Ini merupakan antara cadangan , pemikiran dan sousi yang dapat saya simpulkan hasil sumber pembacaan saya, perbincangan bersama teman-teman dan orang-orang berkenaan dan juga hasil pemikiran saya sendiri bagi melahirkan bakal guru yang lebih bersifat realistik (menyedari dan ambil tahu isu-isu yang melanda masyarakat) , holistik (bersifat menyeluruh dari segi moral dan akhlak yang baik, mempunyai pegangan agama yang stabil, berfikiran terbuka ) ,aktivis (mampu turun kepada masyarakat dalam mendepani isu-isu semasa/cakna terhadap isu semasa) dan menjadi kudwah hasanah(contoh ikutan yang baik) terhadap murid-murid dan masyarakat sekeiling.
Antara solusi yang dapat saya simpulkan di sini adalah:
- Bakal-bakal guru seharusnya terdedah (atau dengan kata lain :mendedahkan diri mereka) dengan segala persoalan atau permasalah yang melanda masyarakat umum . Dengan kata lain ,guru pelatih seharusnya sentiasa turun ke tengah-tengah masyarakat melalui penglibatan dalam apa jua program yang dianjurkan oleh IPGM mahupun badan bukan kerajaan Antara program yang boleh disertai adalah dalam bentuk menganjurkan program motivasi, dakwah turun ke lapangan ,menyertai forum isu-isu semasa di samping program yang wajib disertai oleh sahabat-sahabiah yang mengikuti usrah seperti daurah, mukhayyam , jaulah mahupun ziarah. Kita sebagai mahasiswa keguruan seharusnya tidak terikat dengan paradigma Bina Ihsan Guru sebagai medium bertemu dengan masyarakat disebabkan program B.I.G ini hanya diadakan sekali dalam satu semester. Tambah-tambah lagi program ini lebih bersifat "tugasan" , bukan bersifat penghayatan yang seolah-olah "memaksa" mahasiswa keguruan untuk turun ke lapangan masyarakat.
- Banyakkan terlibat dengan aktiviti yang lebih bersifat kepimpinan dan memerlukan kita bertindak sebagai pemimpin. Sebagai contoh melibatkan diri dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM lokaliti
- Wajibkan membaca dalam diri bukan sahaja buku/artikel /risalah yang berkaitan dengan akademik atau subjek yang dipelajari ,tetapi turut melibatkan buku-buku yang berada di luar konteks (pembelajaran atau kuliah ) seperti politik , agama , bangsa, permasalahan sosial , isu-isu antarabangsa, , haraki dan tarbiyah ,pemikiran yang melanda masyarakat dan pelbagai subjek lagi. Ironinya, topik-topik ini hanya dihadam oleh sesetengah mahasiswa keguruan sahaja seperti mahasiswa yang mengambil subjek agama, kajian sosial dan kursus yang berkaitan dengannnya. Selain itu, buku peraturan IPGM dan Akta 174 hendaklah dihadam sepenuhnya bagi setiap aktivis mahasiswa keguruan sebagai satu bekalan atau panduan kita semasa ditimpa masalah hasil kerja golongan minda tertawan , pengampu beserta kroni-kroninya.
- Banyakkan bergaul dengan sahabat-sahabiah dari IPGM mahupun IPT yang lain. Ini menjadi sumber percambahan idea dan pemikiran. Selalunya mahasiswa keguruan kita lebih suka bergaul dengan kalangan sendiri . Ini hanya menghasilkan mahasiswa keguruan yang jumud, sempit pemikiran namun sombong dengan identiti sendiri. Selain itu, penglibatan mahasiswa keguruan dengan badan bukan kerajaan juga harus digiatkan walaupun ia secara jelas dan nyata melanggar peruntukan yang ada dalam Akta 174.
- Sentiasa menganjurkan program melalui apa jua saluran. Seandainya anda memegang usrah ,lakukan program bersama adik usrah anda. Begitu juga para pemimpin yang memegang jawatan dalam IPGM masing-masing. Teruskan bergerak. Jangan tidur lagi.
- Jaga amalan yang berkaitan kerohanian sebab itu merupakan sumber kekuatan bagi penggerak-penggerak mahasiswa keguruan dan bakal para graduan keguruan yang akan menjadi sebagai pendakwah di lapangan masyarakat (sekolah) kelak.
Kita juga sering terperangkap dengan ketakutan yang tidak bersebab terhadap Akta hantu, akta 174 yang seolah-olah begitu rakus mencari mangsa , sedangkan jika kita lakukan secara berhemah ,nescaya kita mampu mengharungi akta ini dengan jayanya. Kita kena ingat bahawa kita lakukan ini kerana Allah semata-mata. Bukan atas nama hawa nafsu seperti pemilik vcd lucah yang turut sama termaktub hukumannya di dalam akta tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan