Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Oktober 02, 2008

MAHASISWA ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASA DEPAN ISLAM

Dipetik daripada Mingguan Wasilah (edisi 28 Ramadhan-04 Syawal 1949 H)

Suluhan wahyu pertama adalah satu bentakan yang menggesa agar ilmu dijadikan sebagai agenda untuk mencari ketuhanan hakiki. Suluhan iqra’ telah menobatkan Islam sebagai agama yang tidak takut untuk berhadapan dengan hujah dan ilmu. Mengapa Islam perlu takut sedangkan Allah memerintahkan dalam wahyu pertama agar manusia membaca Al-Qur’an yang mengandungi bukti dan hujah bahawa kebenaran itu hanyalah Islam .
Allah memuliakan golongan pencina ilmu. Dengan ilmu yang digalas , seseorang cendikiawan Islam itu akan mampu untuk menerjah ke dalam lubuk sanubari manusia agar tunduk dan menyerah diri di hadapan keagungan Allah dan Islam. Dengan hujah yang dilancarkan ditambah pula dengan keikhlasan si alim untuk mengharap cinta Allah semata-mata , hati sang pendengar akan diketuk untuk menerima Islam. Tidak hairanlah apabila usaha untuk mencari ilmu dinobatkan sebagai jihad yang paling besar di sisi ulama.

Al –Imam Al Qadhi Nasiruddin Al-Baidhawi berkata di dalam kitabnya yang terakhir yang bermaksud : “ Lantas mereka (para sahabat) diperintahkan untuk memastikan setiap daripada kumpulan itu ada beberapa individu yang keluar berperang manakala individu yang berbaki hendaklah kekal (bersama Rasulullah) untuk menuntut ilmu agar tidak terputusnya proses menuntut imu yang merupakan jihad yang paling besar. Ini kerana berdebat dengan hujah adalah perkara pokok dan tujuan kebangkitan (para Rasul)”.

Semestinya para pemunggah ilmu patut untuk berasa bangga apabila golongan yang menuntut imu diberikan penghormatan oleh Islam. Golongan ini didewa-dewakan di dalam Al-Qur’an dan mutiara kata Rasul tercinta . Namun, penghormatan yang diberikan Islam kepada golongan ini hanyalah akan bermakna sekiranya tanggungjawab untuk menyebarkan Islam digalas dan diperjuangkan oleh golongan ini. Sekiranya para alim ulama hanya mencari gah untuk disebut-sebut kehebatannya sedangkan dia umpama mayat bisu yang termanggu-manggu melihat kebejatan umat, maka golongan alim sudah tidak mempunyai erti.

Para mahasiswa Islam perlu sedar bahawa tugasan para Rasul dan Nabi terdahulu adalah untuk menyampaikan aqidah Islam yang mentauhidkan Allah dan menjadk menjerihikan syariat Islam sebagai penguasa dunia. Islam adalah diturunkan untuk menjerihkan hati manusia dengan aqidah manusia dengan aqidah suci dan untuk menjadi raja yang bakal mempersembahkan keadilan kepada manusia sejagat. Pencetus ilmu sains kemasyarakatan ,ibnu Khaldun telah menjelaskan peri pentingnya agama Islam untuk memastikan perjalanan sesebuah tamadun kemanusiaan akan dapat terus berada di puncak kegemilangan yang hakiki.

Beliau berkata : “Undang-undang politik hanya hanya memerhatikan manfaat keduniaan semata-mata. Mereka (iaitu orang-orang yang terlibat dengan politik keduniaan ) hanya mengetahui perkara yang zahir di dunia semata-mata.
Tujuan Allah terhadap manusia adalah kemanfaatan mereka yang bersifat ukhrawi. Maka menjadi satu kewajiban berdasarkan tuntutan-tuntutan syariat Islam untuk membawa semua manusia secara keseluruhanna menerima hokum-hukum syarak dalam hal-hal manusia yang bersifat duniawi dan ukhrawi. Hukum ini (iaitu arahan untuk menjadikan Islam sebagai pemutus) adalah ditujukan kepada golonga yang memahami syariat iaitu para nabi dan individu yang membawa tugasan mereka iaitu pemerintah. Maka jelaslah buat kamu :

“Makna khalifah sesungguhnya kerajaan yang bersifat tabi’e (iaitu kerajaan yang bertunjangkan hawa nafsu) adalah bertujuan untuk membawa seluruh manusia kepada kehendak peribadi dan syahwat.

“Kerajaan yang bersifat politik adalah bertujuan untuk membawa semua manusia kepada menerima keputusan-keputusan yang dikeluarkan oelh pandangan akal untuk mendapat manfaat-manfaat keduniaan dan mengelakkan daripada menerima kecelakaan .

“Khilafah (yang hakiki pula) adalah bertujuan untuk membawa seluruh manusia bagi menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh pandangan syarak yang telah melihat manfaat-manfaat manusia yang bersifat ukhrawi dan manfaat-manfaat yang bersifat duniawi yang akan kembali kepada manfaat-manfaat berbentuk ukhrawi. Ini kerana di sisi Allah , hal-hal keduniaan kesemuanya akan kembali kepada pengiktibaran hal-hal keduniaan tersebu dengan manfaat-manfaat yang bersifat akhirat.

“Maka pemerintahan pada hakikatnya adalah tindakan para pemerintah yang menggantikan pemilik syarak (iaitu Allah) dalam tugas memelihara agama (Islam) dan mentadbir dunia dengan agama.

“Atas kefahaman yang jelas bahawa Islam adalah agama yang memandu manusia kearah keredhaan Allah dari sudut individu , keluarga dan Negara, maka para pengganti tanggungjawab para Rasul perlu untuk bersedia dengan kemantapan ilmu yang paling maksimun bagi menjernihkan kembali masyarakat Islam Malaysia yang semakin lena diulit dunia.

Tugasan kita bukan sekadar berpencak di gelanggang pidato dan syarahan semata-mata, bahkan tugas kita adalah:
1. Menyampaikan aqiadah Islam yang Maha Suci kepada masyarakat bukan Islam yang terus menganut agama-agama canaian tangan-tangan manusia.
2. Menjernihkan kembali aqidah masyarakat muslim yang sebahagian daripada mereka sudah mula sangsi dengan aqidah Islam akibat kealpaan golongan alim dalam memberikan penekanan yang lebih kepada ilmu aqidah kepada masyarakat Muslim.
3. Bersama-sama membasmi gejala murtad yang semakin berleluasa di Malaysia dengan cara menjelaskan kepada masyarakat Islam bahawa Islam adalah agama yang tidak mengandungi cacat cela dari semua segi di samping mendekati golongan yang telah murtad untuk membawa kembali mereka kembali kepada agama Islam.
4. Bersama-sama memerangi gejala sosial yang telah menghancurkan peribadi muda-mudi Islam khususnya yang menyebabkan mereka semakin jauh dari aturan Islam.
5. Berusaha menghapuskan segala agensi-agensi penaja dan pembiak kepada kemungkaran sama ada dari sudut elektronik, internet, makalah dan sebagainya.
6. Berusaha menjadikan Islam bukan sekadar agama yang bersifat ritual semata-mata bahkan berusaha untuk menjadikan Islam sebagai kuasa dan undang-undang merajai Negara.
7. Menyedarkan masyarakat bahawa mengundi parti UMNO yang tidak menjadikan Islam sebagai tunjang pergerakan dan aktiviti kerajaan yang hanya akan melumpuhkan dan merugikan setiap usaha murni yang ingin mendaulatkan Islam ke mercunya dan memurnikan akhlak masyarakat Malaysia yang tersasar jauh daripada kehendak Allah dan RasulNya.

Tugasan yang dinyatakan di atas adalah besar dan memerlukan upaya dan tenaga yang bersungguh-sungguh daripada para mahasiswa. Adakah anda bersedia menggalas tugas ini ?

Sebagaimana yang sedia maklum ,segala tindakan manusia di dunia ini bukanlah semata-mata bertujuan untuk mendapatkan keduniaan semata-mata .Akan tetapi segala tindak-tanduk manusia akan dinilai adakah ia membawa manfaat di akhirat kelak atau tidak.

Sekiranya manfaat yang bersifat keduniaan tersebut memberikan manfaat di akhirat kelak seperti melakukan kebaikan sesama manusia dan makhluk Allah yang lain di dunia, maka perbuatan tersebut pasti akan dibenarkan oleh syarak kerana manfaat keduniaan tersebut membawa kepada manfaat ukhrawi. Namun sekiranya manfaat tersebut hanyalah semata-mata untuk mengisi kebejatan nafsu syahwat semata-mata , pasti perkara tersebut akan dilarang Allah Taala.

Hairul Nizam Mat Hussin
Penasihat Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Tiada ulasan: