Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Selasa, Mei 26, 2009

-Ta'aruf bersama Pemilik Blog-


Hampir setahun setengah saya menulis di blog ini. Daripada penggunaan kata sapa "ana" kepada "aku " sebelum berubah menjadi "saya". Mungkin ini melambangkan pendekatan saya ,mahupun barangkali disebabkan pengalaman sehari-hari mengakibatkan kata-kata sapaan itu sentiasa berubah. Mungkin juga ini menunjukkan umur saya semakin bertambah dan memendek. Ada banyak sebab perubahan itu . To err is human. Setiap manusia mencapai revolusi tertentu dalam hidup sebelum menjadi "dia" yang sekarang.Mungkin selepas ini pendekatan saya juga akan berubah. Namun semua itu tidak bermakna bahawa prinsip saya dan jiwa saya turut berubah.Biar ta'aruf ini lain berbanding REVOLUSIONER(anda boleh merujuknya di tepi blog ini)

Kenapa Akh Zhaf?
Nama saya yang sebenar ialah Ahmad Zhafri bin Md Noor. Orang Melayu Kelantan . "Akh' bermaksud saudara lelaki dalam bahasa arab. Ia juga boleh digunakan untuk abang ataupun adik lelaki. Biasanya saya sangat suka bila seseorang memanggil saya akhi, sebab ia melambangkan lebih persaudaraan berbanding "enta" ,"awak" mahupun "you". Bukankah kita disaran untuk memanggil nama panggilan yang disukai saudaranya.

Siapakah Mujahid Page?
Merupakan nama samaran saya yang kedua. Nama "Mujahid" amat disukai oleh saya kerana ia bermaksud "Orang yang berjihad". Menjauhkan diri dari semangat mebuta-tuli , semangat jidah , pada pandangan saya memerlukan bukan sahaja semangat ataupun kata-kata ,tetapi turut melibatkan kefahaman , ilmu pengetahuan dan hati yang ikhlas. Tanpa formula-formula tersebut, atau hanya sebahagian daripada asas tersebut diambil, tadhliyah atau pengorbanan kita menjadi sia-sia.  Teringat sebuah kisah di zaman nabi, di mana apabila sebuah peperangan meletus , sahabat berkata kepada sekujur mayat tentera Islam yang mati dalam peperangan tersebut. Para sahabat berkata tentulah orang yang terbunuh itu ditempatkan di syurga. Namun kata-kata sahabat tersebut disanggah oleh Rasulullah sendiri. Baginda menyatakan bahawa lelaki yang terbunuh itu akan dimasukkan ke neraka. Sebabnya? Berjuang sebab hendak menghapuskan musuh negara (nasionalis), bukan disebabkan iman dan penegakan daulah Islamiyyah."Page" pula tidak bermaksud apa-apa. Mungkin ia hanya sekadar nama.

Kenapa letak DEAFENING SILENT sebagai nama dan alamat blog?
Sebenarnya, Deafening Silent merupakan nama salah satu nama album band Trash Metal Malaysia , Cromok. Saya begitu meminati band ini semenjak sekolah menengah lagi ,di samping Metallica, Amuk , Butterfingers dan 80's Malaysia rockers bands. Kumpulan yang memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam industri muzik indie dan bawah tanah ini memiliki kekuatan dari segi "growl" vokal yang memukau, ketukan dram yang berpadu , 'mainan' gitar dan "bass" yang WOW . Fantastic! dan sudah tentu semua ini tidak membantu kecuali dengan penciptaan LIRIK yang bermakna dan tidak slapstik.Jika diterjemahkan "Deafening Silent" bermaksud "Senyap Yang Memekakkan". Apa yang saya boleh kaitkan dengan blog ini adalah walaupun  blog ini tidak mampu "bercakap" , "membalas balik" mahupun "bergerak" , namun diharapkan dengan adanya blog ini , seseorang akan jadi "pekak" / "Pekak" bukan bermaksud fizikal, tetapi lebih kepada mental sebab dalam blog ini banyak perkara  "pantang"  , "larangan" yang selama ini fobia ketakutan tidak berasas kepada guru-guru pelatih mahupun guru-guru (bimbang dikenakan tindakan oleh pihak-pihak tertentu) disentuh. Ada sesetengah artikel yang secara "direct" mengkritik individu mahupun organisasi di tertentu hingga saya pernah diberi amaran supaya tidak terlalu "berani" oleh seorang Guru Senior.

Kenapa banyak sangat artikel yang memiliki taraf "Copy and paste" ?
Ada beberapa sebab kenapa saya banyak menceduk sepenuhnya artikel individu-individu mahupun organisasi-organisasi tertentu.1. Mungkin lebih kepada kekangan masa yang begitu mencengkam. Insyaallah, saya akan cuba menulis sendiri karya nanti. Saya cuba untuk tidak memasukkan unsur-unsur dalaman konteks "keakuan" , soal hati dan luahan perasaan.  2. Artikel yang saya petik adalah terdiri daripada artikel yang saya pilih sendiri berdasarkan beberapa sumber seperti blog, emel, akhbar dan buku-buku. 3. Saya berazam untuk menulis sendiri artikel selepas ini berdasarkan sumber-sumber yang sahih dan jitu. Dakwah melalui medium internet merupakan satu wadah yang berkesan dan cepat di samping murah.

Kenapa saya tulis banyak artikel yang menekankan perihal guru sebagai revolusioner masyarakat
Bagi saya , inilah sumbangan yang mampu saya sampaikan kepada sahabat-sahabat yang sama IPGM dengan saya dan sahabat-sahabat dari IPGM yang lain. Secara jujurnya saya tidak diberi sebarang ruang dan peluang untuk menyatakan sesuatu pemahaman dan pendirian , kecuali ada waktu tazkirah di surau dan apabila ada sesi penambahan atau masa kecemasan di dalam mesyuarat! Saya melihat kelesuan dari segi aspek aktivisme dalam diri majoriti guru peltih di IPGM saya. Maksud aktivisme di sini ialah bergiat cergas dalam melibatkan diri dalam sebarang program sukarela dan berbentuk kemasyarakatan. Berapa ramai guru-guru pelatih yang rela turun ke Alor Star dan Sungai Petani bagi melihat sendiri kebejatan sosial anak-anak muda Melayu Islam di sana melalui program yang dianjurkan badan-badan bukan kerajaan seperti Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah (UNGGAS) , atau berdakwah kepada orang bukan muslim di tempat-tempat awam seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat dari IPSI , ataupun menjadi fasilitator tanpa bayaran dalam program Kelab Remaja JIM , ataupun setidak-tidaknya menyertai Usrah di IPGM!Bagi saya ini merupakan suatu kerugian walhal peranan guru pada suatu ketika dahulu dikatakan amat penting disebabkan mereka merupakan pemimpin masyarakat .Suatu ketika dahulu lepasan maktab perguruan adalah antara antara penggerak massa ke arah membebaskan masyarakat daripada penjajahan mental dan fizikal. Siapa tidak kenal Pendeta Za'aba, lepasan Sultan Idris Training College yang banyak merubah mentaliti orang Melayu yang terlampau "manja" , "penakut" dan lebih selesa berada di bawah penjajahan.  Saya mengimpikan idealisme terus subur dengan aktiviti bercorak kelmuaan memiliki tempat di hati setiap guru pelatih di IPGM . Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah melalui halaqah ilmu, bedah buku, diskusi ilmiah dan pelbagai aktiviti yang membawa kepada penerokaan pemikiran. Pembudayaan budaya ilmu seperti pembacaam buku-buku imiah yang lari dari subjek yang diambil di IPGM dan meneliti isu-isu semasa yang melanda masyarakat glokal seharusnya diamalkan . Berapa ramai yang kenal tokoh-tokoh yang merevolusikan masyarakat dan dunia seperti Ernesto Che Guevara ,Ali Shariaati, Imam Hassan Al Banna, Muhmammad bin Abdul Wahab , Pak Natsir, Tok Janggut, Malcom X , Muhammad Abduh, Jalaluddin Al Afghani , Ibnu Timiyah, Imam Al-ghazali, Tun Dr. Mahathir, dan ramai lagi tokoh-tokoh yang mungkin namanya tidak begitu dikenali , namu sumbangan mereka terhadap masyarakat amatlah besar. Saya suka dengan sajak yang dikarang oleh Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant) yang secara jelas refleks kepada peranan guru yang sebenar sebagai revolusiner, mujadid dan pembaharu masyarakat. 
GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

Tiada ulasan: