Disediakan oleh: Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha TERAS cawangan PERAK
Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)
Sekadar berkongsi maklumat dan keperihatinan terhadap isu Aqidah-isu kes hak penjagaan anak Kes Muhd Ridzwan. Kebetulan pada hari Jumaat yang lepas (29 Mei 2009), saya mewakili TERAS cawangan Perak untuk menghadiri majlis pertemuan Indira iaitu bekas isteri Muhd Ridzwan dengan anak-anak mereka Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Islam tidak pernah menghalang pertemuan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak mereka walaupun menurut Islam hak penjagaan anak adalah diserahkan kepada pasangan yang memeluk Islam.
Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu .(Fellow MANHAL PMRAM 2009).
Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah. Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:
عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ قَالَ : ((عَنِ النَّبِيِّ الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .
Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. "
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik. Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah
Namun ada pendapat ulama’ yang membenarkan kanak-kanak belum aqil baligh untuk dijagai oleh ibu yang bukan Islam sehingga cukup umur mukallaf. Walau bagaimanapun kesimpulannya Islam tidak pernah menghalang kasih ibu dan anak serta menjamin hubungan kekeluargaan. Bersama saya adalah Ustaz Suhaimi YDP ABIM Perak, wakil KAMI Perak serta wakil Peguam bagi Muhd Ridzwan.
Selepas Muhd Ridzwan pada 12 April 2009 telah memohon hak penjagaan anak tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh kemudian mendapat perintah mahkamah untuk mendapat hak penjagaan anaknya pada 3 Mei 2009, si Isteri pula telah membawa kes ke Mahkamah Sivil pada 4 Mei 2009. Manipulasi dikatakan berlaku apabila pihak peguam Indira tidak mendedahkan bahawa Ridzwan telah mendapat perintah mahkamah syariah malah mahkamah syariah tertakluk di dalam artikel 121(1A) yang berasingan kuasa dari mahkamah sivil. Apabila kes ditangguh ke 14 Mei 2009, hakim sivil sendiri mengakui tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai perbicaraan di mahkamah syariah. Maka kes itu ditangguh keputusan hingga ke 20 Julai 2009. Maka telah ada jarak masa 2 bulan setengah. Adakah dalam tempoh ini si anak tidak akan boleh bertemu si ibu terutama yang berusi 1 tahun itu (masih menyusu badan). Jawapannya boleh. Malah pihak peguam Ridzwan berusaha mempertemukan mereka. Namun begitu pada 29 Mei 2009 di Hotel Sri malaysia, Ridzwan tidak dapat ditemui.
Ridzwan adalah kontraktor dan pernah menjalankan tugasan di Terengganu. Akibat dakwah yang diterimanya, beliau memutus untuk memeluk Islam. Beliau pernah mengajak Indira tetapi mendapat maklumbalas yang tidak memberangsangkan.
Apakah masalah yang timbul kini?
1. Pertamanya Rizdwan berada dalam keadaan trauma dan ketakutan. Begitulah maklumat yang diketahui. Mungkin ada ‘kekerasan’ dari pihak tertentu tidak diketahui umum.
2. Ridzwan tidak dapat lagi bekerja dengan baik akibat trauma yang dihidapinya. Bantuan kewangan banyak dikeluarkan oleh peguam-peguamnya sendiri mlah khidmat guaman mereka adalah percuma. Pada saya setiap NGO muslim perlu melaporkan diri kepada barisan peguam Muhd Rizwan untuk menyalurkan bantuan efisien agar kena pada sasaran dan tempatnya. Kini yag banyak mengurus Ridzwan adalah peguam-peguamnya sendiri.
3. Perbincangan dan wacana untuk membantu kes sebegini banyak kedengaran seperti dari JAKIM dan sebagainya. Tetapi ketidaksatuan berlaku kerana perbincangan dan bantuan yang ingin diberi tidak dilibatkan dengan peguamnya sendiri. Malah kelihatan isu ini hanya dihangatkan tanpa ada yang ingin membantu secara konsisten di Perak. Malah pihak tertentu dari Kuala Lumpur lebih aktif dan peka dengan perjalanan isu ini di Perak. Tahniah kepada ABIM Perak dan Muafakat yang memberi keutamaan kepada isu ini.
4. Parti-parti Islam dan melayu seperti PAS, UMNO dan PKR perlu memainkan peranan mengambil tahu sekaligus menyalurkan kepekaan mereka secara jelas dan efektif. Lihat bagaimana DAP kini menaungi peguam-peguam Indera! Malang apabila kes politik di Perak, di Penanti dan Kelantan ramai yang mengambil tahu tetapi mengabaikan kes perjuangan aqidah muallaf di negeri sendiri. Perjuangan kes sebegini menjadi indikator penting menilai sejauh mana matlamat kita membela Islam dan aqidahnya.
5. Betapa akta menjadi suatu rujukan utama dalam mahkamah syariah sekalipun dan bukannya hujah Al Quran dan Hadis. Malah ada ketikanya Hakim yang mendengar kes tidak faqih dalam ilmu syariah. Betapa perlunya juga pendakwah muslim hadam perundangan teras Islam dari Al Quran dan Hadis, kemudiannya mendalami undang-undang syariah Malaysia (berteraskan akta) serta Undang-undang sivil sekular di negara ini. Inilah kekurangan kita.
Mari teliti isu ini bila pertikaian dibawa ke mahkamah Sivil. Andainya kes berkaitan pertikaian ini didengar di Mahkamah Sivil maka undang-undang yang akan diterima pakai adalah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
Dalam Seksyen 51 akta tersebut, jika salah seorang pasangan terbabit memeluk agama Islam, hanya pasangan yang kekal dengan agama asal yang boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan. Iaitu selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam.
Ini bermakna selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut di Mahkamah Sivil bererti perkahwinan sivil Ridzwan bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut serta tertakluk dibawahnya. Peguam Indira hanya boleh menghalang pembubaran perkahwinan jika menggunakan undang-undang sivil berkenaan tetapi hak penjagaan anak akan kembali menjadi topik yang tidak diselesaikan.
Adalah jelas berlaku ketidakadilan kepada pasangan yang telah memeluk Islam kerana langsung tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen perceraian seperti yang dihuraikan di bawah seksyen itu.
Kepada suami atau isteri yang telah memeluk Islam pula, hak mereka hanya diperuntukkan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam.
Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan asal bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu melainkan sehingga disahkan oleh Mahkamah (Syariah).
Namun timbul satu persoalan, adakah pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh disaman untuk hadir ke Mahkamah Syariah?
Seksyen 4 akta Undang-undang keluarga Islam tersebut telah memperuntukkan bahawa ia terpakai untuk orang Islam semata-mata. Katakanlah Mahkamah Syariah memutuskan permohonan untuk membubarkan perkahwinan menurut Seksyen 46(2) akta tersebut dilakukan.
Namun, adakah ia diiktiraf sebagai perintah membubarkan perkahwinan asal dalam agama mereka yang dahulunya telah di daftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (sivil)?
”Pada pandangan saya, ia bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya mengundang pelbagai persoalan dan merumitkan lagi keadaan. Saya berpendapat, bentuk penyelesaian terbaik adalah dengan meminda Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 tersebut dengan memasukkan peruntukan mana-mana pihak (sama ada yang memeluk Islam atau yang masih kekal dalam agama asal) boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan, Sebaik-baik sahaja salah seorang pasangan memeluk Islam. Barulah ia adil kepada kedua-dua pihak,” kata Musa Awang Timbalan Presiden Peguam Syarie.
Dalam perkara yang melibatkan agama anak pula, menurut Musa juga , keputusan Kabinet tersebut nyata sekali bertentangan dengan
* Perkara 12(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
* dan 12(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
* Perlembagaan Persekutuan
* serta kes Subashini melawan Saravanan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Subashini, 28, yang beragama Hindu, mahu menghalang suaminya itu, yang telah memeluk Islam dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, daripada membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah. Tindakan permohonan cerai Muhammad Shafi terhadap isterinya tidak sah di mahkamah syariah sebaliknya Muhammad shafi juga tidak boleh ke Mahkamah Sivil memohon cerai kerana telah menganut Islam.
Suaminya telah memeluk agama Islam pada bulan Mei 2006 bersama-sama dengan anak lelaki sulung mereka, Dharvin Joshua, 4. Subashini memfailkan petisyen perceraian itu 12 hari sebelum tamat tempoh tiga bulan pengislaman Muhammad Shafi. Jadi tidak sah. Suaminya kemudiannya membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah serta memohon hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.
Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya. Muhammad Shafi menang atas sebab Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah tertinggi negara telah memutuskan bahawa salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan keislaman anak tersebut. Maka mahkamah syariah paling sesuai dijadikan medan memandangkan Ridzwan yang telah Islam dilarang mengeluar petisyen penceraian di Mahkamah Sivil.
Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut juga telah menjawab percanggahan keputusan beberapa mahkamah bawahan seperti
* kes Chang Ah Mee
* dan Gengga Devi Chelliah yang memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk menukar agama anak di bawah 18 tahun.
* Serta kes Nenduchelian di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang memutuskan hanya kebenaran salah seorang ibu atau bapa diperlukan.
Kesimpulan: . Perbicaraan di mahkamah syariah tidaklah bermakna bahawa pintu hadhanah “terkunci mati” kepada ibu atau bapa yang bukan beragama Islam kerana masih terdapat banyak pandangan fuqaha yang masih memberi ruang kepada mereka, kerana isu utamanya ialah kemaslahatan anak dan bukannya kemaslahatan ayah atau ibu! ( YDP ABIM Perak SUHAIMI BIN LATIP)
Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. dan Sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka Mengetahui. ( Al Ankabut : 41)
Prof. Khoo Kay Kim said...
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan