dan bidaah dsb). Sebab seandainya seorang daie sendiri terkeliru dengan fahaman dan penghayatan Islam , tidak tahu membezakan mana yang haq dan mana yang batil , macam mana dia nak mengajak orang lain mendekatkan diri dengan Tuhan Rabbul Izzat? Persaoalan ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh para pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai para daie.

Isi ketiga adalah bagi menanamkan perasaan rasa izzah beragama di dalam diri para daie. Sebagai contoh , berkenaan isu sosial yang melanda umat Islam di seluruh dunia. Dalam Al-quran itu sendiri , dengan jelas mengharamkan zina, bahkan menghampirinya juga bersabit dengan pengharaman tersebut. Menghampirinya (zina) juga dapat diterjemahkan melalui kegiatan muda-mudi berpasangan tanpa batas syara'(zina perbuatan) , bermesej dengan kata-kata ghairah(zina hati), melihat video lucah(zina mata), beronani(zina tangan) dan sebagainya. Kenapa di haramkan zina? Tengok keadaan sekeliling, perangkaan anak luar nikah sentiasa bertambah tahun demi tahun, buang bayi , pelacur muda, pelacur RM 5 , rogol, cabul, sumbang mahram dan sebagainya. Begitulah pentingnya seorang daie untuk menyertakan kejadian(isu) semasa dengan apa yang telah Allah turunkan kepada kita, melalui Al-Quran dan hadith. Sebab dengan pengetahuan semasa inilah , manusia (yang berada di luar dakwah) akan mula mencari peyelesaian kepada permasalahan yang melanda masyarakat sekarang. Sudah menjadi tabii manusia untuk mencari sesuatu sebagai "tempat bergantung" dan harap. Itulah peranan daie untuk sekadar memberi sedikit sumbangan berupa nasihat, pesanan, seruan mahupun apa-apa sahaja yang membawa maksu menyeru ke arah kebenaran dan mencegah kemungkaran kerana yang memberi hidayah hanya Allah s.w.t.

Nampaknya itu sahajalah pendapat dari ana yang hina ini, mungkin ada penambahan dari teman-teman di luar sana. Kalau ada, pendapat dan penambahan ana amat ana hargai. Sekian , yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan dan kejahilan ana sendiri.

Hamba yang tolol lagi hina,
Ahmad Zhafri(Ustaqock/cikgu zhaf)

Sabtu, Jun 28, 2008

Sepintas di Ceramah Permuafakatan Menjana Kekuatan Ummah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada malam (28 Jun 2008) ni ana berkesempatan untuk mengikuti ceramah isu semasa yang disampaikan oleh tokoh kontroversi ini, Dr Asri Zainal Abidin. Beliau baru-baru ini dikaitkan dengan kemasukannya ke dalam sebuah parti politik pembangkang dan belIau juga dikenali sebagai seorang yang begitu lantang mengkritik pengisytiharan Islam Hadhari oleh pentadbiran Pak Lah. Pada permulaan ceramah, kami disajikan dengan nyanyian oleh warga emas kariah Masjid Maqbul Sungai Pinang. Dalam nasyid itu, terselit lirik seruan supaya berjimat cermat "membawa berkat". Ai, dalam fikiran ana, nak kena orang2 tua ni. Silap majlis ni. Rupa-rupanya telahan ana tidak silap sebab bila habis sahaja nasyid diperdengarkan kepada hadirin seramai 300 orang itu, Sabihuh Assamahah Dr. Asri Zainal Abidin mula buka mulut kontroversinya itu mennyentuh berkenaan isu berjimat cermat . Beliau menceritakan berkenaan tindakan JAKIM edar khutbah jumaat ke masjid di Perlis, tajuknya "berjimat cermat". beliau melarang pegawai yang bertugas (imam khutbah) membaca khutbah tersebut berdasarkan beberapa faktor yang akan saya nyatakan selepas ini. Beliau berkata memanglah betul membazir itu haram dan dalam sanad Al-quran sendiri dengan jelas menyatakan bahawa pembazir itu saudara syaitan,namun apabila hanya orang2 miskin, orang2 kampung sahaja yang diseru supaya berjimat cermat , tapi pemimpin atasan tetap melakukan perkara yang membazir , seperti melancong tanpa tujuan, menempah meja makan di hotel mewah, mengambil komisen dari projek rakyat dan sebagainya, seruan itu hanya omong kosong dan sia-sia.

Beliau seterusnya menyebut satu petikan dari Kitab Imam Nawawi, bahawa ada suatu masa semasa pemerintahan seorang raja yang bernama Malikallah, apabila musuh ingin menyerang negeri tersebut, raja tersebut datang kepada imam nawawi untuk mendapatkan nasihat. Pada asalnya baginda raja ingin mengutip cukai dari rakyat.Namun apabila baginda bertemu dengan ulama terbilang itu, Imam Nawawi tidak bersetuju dengan langkah tersebut. Bahkan ulama tersebut menyusulkan pandangan supaya pemimpin-pemimpin atasan menggunakan harta mereka sendiri dahulu sebelum mengutip cukai pada rakyat. itupun jika tidak mencukupi setelah harta-harta pemimpin digunakan. Dalam Qur'an , menurut Dr. Asri, tidak mepersaudarakan golongan (yang melakukan maksiat) manapun dengan syaitan melainkan golongan yang suka membazir. Begitu teruknya perumpamaan orang yang suka membazir itu , kata beliau. Dr. Asri seterusnya menyarankan supaya orang-orang bawahan menegur para pemimpin mereka yang dilihat begitu tegar dengan melakukan pembaziran.

Dr. Asri seterusnya menyinggung berkenaan dengan permasalahn pemikiran orang Malaysia amnya , orang melayu khasnya. Beliau menyatakan bahwa kebanyakan orang Melayu menganut fahaman politik yang tak masak. Tak masak bermaksud apabila seseorang individu atau organisasi tidak bersetuju atau tak sokong mengenai sesuatu isu / pendapat, mereka dikatakan sebagai penentang kepada pihak yang ditegur. Beliau turut menyelar pihak yang menganggap isu politik melebihi isu akidah. Beliau memberi cotoh, kenapa kita dapat berkawan baik dengan Ah Seng yang lain akidah ( sama fahaman politik) sedangkan kita bergaduh dengan Ahmad yang sama akidah dengan kita(yang tak sama fahaman politik) . Beliau melihat situasi agak teruk kerana permusuhan terjadi hanya disebabkan perbezaan ideologi politik.

Apa yang menarik dalam ceramah malam ini ialah apabila beliau menyeru supaya pemimpin-pemimpin Melayu dapat duduk semeja membincangkan permasalahn umat Islam. Ana pernah baca kenyataan Mufti Perlis ini dalam akhbar Sinar Harian versi Kelantan lebih kurang 2 minggu lepas (sehari selepas Tok Guru Nik Aziz men"fatwakan" Islam Hadhari merupakan ajaran sesat!) Antara nama yang dicadangkan untuk sama-sama bincang ialah Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, penasihat PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat , Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Mursyidul Am PAS. Beliau menekankan bahawa diskusi ini penting bagi menjaga keharmonian Islam itu sendiri di bumi Malaysia. Pemimpin Melayu berpecah belah sedangkan mereka sepatutnya bersatu atas dasar nama Islam dan pesaudaraan .Untuk menguatkan hujah beliau, Dr. Asri mmengemukakan satu dalil dari Al-Quran yang bermaksud , "Damaikan puak yang bertelagah(surah mana ana lupa nak salin)..Beliau turut mengemukakan hadis yang antara lain bermaksud Nabi Muhammad s.a.w bersabda supaya memerangi puak yang melampau (yang tak adil dan tak suka berdamai) . Beliau seterusnya menerangkan bahawa belaiu tidak menyeru supaya mengangkat senjata bagi menyahut "seruan" nabi, cukuplah sekadar pemimpin / individu tersebut ditegur. beliau juga mengemukakan satu lagi hadis yang antara lain bermaksud , orang berkelahi umpama pencukur agama!

Dalam ceramah ini juga beliau ada menceritakan tentang Peperangan Jamal yang berlaku antara Ali dan Aisyah(pada mulanya) sebelum tentera Ali terima gasakan dari tentera Muawiyah. Dalam peperangan itu , golongan munafik menjadi dalang bagi mencetus peperangan tersebut. Dianggarkan seramai 70,000 orang para sahabat termasuk 2 sahabat besar nabi,Talhah bin Ubaidillah dan Zubair ibn Al-Awwan meninggal semasa perang tersebut. Dr.Asri menceritakan cerita ini dengan hujah bahawa begitulah yang terjadi seandainya tiada persefahaman antara pemimpin. Beliau turut mengemukakan dalil Qur'an Surah Al-Hujurat :6 yang bermaksud "Wahai orang -orang yang beriman ! Jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk mengetahui) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kau lakukan".




Sebelum mengakhiri ceramah sejam ini, beliau dengan tegas menyatakan bahawa isi kandungan yang termaktub dalam Islam Hadhari itu bagus, dan dia tidak sesekali mengharamkan manhaj ini, namun , beliau berpendapat bahawa nama Islam Hadhari itu tidak sesuai dan mengelirukan masyarakat dari segi penghayatannya. "5 tahun kerajaan bersifat defensif terhadap isu Islam Hadhari, sampai sekarang orang masih bercakap tentangnya. Saya(Dr.Asri) ada menyusul kepada Pak Lah supaya mengubah nama Islam Hadhari kepada nama yang lebih tepat lagi.
Namun Pak Lah tetap nak guna nama tersebut....atas nama perpaduan (Islam) , buang terus Islam Hadhari itu"... kata beliau sebelum mengakhiri majlis tersebut.

Jumaat, Jun 27, 2008

memorandum dari Gerakan Mansuhkan ISA

Gerakan Mansuhkan ISA

MEMORANDUM KEPADA

KETUA PEMBANGKANG

YANG BERHORMAT DATIN SERI DR WAN AZIZAH BT WAN ISMAIL

26 JUN 2008

PENYEKSAAN BERTERUSAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) TIDAK BOLEH DIBIARKAN

1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik, kesatuan sekerja, badan hak asasi manusia, badan wanita, mahasiswa dan golongan muda, hari ini berasa amat kesal dengan penyeksaan yang didakwa berlaku ke atas tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). GMI mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan berterusan yang dibenarkan oleh ISA serta menuntut siasatan segera dilaksanakan.

2. Sempena dengan ”International Day in Support of Victims of Torture” hari ini, GMI dan rakan-rakan yang lain ingin membawa kepada pengetahuan Parlimen berkenaan dengan penyeksaan terkini yang berlaku ke atas salah seorang tahanan ISA yang bernama Sanjeev Kumar Krishnan.

Penyeksaan ke atas Sanjeev Kumar Krishnan

3. Sanjeev telah ditahan di bawah ISA pada 28 Julai 2007 atas tuduhan sebagai ’agen perisik asing’. Beliau mendakwa telah diseksa secara fizikal dan mental oleh pihak polis cawangan khas ketika 60 hari pertama ditahan iaitu antara 28 Julai 2007 hingga 21 September 2007. Antara penyeksaan yang didakwa dilakukan ialah soal siasat berjam-jam dengan ugutan dan tanpa rehat. Diseksa, ditendang dan dibelasah dengan teruk oleh SB di bahagian badan dan kepala samada dengan kaki, objek keras atau botol berisi air. Dipaksa meminum air kencing sendiri selain kemaluan dipukul dan dubur dijolok dengan objek yang keras.

4. Beliau yang kini ditahan di bawah ISA di Kamunting telah menjadi lumpuh dan tidak sihat. Laporan polis berkaitan telah dibuat oleh isteri beliau, Sharimila A/P Uthiakumar dan GMI pada 20 Mei 2008. Aduan rasmi juga telah dibuat kepada Suhakam pada 4 Jun 2008. Selepas laporan polis dibuat dan kenyataan akhbar dikeluarkan, Sanjeev telah mendapat rawatan lanjutan di Hospital Taiping dan Pulau Pinang. Laporan perubatan rasmi masih belum diperolehi tetapi menurut isterinya, Sanjeev telah dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Mengapakah beliau di hantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua? Insiden begini bukan kali pertama didengari. Sudah banyak tahanan ISA yang terpaksa melaluinya. Kes saman Abdul Malek Hussin merupakan bukti jelas. Namun ini merupakan insiden baru yang masih berlaku dalam tahun 2007.

5. GMI berpandangan semua ini berlaku akibat daripada ISA yang membenarkan penyeksaan mental dan fizikal ke atas tahanan sehingga ke tahap trauma dan tekanan yang amat kronik. Seorang yang sihat boleh benar-benar menjadi gila dan terseksa jiwa dan raga oleh ISA. Sudah terbukti sebelum ini bahawa anak-anak tahanan juga pernah mengalami sakit jiwa.

Penyeksaan berterusan - Perintah tahanan dilanjutkan

6. GMI juga ingin membawa kepada pengetahuan Parlimen akan perlanjutan tempoh tahanan dua tahanan ISA yang telah sebelum ini ditahan cukup selama enam tahun pada 11 Jun 2008. Mat Sah Mohd Satray dan Shamsuddin Sulaiman kini telah dilanjutkan perintah tahanan mereka oleh Menteri Dalam Negeri selama dua tahun lagi iaitu dari 6 tahun kepada 8 tahun tanpa apa-apa alasan yang munasabah. Mereka telah ditahan sejak 2002, dituduh sebagai anggota Jemaah Islamiah (JI) dan didakwa mengancam keselamatan negara. Satu tuduhan yang berat ke atas mereka tetapi sehingga hari ini masih tiada sokongan bukti walaupun sudah lebih 6 tahun berlalu.

7. GMI mengecam penerusan pencabulan hak asasi ini kerana ia bermakna penyeksaan mental yang berpanjangan ke atas tahanan yang tidak pernah dibuktikan bersalah. Ahli keluarga juga terpaksa berterusan menanggung derita dan sengsara.

8. Kriteria penahanan lanjutan ini sudah acap kali dipersoalkan oleh GMI. Sifat ketidaktentuannya merupakan satu alat penyeksaan yang kejam. Apatah lagi Kerajaan yang diwakili Menteri Dalam Negeri tidak perlu bertanggungjawab menjelaskan apa-apa perkara berhubung penahanan. Beliau boleh berlindung di sebalik ISA. Tidak ada pertanggungjawaban kepada mahkamah, Parlimen atau Suhakam.

Parlimen harus mempersoalkan

9. Maka pada hari ini sempena dengan Hari Sedunia Menyokong Mangsa/Tahanan Penyeksaan, GMI ingin menggesa Parlimen, khususnya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mempersoalkan penyeksaan yang dibenarkan berleluasa di bawah ISA tanpa sedikit pun rasa bertanggungjawab di pihak Kerajaan. Bentangkanlah sebagai usul tergempar dan tuntutlah supaya semua tahanan, khususnya yang telah ditahan selama lebih 6 tahun lamanya, untuk dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat atau dibicarakan di mahkamah. Tuntutlah juga supaya ISA dimansuhkan sebagaimana yang disyorkan oleh Suhakam untuk menutup ruang penyeksaan yang terlalu luas. Tuntutlah juga supaya mereka yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan disiasat dan di bawa ke muka pengadilan.

10. Tindakan menahan seseorang tanpa bicara adalah suatu tindakan yang tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ditahan di bawah ISA sudah merupakan satu kezaliman, apatah lagi diseksa dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tanpa proses mahkamah dan pembuktian yang sebenar di bawah ISA, ruang untuk salahguna kuasa terbuka luas. Menteri, Kerajaan dan Polis tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini.

Rakyat dan Wakil Rakyat harus bangun membantah kezaliman

11. GMI dengan itu juga mengajak rakyat dan seluruh wakil rakyat yang cinta keadilan dan benci kezaliman untuk sama-sama menzahirkan rasa protes terhadap ISA dengan menyertai MALAM HIMPUNAN RAKYAT ANTI-ISA dan pengisytiharan HARI MERAH HITAM pada hari Sabtu, 28 Jun 2008 jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

12. Inilah masanya rakyat bangun dengan diiringi oleh Wakil Rakyat untuk menghantar satu isyarat jelas kepada Kerajaan BN bahawa rakyat Malaysia tidak boleh lagi dibelenggu dan dikongkong dengan iklim ketakutan atau ’climate of fear’ cetusan ISA. Penegakkan prinsip-prinsip asas demokrasi dan keluhuran undang-undang yang didokong negara ini tidak boleh dilaksanakan di atas kezaliman dan pencabulan hak asasi serta kemuliaan insan seperti yang diamalkan di bawah ISA.

Mansuhkan ISA !

Bebaskan Semua Tahanan!

Tutup Kem Tahanan Kamunting!


Khamis, Jun 26, 2008

JANGAN FOBIA DENGAN ISLAM

KUALA LUMPUR : Semuanya kerana salah faham terhadap istilah yang digunakan, Yanag dinyatakan adalah "Siasah Syariah" , yang ditulis adalah undang-undang syariah Islam. Namun kesannya fatal . DAP tanpa berselindung telah menyerang Pemuda PAS kerana mahu mendesak agar negeri-negeri Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang syariah.
Tony Phua , Penasihat ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara ketika menulis dalam blognya menulis dengan memetik laporan dalam malaysiakini.com, memepertikaikan ucapan Azman di Kota Bharu.
Penasihat DAP , Lim Kit Siang juga menyiarkan dalam blognya tulisan Dr. Farish Noor yang mempertikaikan ucapan Azman berdasarkan laporan media. Ketua Pemuda PAS , Salahudin Ayub ketika membela naibnya, Azman Shafawi Abdul Rani berkata, yang dimaksudkan Azman adalah "membincangkan bagaimana negeri-negeri Pakatan Rakyat boleh melaksanakan siasah syariah bukannya undang-undang Islam."
"Siasah Syariah di sini adalah good government lah sebagaimana yang berlaku di negeri Kelantan . Misalnya tiada rasuah , negeri yang menjaga kebajikan rakyat , MB yang sederhana hidupnya , ketelusan dan sebagainya ," jelas Salahudin kepada Siasah.
Pandangan Salahudin dikongsi oleh Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bertemu dengan para pengarang kanan media di rumah rasminya17 Jun lepas.
"Saya sendiri telah membeli satu buku bertajuk maqasid as-syariah iaitu asas-asas kepada siasah syariah dan telah memberikan satu darinya kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dijadikan rujukan ."Yang menjadi prinsip asas kepada Islam adalah tentang keadilan ini" kata Khalid dalam pertemuan itu ketika menjawab soalan dari seorang pengarang.
Menurut Khalid , apa yang berlaku adalah salah faham dan belaiu yakin bukannya Pemuda PAS mahu memaksa negeri-negeri Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang Islam berdasarkan kepada nature kerajaan yang ada.

mujahid page berkata:

Kenapa orang bukan Islam begitu takut dengan hukum yang ditetapkan Allah ini? Adakah ia menzalimi manusia yang tidak bersalah? Adakah seseorang yang dituduh mencuri bakal dikenakan tahanan tanpa perbicaraan ? Adakah dengan berlangsungnya hukum hudud akan menyebabkan ramai di kalangan rakyat Malaysia akan kehilangan tangan? Kalau macam tu setujukah seandainya saya kata bahawa kebanyakan dari rakyat Malaysia adalah pencuri? Dalam sirah nabi, nabi pernah bertanyakan kepada seorang yang mEngaku dirinya berzina dengan pertanyaan "Engkau gila?" . Seandainya orang yang berzina merubah pengakuannya pada saat akhir hukuman, hukuman itu tidak akan dijalankan...begitu telusnya Islam.. Mereka tidak memahaminya...kalau seandainya ada ura-ura yang menyatakan jika laksanakan hukum hudud di MALAYSIA, boleh makan sup tangan... Saya rasa sup tangan tu tentu sungguh istimewa sebab melibatkan tangan-tangan orang besar yang tidak tahu malu untuk mencuri duit rakyat... sebab berdasarkan apa yang saya pelajari , jika hukum hudud ingin dilaksanakan terhadap pencuri, jumlah yang dicuri mestilah melibatkan nilai barangan atau duit RM 3000 ke atas mengikut nilai semasa...kalau saya salah perbetulkan saya... Untuk jalankan hukuman tu, ada pula syarat-syarat seperti yang dikenakan hukuman itu MESTILAH dengan niat untuk bermewah-mewah bukan untuk mengisi perut yang lapar... ada banyak syarat lagi yang saya rasa diperhalusi oleh semua pihak sama ada DAP, UMNO mahupun sekutu-sekutu mereka...

26 June 2008 01:01

Rabu, Jun 25, 2008

Ana dan Pencarian

Assalamualaikum w.b. dan salam sejahtera …….

ANA teringat saat ana Kembali semuala kepada agama dahulu…. Ana akui dahulunya ana juga seorang yang baik, sama macam sekarang namun fikrah masih jua kabur… ana di sekolahkan di sebuah sekolah harian biasa yang padanya penekanan terhadap agama adalah amat kurang….sebab itulah ada di antara member2 dahulu minum arak , merempit dan sebagainya sebab kurangnya penekanan kepada agama sepertimana sekolah-sekolah harian biasa yang lain… berbalik kepada persoalan berbalik kepada agama, ana masuk ipg ana dapat rasakan sesuatu kekosongan yang amat mendekam jiwa di samping kecelaruan emosi ana pada masa tersebut(ana dulu seorang pencinta wanita yang tegar,hehe..astaghfirullahalazim) , ana mulai hampiri gerakan tabligh…. Itupun secara kebetulan disebabkan mereka selalu lakukan ghosh di ipg ana…. Seruan yang mereka ajak ,Alhamdulillah amat baik…mereka mengajar ana untuk mencintai tuhan , bukan meletakkan tuhan di tempat yang lain selain dari hati…. Kata2 yang lembut di sulami kata2 yang menyeru kepada kebenaran seperti pergi ke masjid mahupun mengikuti majlis ilmu cukup menarik hati ana yang begitu kekosongan….ana sempat mengikuti program ziarah dan ghosh slama beberapa waktu sebelum ana stop sekejap kerana terikat dengan aktivisme dakwah di kampus…

masa itu Persatuan Agama Islam baru sahaja ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Saudara Haris Imran … jadi antara tugas yang dipikulkan kepada ana ialah memegang portfolio biro publisiti dan penerbitan (sebelum di pecahkan kepada Lujnah Media dan Publisiti)… tugas masa tersebut adalah berat lah jugak sebab antara tugasnya ialah menerbitkan penerbitan Buletin One Aim secara berkala….. nak terbit senang tapi prosedur pada masa itu amatlah “cantik” sebelum di edarkan kepada umum….masa tu jugak ana ikuti usrah abang Yusri USM ….yang kelakarnya ,pada awal usrah dulu ana dan sahabat ana Lukman Hakim (Amir Persatuan Agama Islam sekarang) saling bergilir-gilir mengikuti usrah mingguan…masa tu ahli usrah yang masih ‘lekat ‘ ialah ana dn Akh Lukman…alhamdulillah…kalau minggu ni ana ada project , dia akan ganti, minggu depan dia tak ada , ana akan hadir usrah…. Tu masa awal2 ikuti usrah lah, selepas itu terus stay dengan usrah …..dalam usrah ana kenal erti pesahabatan, erti kekeluargaan dan erti tanggungjwab kita sesama makhluk….bkn mudah nk tahan ikut usrah ni, kena belajar tak boleh tidur selepas subuh….

Era baru usrah bermula apabila seorang penggerak baru hadir dari UUM….beliau memang asal dari ipg ni jugak , namun di”eksport” ke UUM selama 2 tahun sebelum pulang kembali ke ipg.. Beliaulah akhi Fairuz…. Pendekatan yang belaiu gunakan dalam usrah adalah sedikit berbeza berbanding pendekatan akh Yusri… pada pendapat ana akh Fairuz lebih kepada politik, atau isu-isu semasa yang tidak lari daripada tarbiyah…masa ikuti usrah akh fairuzlah ana didedahkan dengan ikhwanul muslimin, apa itu Partai Keadilan Sejahtera, apa hubungkait antara IM dengan Gerakan HAMAS di Palestin, wahabi mahupun perkara2 yang seumpama dengannya… Ana akui syok juga keluar bersama beliau kerana beliau banyak bercerita tentang p;erkara tersebut…beliau jugabanyak bercerita tentang Anwar Ibrahim dan perjuangan kemahasiswaanya…. Manakala pendekatan akh Yusri pula lebih “pure” agama, tanpa sebarang pemberatan terhadap isu2 semasa…. Akh Yusri lebih suka bertanya pendapat kami berbanding AKH Fairuz… 2 2 usrah ana suka.. ana rasa sungguh istimewa sebab ana berpeluang ikut ke 2 2 usrah tersebut pada pada satu masa…..

Ana begitu menghormati kedua-dua naqib ana ini, walaupun naqib rasmi ana Akh Yusri , namun ana masih diterima sebagai sebahagian daripada usrah akh Fairuz bersama-sama adik-adik junior yang lain….

Kini akh Fairuz telahpun meninggalkan kita semua(posting tak tau bila dapat) , namun jasa beliau tidak akan sesekali ana lupakan terhadap ipg kita dan diri ana sendiri…. Usrah beliau akan digantikan dengan Abang Long(abang Shahidan KBM) . Di doakan semoga akh Berjaya….

Maaf, ana dah banyak kecewakan akh terutama sepanjang 6 bulan ni…. Ana juga dah kecewakan akh dalam seminggu ini….(ana dah perjelaskan isu tersebut kepada akh Yusri…insyaallah dia akan perjelaskan kepada akh suatu masa nanti…)isu tersebut hanya akh dan ana yang tahu… Tapi ana harap suatu hari nanti kita kan dipertemukan dengan lembaran baru ditauti ikhwah fillah…..buka buku baru, tutup buku lama…bina ukhuwahh….dengan kasih sayang…

Thanx Lord ….

For gimme da chance, 2 meet sumbodi whose show me da real meanin’ of LIFE……

Aku yang dhaif lagi hina….bukan ana yang mulakan pejuangan, bukan ana yang mengakhirinya...hanya Allah s.w.t......

Ahmad Zhafri bin Md Noor

( Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Jemaah Tabligh Gelugor,ABABIL, GBMU ,PPPRET 2 SNED 2, oghe Kelate)

Selasa, Jun 24, 2008

Halatuju para pelatih guru-dalam konteks pengajian tinggi…..

Assalamualaikum w.b.t
Follow the flow…or not to follow the flow…begitu lah persoalan yang sering bermain di minda ana ini yang dhaif… ramai yang mungkin tertanya-tanya apakah maksud sebenar ana ….kenapa tiba2 timbulkan persoalan tersebut… bahkan ada yang bertanya apakah maksud soalan ini…. Ana bermaksud adakah kita seharusnya mengikut arus yang melanda suasana di institut kita sekarang? Adakah kita hanya ‘singgah’ sebentar di institut (5 ½ tahun kebanyakannya) kemudian keluar sebagai seorang guru yang hanya mendidik apa yang kita pelajari based on our course that we have been taken here? Adakah kita akan mendidik anak-anak murid kita dengan hanya ilmu yang bersifat keduniaan semata-mata? Adakah pernah terfikir di hatimu apakah generasi yang bakal kita didik ini hanya terdiri orang yang hanya menurut apa yang ada di depan mata tanpa memikirkan implikasinya?



Guru merupakan insan yang paling istimewa bagi seseorang manusia selepas keluarganya… tanpa guru siapalah kita…renungi sajak yang dinukilkan oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Begitu agungnya tugas seorang guru yang pada seorang guru yang biasalah mampu melahirkan generasi yang hebat-hebat sahaja…. Walhal cikgu itu sendiri tetap sama, dhaif dan lesu dengan permasalahan hidupnya.. Guru.. ana begitu mengagumi guru yang ada fikrah Islam dari jiwanya walaupun dia bukanlah seorang yang mengajar agama mahupun mendapat didikan agama yang formal… Gurulah yang telah memberi inspirasi kepada ana untuk terus berjuang di mukabumi ALLAH ini .Ana teringat zaman persekolahan dahulu, ada seorang ustaz yang lain dari fikiran ustaz/ustazah lain… Lain beliau itu, Alhamdulillah , lain yang mencermin kan perkara yang positif… Ustaz ni mengajar ana semasa ana form 3… dia dahulunya seorang yang besar di kedutaan Malaysia… namun beliau bertindak memilih untuk meletak jawatannya itu seterusnya masuk ke tengah masyarakat melalui sekolah… beliau berkata belaiu tidak tahan denagan suasana yang melanda umat Melayu Islam Malaysia di perantauan yang katanya melampaui norma2 pengamalan islam itu sendiri seperti berzina dann minum arak… sesi pembelajaran beliau selalu di sentuh pasal permasalahan yang melanda umat . Tu yang lain berbanding ustaz/ustazh lain yang kebanyakan begitu tegar untuk tidak menyentuh hal2 seumpama itu. Tambahan lagi sekoalah ana buakn sekolah agama! Jadi nampak lainlah....Ustaz ini lah yang memberi inspirasi kepada ana . Sekarang belaiau menjadi orang kuat YADIM cawangan kelantan. .. dengar kata beliau akan dinaikkan pangkat menjadi pengetua …..ana tumpang gembira...

Gurulah yang menjadi idola /perangsang bagi murid-murid… sumpama pepeatah Melayu menyatakan “Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari” , begitu berpengaruhnya peranan seorang guru dalam mendidik seorang pelajar….kerana pelajar tidak dapat lari dari konsep fitrah yang menekankan bahawa “anak dilahirkan di dunia ibarat kain putih, suci tanpa dosa dan noda, namun ibu bapalah yang berperanan untuk mencorakkannya(dalam satu hadis: ibubapalah yang membentuk anak menjadi seorang majusi ,yahudi mahupun nasrani). Dalam konteks sekarang ibu bapa juga boleh digantikan dengan perkataan guru kerana kebanyakan masa pelajar banyak dihabiskan di sekolah dan bersama dengan guru. Guru yang baik ialah guru yang mampu menyampaikan ilmunya dengan berkesan manakala guru yang cemerlang dalam konteks Islam ialah guru yang mampu memberi sesuatu (dalam konteks ini:ilmu) kepada pelajarnya tidak tehad kepada ilmu pendidikan yang dipelajarinya di maktab tetapi meliputi ilmu keagamaan…

Guru sering dikaitkan dengan kelesuan pada sebarang aktivitisme yang berkaitan dengan minda kritikal mahupun pengolahan intekektual… Suasana di maktab tidak sama dengan suasana di IPTA/IPTS yang lain , yang kesedaran guru pelatih terhadap isu-isu semasa adalah kurang atau ditinggal terus… berbanding dengan sahabat dari institusi yang lain , guru pelatih di maktab tidak didedahkan dengan dunia semangat perjuangan pelajar yang dapat dilihat melalui demonstrasi, penyerahan memo bantahan terhadap sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar…. Bukanlah ana menyeru supaya kita sama2 membuat demonstrasi dan mengedarkan surat layang , tetapi ana mnyeru supaya kita sama2 keluar dari kelesuan dan zon selesa yang kita nikmati sekarang untuk membuat sesuatu yang bukan sahaja menyumbangkan kepada masyarakat selepas era belajar di kampus, tetapi juga semasa belajar di kampus… antara yang dapat mereka masuki untuk menyahut seruan ini adalah dengan menyertai sebarang perkumpulan atau organisasi yang berorientasikan dakwah dan kesedaran sosial sahaja… Kita perlu sedar bahawa kesedaran politik itu perlu, dan amat berguna, tetapi perbatasan perlu juga dijaga disebabkan menjadi suatu adat resam yang beriringan dengan masa bahawa guru tugasnya lebih terarah untuk mengaji erti kesabaran dan kecintaan , bukan menyebarkan sesuatu yang menyemai perasaan benci dan iri hati dalam diri pelajar2 mereka…. Politik terlalu kotor bagi mereka yang tidk memahaminya…


Ana berpendapat bahawa kita tidak seharusnya melawan arus (not follow the flow) ,kerana dengan tindakan demikian akan mendatangkan kerugian kepada kita sebagai bakal guru… kita seharusnya mengamalkan gaya asimilasi (dengan kata lain tidak meninggalkan budaya institut)dengan budaya institut, tanpa meninggalkan terus seruan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR yang kita genggami sebagai seorang aktivis dakwah… suasana persekitaran maktab itu sendiri yang melesukan kita sebenarnya… kesedaran sosial di sini masih terlalu rendah dan kita sering dimomokkan dengan budaya hiburan melampau (hedonisme) sebagaimana yang melanda sahabat-sahabat kita di IPT yang lain…..

Peranan guru sebagai seorang aktivis dakwah merupakan suatu keperluan (bahkan kewajiban!) yang perlu ada di era yang serba mencabar ini….. Guru menyebarkan dakwah terus kepada mad’u mereka (pelajar) , untuk mengenal erti beragama di samping tidak meninggalkan ilmu fardhu kifayah yang dipelajarinya di institusi perguruan… dengan kata lain guru serba boleh dan guru 2 dalam satu… ilmu akhirat boleh ,dunia pun boleh…. Begitu hebatnya peranan guru sebenarnya sebab seorang guru boleh jadi seorang motivator, tutor, pemimpin,dan pendakwah dalam satu masa yang sama…. Berbanding dengan sahabat2 kita yangberada di IPT yang lain, kita sepatutnya sedar bahawa kitalah merupakan seorang pendakwah yang paling ramai mad’unya….ambil contoh Dr. Daniel, belaiu merupakan seorang yang serba boleh…namun pada pendapat ana yang serba dhaif ini, guru sepatutnya lebih terkehadapan dari segi pengislahan diri kerana merekalah yang paling lama bersama mad’unya (pelajar)dan paling luas ruang lingkup dakwahnya, bukan hanya berdakwah di majlis ilmu dan sebagainya..

So, bersyukurlah..para teman….. tetapkan tekadmu di dalam dakwah… Jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolongmu…. Perjuangan masih panjang….



Hamba yang tolol lagi hina,

Ahmad Zhafri bin Md Noor

Jumaat, Jun 20, 2008

AKU PENCINTA WANITA

Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu... peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185)


oleh: Brother Nawawi(al-ahkam.net)

Engkau-Kah Pencinta Wanita?

As-Salaa mu ‘Alaikum…

Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap sampai habis.

Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai.

Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya...

Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan…

Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.

Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).

Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik-baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71).

Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik...

Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu... peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185)

Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa…

Renungilah maksud ayat ini;

Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (al-Ahzaab (33): 32)

Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di-ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33): 59)

Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita.

Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya... Islam.

Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.

Em... wanita, jadilah wanita yang baik-baik... demi masa depan anda!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26)

Allahu ‘alam... (habis sudah ku termenung...)



Khamis, Jun 19, 2008

jangan lupakan al-Aqsa

JANGAN LUPAKAN AL-AQSA !!!
Di kala Lubnan dan Gaza diserang secara intensif oleh tentera-tentera Rejim zionis, ramai yang terlupakan al-Aqsa. Badan-badan berita pun tiada yang membuat liputan mengenai Masjid al-Aqsa yang menjadi paksi kepada isu yang berlaku di Palestin dan Lubnan. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa, isu Palestin tidak akan menjadi perhatian dunia Islam. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa juga, uamt Islam tidak akan tertarik untuk mengambil tahu mengenai isu Palestin. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa juga, isu Palestin tidak akan dapat bertahan selama ini. Banyak lagi isu penjajahan tanah air umat Islam, kesemuanya telah berakhir, tetapi tidak isu Palestin. Semuanya kerana Masjid al-Aqsa.Malangnya, ketika lensa-lensa kamera badan-badan berita antarabangsa sibuk dihalakan ke Lubnan pada hari ini, Masjid al-Aqsa terus dilupakan. Umat Islam rancak membicarakan tentang Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrullah, Qana, dan juga Condoleeza Rice, tetapi al-Aqsa bagaikan dilupakan. Apakah dengan rancaknya peperangan di Lubnan, bermakna al-Aqsa terpelihara dan terselamat ?, realitinya tidak!Sehingga 22 Julai yang lepas, sudah genap tiga minggu umat Islam tidak dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid suci ketiga, dan juga bumi Isra dan Mikraj itu kini tidak boleh dimasuki oleh umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Pada hari-hari biasa, hanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk memasuki Majsid. Milik siapakah masjid ini?Sehingga kini, para pengawal yang terdiri daripada tentera-tentera Zionis bebas berkawal dan menguasai Masjid al-Aqsa. Merekalah yang menentukan siapakah yang berhak masuk dan siapa yang tidak berhak untuk memasuki masjid tersebut. Malang lagi, berita ini tidak menjadi isu. Muassasah al-Quds yang berpusat di Baitul Maqdis, melalui laman web mereka, Islamic-aqsa.com telah mendedahkan mengenai makar Zionis ini. Malang sekali lagi, tiada satu pun badan berita yang berminat dengan isu ini.
Brigade Al Aqsa mempertaruhkan nyawa untuk keselamatan masjid suci umat Islam , masjid Al Aqsa. Di mana kita ? Mungkin berita umat Islam dilarang memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat bukanlah baru, tetapi bagaimana pula dengan pembinaan model "Haychal" (kuil) yang dibina di bawah Masjid tersebut?, ianya diletakkan di kawasan muzium Yahudi di bawah Masjid al-Aqsa. Bagaimana pula dengan kebenaran Mahkamah Tinggi Zionis kepada kumpulan "Temple Guardians" untuk memasuki Masjid al-Aqsa pada 3 Ogos 2006?Kumpulan tersebut telah dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid untuk melakukan upacara keagamaan mereka. Kumpulan yang terkenal dengan cita-cita mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa itu akan menyambut hari memperingati kuil mereka. Di dalam literasi-literasi dan sebaran mereka, mereka menyeru umat Yahudi agar bersama mereka untuk membina kuil tersebut. Demi membina kuil berkenaan, maka mereka perlu terlebih dahulu merobohkan Masjid al-Aqsa. Mereka juga telah melakukan kempen secara besar-besaran menyeru kaum Yahudi bersama-sama mereka merayakan perayaan berkenaan secara besar-besaran. Perkara ini bukan rahsia lagi. Mengapakah Mahkamah Tinggi Zionis dan pihak keselamatan membenarkan mereka memasuki Masjid?
Wajib umat Islam sedunia mencintai masjid Aqsa di Palestin sama kita mencintai Masjidil Haram di Mekah Apa yang pasti, umat Islam tidak akan dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid pada waktu tersebut. Beralasankan untuk menjaga keselamatan dan menjaga keamanan, umat Islam dilarang daripada memasuki masjid pada waktu kehadiran kumpulan yang ingin merobohkan masjid berada di dalamnya. Bukankah ini sesuatu yang ironik dan membahayakan masjid?Umat Islam perlu mengambil tindakan tegas. Sampai bilakah kita hendak membiarkan Masjid al-Aqsa dihina sebegini rupa?, apakah sehingga ianya dirobohkan nanti?Malangnya wakil-wakil OIC yang berada di Kuala Lumpur tidak membincangkan perkara ini dengan serius. Perwakilan hanya daripada 17 buah negara anggota itu hanya dibuaikan dengan perbincangan tentang isu Lubnan sahaja tanpa membincangkan isu Masjid al-Aqsa. Bukankah OIC itu sendiri diusahakan untuk menyatukan umat Islam demi menyelamatkan al-Aqsa!"
**dipetik dari tulisan Ustaz Maszlee Malik

Posted at 09:00 am by yuzzMake a comment
Thursday, August 03, 2006
Zionis Rancang Cemarkan Al-Aqsa 3 Ogos!
Rabu ,02/08/2006 - Hakim Agung Palestin dan Ketua Dewan Tertinggi Pengadilan Syariat, Syaikh Taisir Rejab at Tamimi menyeru kepada bangsa dan rakyat Palestin, sama ada dengan kekuatan organisasi, politik dan massa agar membela majid al Aqsa dan melawan usaha serangan kaum ekstrimis zionis Israel yang ingin menyerbu kembali masjid al Aqsa, Khamis (03/08) besok.Dalam pernyataan yang disampaikan Selasa kelmarin, Syaikh Tamimi mengingatkan bahawa kelompok-kelompok radikal Zionis Israel akan melakukan penyerbuan ini dengan memanfaatkan saat serangan militan Israel terhadap bangsa Palestin dan Lebanon. Demikian seperti yang disiarkan oleh lama web filistin al yaum.Syaikh Tamimi menegaskan, usaha-usaha buruk ini akan menambah ketegangan dan ketidakstabilan di kawasan serantau dan dunia amnya kerana kaum muslimin tidak akan berdiam diri bagi menghadapi usaha penyerbuan dan penodaan masjid al Aqsa oleh kumpulan-kumpulan radikal Zionis. Beliau menyatakan bahawa regim penjajah Israel bertanggungjawab penuh atas serangan provokasi seperti ini.Syaikh Tamimi juga meminta dunia, kerajaan dan bangsa Arab serta dunia Islam, OIc serta Kumpulan Pejuang al Quds untuk melaksanakan tanggungjawabnya dan menghadapi segala serangan dan penodaan terhadap masjid al Aqsa, kiblat pertama kaum muslimin yang merupakan masjid ketiga setelah masjidil Haram dan masjid Nabawi, selain sebagai tampat

KE MANA KITA- isu akidah

Dimana Peranan kita.....

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat. Moga-moga terus "thabat" dan diberikan kekuatan untuk terus berada di jalan ini. Marilah sama-sama kita pertingkatkan ilmu, mantapkan iman di dada, perbanyakkan amal, jangan putus asa dengan usaha yang antum/na usahakan, sentiasa muhasabah setiap gerak kerja dan tindakan kita...sebagai bekalan untuk perjalanan yang panjang, sebagai "asbab" untuk Allah memberi kemenangan kepada gerabak dakwah yang sama-sama kita bawa ini.

Perkongsian kali ini [ lihat bawah : penghinaan lagi terhadap Rasulullah.. . dimana peranan kita] bukanlah tulisan dan pandangan ana sendiri... sekadar untuk berkongsi dan memperingatkan diri dan semua...betapa hebatnya serangan pendakyah-pendakyah dan mereka yang ada penyakit dalam hati mereka... Dari pemerhatian, tindakan, perbualan dan diskusi ana dengan teman-teman dalam kampus di Bumi Minden ni... berapa kerat ja yang 'terjaga dari tidur'. Masih ramai yang masih enak dengan 'mimpi' dan 'dunia ciptaan sendiri'... "CITRAWARNA" baru sahaja melabuhkan tirai semalam... berpusu-pusu mahasiswa/i membanjiri stadium utama USM. [Lihat Al-Hadid 57:20].Tinggal berapa kerat ja yang berjaya mujahadah untuk tidak pergi ke temasya tahunan USM tu. Jika diminta menceritakan sejarah Nabi Muhammad SAW atau kisah sahabat/ nama-nama sahabiyyah.. . adakah akan diceritakan dengan detail sedetail penerangan pasal citrawarna? Ini menandakan kerja kita masih belum selesai... malah makin bertimbun-timbun. .. Marilah sama-sama kita muhasabah balik diri kita...

Adakah pendekatan yang kita gunakan dah mampu menarik hati-hati mereka untuk lebih dekat dengan pencipta mereka sendiri? kemana kita nak bawa hati-hati mereka? Dimana hati dan matlamat kita? [Lihat An-Nahl 16:125]Lebih telus... Adakah kita betul-betul bekerja? Adakah betul-betul kita bersungguh-sungguh dengan kerja kita? Adakah kita betul-betul memahami tabiat hati-hati manusia? Adakah kita betul-betul memahami rentak dan tribulasi jalan ini? jika dikata kita tidak mampu... siapa kita untuk mengatakan kita tak mampu sedangkan Allah lebih mengetahui dimana kemampuan kita...hanya tinggal kita sanggup atau tidak? [Lihat Al-Baqarah 2:268]Hakikatnya.. .perjalanan ini satu perjalanan yang jauh, memerlukan kesabaran, ketekunan, kesungguhan, memerlukan pengorbanan masa kita, tenaga kita, fikiran kita... [Lihat 3:200] yang pastinya... inilah jalan menjanjikan seribu kebaikkan malah lebih buat mereka-mereka yang ingin bergelar pejuang... telitilah ayat-ayat Allah satu persatu, bagaimana bentuk 'Madrasah Tarbiyyah Nabawiyyah' dalam melahirkan pejuang-pejuang agama Allah...
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu"
Bekalannya.. .. [Lihat Al-Muzammil 1-20]

Bangun malam
Membaca Quran
Sentiasa mengingati Allah
Beribadat dengan sepenuh hati
(Berikanlah kepada Allah pinjaman yang baik)


Dibawah.... salah satu laman web pendakyah-pendakyah yang berusaha memerangi kita... boleh layari... http://www.news. faithfreedom. org/
About Faith Freedom International
(1330 total words in this text)(12561 Reads)
"Islamic terrorism is inspired by Islamic teachings. We can never get rid of Islamic terrorism unless we defeat the ideology behind it and that is Islam itself. Islam induces hate backed by lies. Muhammad was a terrorist by his own admission. All Muslims, to the extent that they follow him, are terrorists. Those Muslims who are not terrorists are ignorant of Islam and are not good Muslims. Fortunately they are the majority. We need to rescue them. If you are a good human being, you are not a Muslim. Read this site and if you can't prove me wrong, which you certainly can't, leave this deceitful cult of hate and terror and join mankind. Don't be part of the Umma. Umma is fascism. It is divisive. It induces the hatred of others. Be part of humanity instead. Your ignorance is not an excuse. Pull your head out of the sand and face the truth, like we did.."http://www.news. faithfreedom. org/index. php?name= Sections&req=viewarticle&artid=2&page=1

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****
Petikan artikel dari wordpress SPAQ (Squad Penyelamat Aqidah) ----->http://skuad. wordpress. .com/

Penghinaan Lagi Terhadap Rasulullah: Di mana peranan kita? 23 03 2008 SPAQ mengutuk tindakan akhbar Denmark yang sekali lagi telah menyiarkan 12 gambar lukisan Rasulullah s.a.w. Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.Rentetan akibat kes tersebut ialah:Kurt Westergaard telah dikatakan diburu oleh para ekstrimis berbangsa Tunisia dan Maghribi di Denmark.Kerajaan Iran telah memanggil kedutaan Denmark mengadap untuk menyatakan bantahan rasmi Iran terhadap penyiaran gambar itu.Demostrasi besar-besaran seluruh dunia dan di Patani selatan Thailand juga tidak ketinggalan.Ramai yang berpendapat bahawa isu penentang penyiaran gambar itu bukan isu utama umat Islam, sebaliknya perlu menumpukan isu ekonomi, pendidikan dan isu peperangan umat Islam semata-mata. Tindakbalas umat terhadap penyiaran itu dianggap hanya bersifat titik bengek dan bukan keutamaan kita. Ada juga berpendapat tindakan melukis wajah nabi juga pernah berlaku sejak zaman empayar Islam lagi oleh golongan anti-khalifah, ajaran sesat dan ekstrimis agama.Walaupun ada dikalangan umat Islam yang �over acting� membakar kedutaan Denmark dan sebagainya, namun begitu demostrasi yang pernah dijalankan di negara kita adalah terkawal. Demostrasi umat Islam terhadap isu ini hanya untuk ekspresi sikap bukannya tindakan yang melampau.SPAQ berpendapat mempertahankan agama adalah perlu dalam setiap segi sama ada ketenteraan, politik, pendidikan, ekonomi mahupun syiar dan maruah agama. Jumhur ulama� telah mengharamkan menggambarkan wajah Rasulullah s.a.w. kerana mengelakkan pelbagai intepretasi yang pelbagai, dan songsang terhadap wajah dan tubuh Rasulullah s.a.w. yang mencerminkan interpretasi sunnah yang mulia.Perjuangan hak bersuara dan kebebasan media perlu diletakkan pada tempat yang betul. Mengapa perlu mengguris hati majoriti umat Islam hanya atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan penyiaran media? Bukankah banyak isu sosial, politik dan marhaen yang perlu dibebaskan dan disuarakan secara meluas? Bukankah umat Islam tidak pernah melukis atau menggambarkan mana-mana tuhan agama lain? Jika ada sila ambil tindakan kepada pihak berkenaan sahaja.Ahli sejarah kanan British David Irving pernah �bersuara bebas� menyatakan bahawa peristiwa Holocaust di barat tidak pernah berlaku. Akibatnya beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Austria. Mengapa di barat yang mementingkan kebebasan bersuara tidak pula berjuang dalam hak berkenaan sebaliknya dihalakan hanya untuk merendahkan martabat agama Islam? Usaha yang berterusan oleh kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. adalah amat perlu. Ayuh, isu ini perlu dicanang kembali!

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin bin BashahSalam perjuangan.. .

Selasa, Jun 17, 2008

kita semakin terlupa....

assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap detik setiap saat yang kita tempuhi dalam hidup, adakah kita pernah satu kali terdetik dalam jiwa yang nurani kita, apakah ujuan kita dihidupkan? Orang sering menyatakan bahwa hidup ini sementara, so enjoylah sementara masih ada masa... ada yang kata hidup ini hanya untuk makan , minum, tidur , bekerja dan seks.... ada yang kata hidup ini hanya hak kita sahaja.... kita nak buat apa suka hatilah.... kalau dihitung scara kasar dapat disimpulkan kehidupan ini terbahagi kepada tiga pandangan umum manusia tentang pandangan hidup, iaitu orang yang hanya fikir pasal dunia sahaja , kehidupan serba sekular dan tiada langsung hujah agama dalam hidup dia.... Senang cerita dia digelar mulhid ataupun ateis... golongan kedua berada di pertengahan , balance dari segi kepentingan dunia dan akhirat... dia bekerja untuk mendapat sesuatu dari dunia manakala perkara yang berkaitan ketuhanan dia tidak tinggal.... golongan ini kita gelar sebagai golongan yang beragama... tidak kira apa jua agama ..... ada sesetengah manusia lebih suka memilih untuk masuk ke golongan ke 3 , iaitu golongan yang mengharapkan agama lebih penting daripada dunia... dia juga mendapatkan dunia , namun sedikit berbanding penghayatan kepada akhirat..
namun sebagai seorang yang beriman, kita sepatutnya merenungi kata-kata tuhan dalam Al-quran
tidak aku ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaku..
. beribadat itu menunjukkan ketaatan kita kepada Allah s.w.t , keabadian kita hanya kepada khalik yang satu tiada sekutu bagi-Nya.. Cuba check doa iftitah yang selalu kata baca pada permulaan solat,

sesungguhnya solatku , ibadat, hidupku dan mautku hanya kerana Allah seluruh Alam , tiada sekutu bagiNya ...

adakah amalan yng kita buat ini mencukupi untuk kita menghadap-NYA? cuba check balik...

Isnin, Jun 09, 2008

IKRAR BELIA DAN MAHASISWA

Ikrar Belia dan Mahasiswa
(8 Jun 2008)

Pendahuluan

Pada tahun 2001, 7 orang mahasiswa telah diambil tindakan dibawah AUKU kerana melibatkan diri dalam perhimpunan pemansuhan ISA(Internal Security Act). Kami mengucapkan penghormatan tertinggi terhadap pengorbanan mereka, peristiwa mereka telah menimbulkan keraguan para mahasiswa dan pemuda-pemudi Malaysia tentang kewujudan AUKU. Maka mereka mengambil keputusan untuk bergabung bahu berusaha untuk memansuhkan AUKU. Untuk mengenang budi pengorbanan dan usaha mereka, Persatuan Belia dan Mahasiswa Malaysia telah menetapkan 8 Jun sebagai Hari Hak Asasi Mahasiswa.

Hari Hak Asasi Mahasiswa merupakan hari penting belia dan mahasiswa. Kerana pada hari yang mulia ini, belia dan mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan mereka, pada hari ini juga, kami sebagai Persatuan Belia dan Mahasiswa, akan membentangkan pendapat kami tentang tanah air tercinta kami, Malaysia.

Sebagai belia dan mahasiswa, sebagai rakyat Malaysia hari ini dan hari seterusnya, kami berikrar, kami telah siap bersedia menanggung tanggungjawab, serta menyeru para pemimpin negara kami supaya berusaha bersama-sama kami, menerima dan menyokong cadangan-cadangan kami sebagai yang berikut:

  1. Kembali semula pilihan raya Kerajaan Tempatan

Negara kami memerlukan sistem pembentuk polisi yang lebih demokrasi dan terbuka. Kami menyeru supaya kerajaan pusat dan kerajaaan negeri memandang serious tentang keperluan revolusi, supaya kembali semula pilihan raya kerajaan tempatan supaya rakyat terlibat diri sendiri dalam hal ehwal rakyat.

Kami menolak pegawai kerajaan tempatan dilantik oleh kuasa politik, sebaliknya tegas meminta karajaan pusat dan kerajaan negeri supaya mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa 3 tahun, dan mengemukakan proses perlaksaanan kembali semula kerajaan tempatan 6 bulan sebelum pilihan raya kerajaan tempatan diadakan.

  1. Menghapus amalan rasuah

Kami menolak Malaysia yang penuh dengan amalan rasuah, kami ingin Malaysia yang amanah, bersih, dan telus, jadi kami minta supaya Jabatan Pencegah Rasuah menjadi sebuah badan eksekutif yang benar-benar berdikari untuk mengambil tindakan, supaya menikmati kuasa membuat siasatan dan mendakwa, supaya akan terus bertanggungjawab terhadap Parlimen tetapi bukannya Kementerian Perdana Menteri. Pada masa yang sama, kami meminta kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya menubuhkan Ombudsman office untuk menerima dan memantau rayuan rakyat berkenaan dengan perkara rasuah dan menyalahgunakan kuasa, yang seterusnya melapor kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

  1. Menubuhkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)

Dalam pasukan pihak polis kekurangan sistem yang mengambil tindakan kelakuan polis, menyebabkan polis menyalahgunakan kuasa dan kelakuan tidak senonoh selalu berlaku.Oleh itu,kami meminta kerajaan persekutuan melaksanakan cadangan kedua-dua Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja,iaitu menubuhkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).

  1. Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman

Prinsip doktrin perasingan kuasa, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif berdikari dan “check and balance” antara satu sama lain, doktrin perasingan kuasa bukan sahaja mempertahan demokrasi negara, kebebasan dan hak asasi manusia. Malah juga sebagai remedi untuk membasmi limpahan rasuah kuasa dan amalan salah pentadbiran. Namun, Skandal adil telah terdedah kecacatan sistem perundangan negara kita untuk masa yang lama, oleh itu Suruhanjaya Kehakiman mempunyai keperluan untuk diasaskan, untuk menguruskan proses-proses tentang perkara perlantikan hakim dan kenaikkan pangkat, serentak mestilah tranperasi untuk melantik hakim dan menaikkan pangkat seseorang hakim mengikut berkebolehan, amanah, dan adil.

  1. Menolak politik perkauman

Politik perkauman merupakan sejenis bentuk politik yang kurang rasional, ianya bukan sahaja memudaratkan pembanguan masyarakat Malaysia, malah merosakan kesepakatan palbagai kaum. Maka kami, menyeru supaya parti-parti politik menghentikan penggunaan bentuk politik tersebut, membina satu budaya politik dan iklim politik yang baharu

  1. Mansuhkan Akta-akta zalim

Kami meminta Kerajaan Malaysia menandatangani ‘perjanjian antarabangsa hak civil dan hak politik’ DAN ‘penjanjinan hak budaya sosial ekonomi’, supaya hak asasi warganegara-warganegara Malaysia dapat dipertahan melalui akta. Kita meminta mansuhkan semua akta-akta yang bercangagh dengan hak asasi manusia, seperti akta yang menahan seseorang tanpa bicara seperti ISA (akta keselamatan dalam negeri), akta darurat, akta polis, akta universiti dan universiti kolej (AUKU), OSA (akta rahsia rasmi negara) dan sebagainya.

Oleh itu, kita meminta kerajaan persekutuan mengakui kepentingan belia, dan menghormati hak-hak asasi pelajar. Kita meminta untuk menghapuskan sebarang akta yang mengehadkan kepentingan-kepentingan pelajar dan hak-hak asasi belia, sebagai contoh, akta universiti dan universiti kolej (AUKU), mengeluarkan satu akta yang bebas yang mampu untuk menjamin hak-hak asasi dan kepentingan belia dan pelajar.

  1. Membina ruang yang bebas informasi

Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 telah mengkakis kebebasan media dikakis, pihak media perlu mamohon semula lesen menerbit dengan kementerian dalam negeri. Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 harus dimansuh untuk memastikan kebebasan bersuara. Selain itu, kerajaan persekutuwan dan kerajaan negeri harus mengadakan akta bebas informasi supaya dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kepentingan rakyat diumum secara telus.

  1. Akta gaji minima RM 1500

Akta gaji minima RM 1500 amat perlu sekarang, inflasi sangat tinggi, penswastaan keperluan asas juga membebankan pekerja, tetapi gaji pekerja tidak meningkat.

Tuntutan MTUC sebelum ini ialah Gaji minima RM 900, elaun kehidupan RM 300. Tuntutan mereka tidak dapat menanggung inflasi sekarang. Gaji RM 1500 hanya cukup pekerja hidup di bandar basar, penswataan bekalan air dan elektrik juga mengyebabkan pekerja menanggung risiko pembatalan perkhidmatan air dan elektrik.

  1. Miliknegarakan, demokrasi dan ketelusan pengkhidmatan awam

Malaysia, sejak tahun 1983 telah mengaju ke arah Malaysia Incorporated. Semenjak itu, perkhidmatan awam Malaysia semakin diswatakan, hak asasi dan kebajikan rakyat semakin diniagakan.

Kerajaan Malaysia telah mensyarikatkan dan menswatakan perkhidmatan sivil yang berikut:

Bekalan air 1996-2000

Bekalan elektrik 1/9/1990

Pembuangan kumuhan Ogos 1995

Perkhidmatan telekom 1/1/1990

Lebuhraya 1996-1998

Perkhidmatan pos Ogos 2001

Perkhidmatan perubatan 1994-2000

Pendidikan tertinggi 1998(Bilangan kolej persendirian meningkat daripada 280 buah pada tahun 1995 kepada 690 buah pada tahun 2001)

Setelah pelbagai keperluan asas diswatakan, rakyat Malaysia terpaksa menanggung bebanan yang semakin berat. Bayaran pelbagai perkhidmatan semakin naik harga—bil bekalan air, bil bekalan eletrik, bayaran tol, petrol, dan juga bayaran yuran sekolah dan pelbagai barangan keperluan harian. Semestinya bayaran pelbagai perkhidmatan semakin meningkat, namun kualiti perkhidmatan semakin menurun, maka menolak pernyataan bahawa perswataan nampu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan.

Oleh demikian, perkhidmatan awam harus dimilikenegaraan, supaya kerajaan dapat menolong mengurangkan bebanan rakyat, pada masa yang sama mendemokrasikan supaya staf-staf perkhidmatan awam mempunyai hak membuat keputusan yang lebih berkuasa, termasuk memilih lapisan pemimpin.

Seluruh perkhidmatan awam harus dilusinakan, supaya rakyat dapat memantau proses perjalanan seluruh perkhidmatan awam, kami menentang sistem perlantikan pegawai, memansuhkan bureaucratik, bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam yang dikenegaraankan.

  1. Hentikan perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) tanpa penyertaan rakyat

Malaysia telah melancarkan rundingan bagi FTA dengan Amerika Syarikat. Rundingan ini diadakan tanpa penyertaan rakyat. FTA US-Malaysia ini akan meliputi produk barangan, perkhidmatan, perubatan, hak melabur pemerolehan kerajaan, hak harta intektual dan sebagainya. FTA amat berkait dengan kebajikan dan kepentingan rakyat.

11. Hak untuk menerima pendidikan

Pendidikan merupakan hak asasi manusia, hak asasi tidak boleh diniagakan, tidak boleh dijual belikan, tidak boleh ditawar-menawarkan, oleh itu, kerajaan harus menanggung tanggungjawab menyediakan pendidikan. Menurut UDHR, setiap manusia berhak menerima pendidikan, secara percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat rendah. Pendidikan pada peringkat rendah seharusnya bersifat percuma. Pendidikan teknik harus diperbanyakkan, kemasukan universiti haruslah mengikut keputusan pelajaran individu dan setiap individu menikmati hak yang samarata. Kementerian Pendidikan Tertinggi harus memberi peluang menuntut pelajaran dengan menilai keputusan pelajaran ,kemudian menubuhkan lebih banyak institusi tertinggi dengan kaedah yang sesuai, kemudian menjadikan pendidikan tertinggi percuma.

  1. Hak pelbagai dan bahasa ibunda

1996 Barcelona, "Dunia Declaration di Rights bahasa" telah menyatakan bahawa:

Segala-gala bahasa adalah bentuk penyampaian sekumpulan manusia yang terunggal, ia juga satu kaedah teristimewa untuk memperkenalkan dan mencatatkan realistik. Pendidikan haruslah berkhidmat untuk kepelbagaian bahasa dan budaya, serta mengeratkan hubungan dengan komuniti yang beza bahasa