Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Sabtu, Jun 06, 2009

Kenapa Harus Takut?


(Ana Mujahid Page (kiri) bergambar dengan Saifuddin Az-zafaraniy yang juga merupakan kembar ana)

Petikan daripada blog Saifuddin Az-Zafaraniy


Fenomena 'takut' masih menular kalangan pelatih guru IPGM. Sindrom takut didefinisikan oleh ana sendiri sebagai 'satu atmosfera yang berpunca dari kekangan emosi negatif dalam diri seseorang yang melibatkan diri sendiri dengan situasi atau individu tertentu yang menyebabkan seseorang itu cuba menghindarkan diri daripada berhadapan dengan perkara tersebut'.

Sindrom ini dalam satu segi amat bagus apabila budaya ini menghindarkan diri kita daripada terlalu berani sehingga mengorbankan matlamat dan arah tuju asal kita dalam sesuatu perancangan.

Contohnya, kita ingin melaksanakan satu misi untuk mencegah khalwat di sesebuah rumah. Tindakan berani apabila kita cuba merempuh masuk keseorangan ke dalam rumah terbabit tanpa menghiraukan risiko yang terpaksa kita hadapi semasa menjalankan tindakan nahi munkar itu.

Namun, keberanian kita itu sebenarnya dari satu segi bukanlah tindakan yang terbaik apabila kita boleh melakukan perkara yang lebih 'bermakna' lagi apabila kita boleh mencari beberapa orang lagi untuk menjadi saksi bersama-sama kita dalam kes khalwat tersebut. Kita mampu menjadikan perkara ini sebagai satu dasar untuk membangkitkan satu usul untuk melaksanakan undang-undang yang lebih tegas di kawasan tersebut. Tindakan kedua ini lebih efisien dan lebih 'bermakna' daripada tindakan pertama itu tadi walau pun ianya sekadar dilihat sebagi satu 'strategi' sahaja di mata sesetengah pihak. Sebenarnya lebih daripada itu!

Kemudian, ingin ana bangkitkan situasi atau sindrom takut yang sangat 'melampau' dalam kalangan pelatih guru dalam menyatakan pendirian.

Banyak isu-isu ummah tertangguh akibat fenomena ini yang menjadikan kuasa mahasiswa tak ke mana kebelakangan ini. Ini tidak termasuk kuasa jemaah Islam yang menaungi persatuan Islam di IPGM masing-masing.

Kadang-kadang ana berasa pening memikirkan masalah para pendokong dakwah yang terlalu lalu takut untuk bersuara sehinggakan mahasiswa keguruan IPGM lain sudah hilang arah tuju dalam hidup. Nak ajak teman buat rondaan malam pun susah, takut kena kutuk dek oranglah, takut kena hinjak sampai matilah, takut hantulah, masyaAllah! Mana sifar rijal dalam diri antum!!! Mana tarbiyah kita?!! Gunakan alasan sirr dan hazzar untuk membiarkan kemungkaran berlaku dalam masyarakat. MAZHAB MANAKAH INI?

Isu amar maaruf nahi munkar ini sebenarnya tidaklah terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan isu penggerak dakwah yang tidak berani menyatakan kebenaran. Maka, lahirlah sekelompok dalam jemaah yang tidak thiqah dengan kepimpinan atas dasar kepimpinan takut nak ambil risiko,nak jaga mekap tebal dan bedak sejuk yang melekat di muka. MasyaAllah, mana peribadi kita seorang mahasiswa Islam yang terlibat dalam gerakan dakwah?

Kita sewajarnya seorang penggerak dakwah perlu terkehadapan menggunakan nama persatuan mahasiswa Islam kita atau atas tiket individu untuk menyatakan yang mana salah, yang mana betul. Kita perlu memberi 'tunjuk ajar' kepada HEP, JPP @ MPP malah pensyarah-pensyarah dan pelatih-pelatih guru mana yang benar, mana yang bathil dari perspektif agama kerana manusia ini mudah lupa dan ramai yang tidak lupa, namun jahil.

Gerakan Islam di IPGM bukanlah sekadar mengata mengutuk di belakang kemudian melaksanakan program dakwah banyak-banyak berdasarkan teori Dr. Mashitah Ibrahim yang amat masyhur itu iaitu "Kita buat maaruf banyak-banyak, maka perkara yang mungkar dapat dielakkan". MasyaAllah, ramai penggerak dakwah bergerak atas teori Mashitahian ni?

Islam tertegak dengan tangan, kata-kata dan hati. Namun , jika hatilah yang menjadi pilihan, janganlah dipersalahkan kepada umum apabila golongan 'Jalan Telawi' yang akan bangkit dan bukannya golongan ikhwah akhawat yang menjadikan Allah sebagai Tuhannya dan Islam sebagai jalannya.

Suara mahasiswa sepertimana suara rakyat Malaysia yang lain diraikan dalam Perembagaan Malaysia. Kenapa harus takut akan gertakan Akta 174, AUKU dan sebagainya? Takut tindakan disiplin? Kita kata "Encik, buat konsert ini tidak elok untuk perkembangan pelatih guru Islam di IPGM kita ni," ini pun kena tindakan Akta 174 ke? Siapa ajar?

Mungkin kita takut akan cemuhan? Nabi s.a.w. bukanlah meninggal atas sebab kutukan dan cacian masyarakat Quraisy. Itu jawapan mudah ana.

Takut hilang kawan dan teman? MasyaAllah, ana tak mampu menulis lagi kerana tarbiyah mana-mana jemaah sekali pun tidak mengajar bahawa kita perlu mengelakkan menjalankan amar makruf nahi munkar demi sahabat kita.

Ana ingin meminta maaf atas kekasaran bahasa itu tadi. Penulisan di atas merupakan salah satu komentar ana berkaitan penubuhan solidariti IPGM di bawah tadi. Jika sindrom takut dan 'nak jaga sirr wa hazaar' terus dipegang oleh kita, alamat tak berkembanglah Islam di IPGM masing-masing kerana unsur nahi munkar tiada dalam diari gerakan mahasiswa IPGM masing-masing.
Maka, solidariti mahasiswa Islam di IPGM ini hanyalah kekal sebagai mimpi.

Bangkitlah wahai mahasiswa Islam. Kita tidak memerangi Perlembagaan Malaysia, tidak pula kerajaan Malaysia. Kita tidak pula memerangi Akta 174 atau pihak KPM dan BPG. Malah pihak pengurusan IPGM dan pensyarah serta pelatih jauh sekali. Kita hanya menyatakan pendirian kita berkaitan sesuatu isu, isu kita sebagai seorang mahasiswa Islam. Mahasiswa yang mendapat tarbiyah yang nampak kepincangan dalam masyarakat kita. Mahasiswa yang tidak dikekang suaranya dan mahasiswa yang menjunjung tinggi perlembagaan Qur'an dan Sunnah tanpa mengenepikan Perlembagaan Negera sebagai satu wadah penyatuan masyarakat di Malaysia. Kita tidak menetang perkara itu, jauh sekali rusuhan atau demonstrasi bantahan besar-besaran. Kita hanya sekadar menyatakan "ini tidak boleh tuan" kemudian sediakanlah alternatif. Bukan sekadar menyediakan alternatif sedangkan guru pelatih ramai yang cenderung ke arah melahirkan anak luar nikah!

Tiada ulasan: