Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Oktober 09, 2008

apa khabar imanmu ?

"berbahagialah orang yang hari ini lebih baik berbanding semalam , celakalah orang yang kelmarin lebih baik daripada hari ini." Kata-kata ini biasa terungkap bilamana kita dihujani dengan pertanyaan di atas . Saya biasa ditanya oleh saudara saya yang amat saya kasihi , Akhi Hafiz ,Amir Karisma Penang , sehingga terkadang rasa lidah ini terkaku untuk menjawab soalan tersebut. Biasanya, apabila berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain biasanya saya dihujani dengan pertanyaan "biasa" seperti "apa khabar?" , "dah makan ke belum? ", "sihat?" dan sebagainya. Tapi bila sahaja ana berjumpa dengan saudara yang amat ana kasihi, dia bertanya dengan nada serius,
terkadang kelakar , "apa khabar imanmu?" .Soalan ini sebenarnya amat sukar dijawab.
Bayangkan sendiri kita ditanya berkenaan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti bahkan tidak tahu pun . Iman .

Sesuatu yang ghaib , bahkan tiada apapun yang dapat menggambarkan bentuk , karakteristik bahkan ia merupakan suatu soalan yang amat subjektif. Mungkin orang yang ada fikrah sedikit dia akan menjawab bahawa iman dia sering berkurang, bahkan seringkali bertambah atas asbab mengikut pegangan ahlul sunnah wal jamaah. Sesetengah orang mungkin akan menjawab tidak tahu bahkan akan ada sesetengah yang akan menjawab “ hari ini ana telah buat itu, buat ini.derma itu, derma ini..dan sebagainya”. Sampai hari ini saya tidak mampu merungkaikan apakah jawapan yang sepatutnya dibalas bila diajukan soalan tesebut ,bahkan kerapkali sekadar tersenyum dan diam seribu bahasa.

Ada borang Muta’abah Amal yang telah diberi kepada ana pada suatu ketika. Dalam borang tersebut ada disediakan kotak untuk ditandakan kekerapan amalan yang kita lakukan dalam bulan tersebut. Borang ini amat berguna . Ia bukanlah satu borang untuk tunjuk-menujuk kepada sahabat-sahabat , bukan juga sebagai suka-suka tetapi lebih kepada “muhasabah” kepada amalan harian kita. Ana rasa tentu kebanyakan daripada kita yang pernah mengisi , memiliki dan kalau tidakpun pernah terlihat kertas ini. Ada yang berpandangan , sepertimana yang telah dinyatakan di atas , bahawa dengan kertas /helaian muta’baah amal inilah jawapan kepada persoalan di atas . Dengan lain kata, jawapan soalan di atas dapat dijawab dengan amalan seharian yang kita lakukan.

Ana sentiasa terfikir adakah iman ini dapat menjadi jaminan kepada ana suatu hari nanti untuk menghadap Tuhan semesta alam . Adakah iman yang terkandung dalam jiwa ini menjadi pendinding dan pembela kepadaku di akhirat kelak. Adakah apa yang ana lakukan hari ini mampu menjamin keteguhan iman ana di saat nyawa sampai di tenggorok ana . Adakah ketakutan ana terhadap pembalasan azab terhadap dosa ana menandakan bahawa ana mempunyai iman yang kental yang seterusnya menjamin kenikmatan berpanjangan di akhirat iaitu dengan menikmati balasan syurga. Perasaan itu sentiasa terjajah dalam diri. Bahkan persoalan tentang tahap keimanan sentiasa menerkam diri ini.


IMAN MUTIARA
Iman adalah mutiara di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah ,Maha Esa , Maha Kuasa,
Tanpamu iman bagaimanalah merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah menjadi hamba Allah yang bertakwa
Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau meredah lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Subhanallah. Terkadang diri ini terasa hina mengingatkan siapa diri ini. Seseorang yang tidak menyedari dosa dan kesilapan yang sedang dan yang akan diadakan . Persoalan jiwa dan keimanan amatlah sulit diperbincangkan. Sedangkan jiwa ini sentiasa meruntun , mengharapkan keimanan itu dapat diterima oleh rabbul jalil.
Lirik lagu di atas sebenarnya dapat mendefinisikan apa itu erti “keimanan” . Sesuatu yang amat berharga, tidak boleh diperwariskan hatta dengan orang terdekat ,ia juga tiada di tempat yang begitu mudah dicapai. Iman itu datang dari Allah ,pencipta yang Haq . Sepertimana sang pengemis meminta dari sang kaya , begitulah hubungan kita dengan Allah s.w.t . Kita seharusnya meminta terus “keselamatan” iman terhadap “pencipta”, “penyubur “ dan “penurun” iman ini.

Tiada ulasan: