Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Selasa, Jun 02, 2009

TAJDID MEMBANGUN PENDIDIK-1

Saya begitu gemar untuk menulis isu yang berkaitan peranan keguruan, pentarbiyahan dan kesedaran melalui blog ini. Satu lagi subjek yang saya gemar ialah isu pendidikan. Satu isu yang mempunyai banyak perkaitan dengan aspek keguruan. Berikut merupakan petikan Artikel dari Majalah Milenia Muslim keluaran JUN 2009 (Edisi terbaru). Tajuk artikel adalah Tajdid Membangun Pendidik -Tanggungjawab ke arah Transformasi Insan. Suatu artikel menarik yang ditulis oleh Prof Dr. Sidek Baba.

Hari in adalah dirasakan perlu bahawa penulisan buku dan latihan kerja dirombak , sesuai dengan tajdid kurikulum dan kokurikulum. Buku adalah bahan penting bagi pelajar membuat rujukna dan mengukuhkan kefahaman. Tajdid pengkaryaan terhadap penulisan buku harus kreatif dan bersepadu sifatnya. Buku yang ditulis perlu bersifat muliti disiplin , yang dibina bertunjangkan nilai-nilai keinsanan dan kemanusiaan.

Penulisan buku, penyediaan perisian dan peralatan mengajar Bahasa Inggeris umpamanya mestilah menggunakan bahan-bahan yang Islamk, sesuai dengan latar setempat yang selari dengan keperluan memahirkan penggunaan bahasa di samping memahami Isi. Bahasa hanya alat untuk menyampaikan ilmu dan isi. Pengajaran tatbahasa , fonetik ,sintaksis dan sebagainya tetap mengikut aturan resam bahasa yang berkenaan . Tetapi kandungan atau ilmunya harus selari dengan nilai-nilai Islam dan fitrah.

Penulisan buku-buku sains seperti fizizk harus dikaitkan dengan benda-benda yang diciptakan ., bukannya sedia jdi atau semula adi. Penulisan subjek yang berkaitan dengan kimia tidak seharusnya berorientasi eksperimen dan data semata-mata , tetapi harus dihubungkan sebagai sumber rahmat dan nikmat daripada Allah s.w.t.
Penulisan subjek biologi tidak harus terbatas kepada ilmu mengenai sepsis yang hidup sama ada manusia atau haiwan , tetapi harus diimbangkan dengn soal manusia mempunyai akal dan hati, bukan aspek biologi semata-mata. Penulisan buku-buku geografi tidak hanya tertumpu kepada aspek-aspek topografi , fizikal dan serantau, tetapi harus mampu diimbangkan dengan aspek-aspek pengetahuan dan ilmu alam ghaib. Pembinaan tasawur atau pandangan semesta mengenai ilmu alam tidak harus ibatas secara empirical dengan alam nyata semata-mata. Adanya alam nyata kerana adanya alam ghaib. Yang ghaib menghidupkan yang nyata dan yang nyata bakal menjadi ghaib kerana faktor alam ghaib..
Begitu juga dalam menyediakan perisian dan peralatan mengajar. Ia harus sesuai dengan acuan ilmu ilm yang sifatnya multidimensi. Bahan-bahan yang selari dengan sistem nilai Islam harus menjadi keutamaan . Bahan-bahan yang mempunyai sifat-sifat perbandingan boleh digunakan asalkan ia member manfaat kepada pelajar.
Sambung.

Tiada ulasan: