Prof. Khoo Kay Kim said...
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim
Rabu, Jun 03, 2009
INSAN MATERIALISTIK TIDAK LAYAK MENJADI GURU
PETIKAN DARI GAMIS YAHOOGROUP
Ya, pekerjaan sebagai guru bukanlah tempat yang sesuai bagi golongan yang materialistik untuk memenuhi cita-cita mereka. Pendapatan seorang guru tidaklah sehebat pendapatan seorang pensyarah, engineer, doktor dan sebagainya. Tetapi guru boleh dikatakan berada pada golongan pertengahan kerana tidak dinafikan sara hidup guru lebih baik berbanding golongan yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Kali ini suka saya berkongsi berkaitan isu ini memandangkan, saya juga bakal bergelar seorang guru kelak, InsyaAllah. Ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat yang lain sama ada yang bakal atau pun sudah bergelar seorang guru. Isu ini juga suka saya kongsikan kerana melihat kepada keadaan sekeliling sewaktu bersama rakan-rakan dari fakulti yang sama. Masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan tersendiri apabila bergelar guru kelak.
Apa yang menariknya, apabila sahaja berbual tentang kereta, masing-masing pasti aktif memberi respon, ada yang bercita-cita ingin memiliki kereta yang cantik, mewah, selesa, berjenama dan sebagainya. Begitu juga apabila berbual tentang rumah, tangga gaji dan lain-lain pastinya masing-masing mampu memberikan respon. Tetapi, apabila sahaja berbual tentang masalah disiplin pelajar di sekolah, peranan dan tanggung jawab sebagai guru, persediaan menjadi guru dan sebagainya, ada yang bersedia memberikan langkah penyelesaian mengikut pandangan dan kemampuan masing-masing dan ada juga yang ”berkecuali”. Keadaan ini sebenarnya yang perlu diberi perhatian.
Teringat saya kepada pesan seorang pensyarah Kemahiran Teknologi Elektrik (Pendawaian) , iaitu Tn Hj Ashaari sewaktu tazkirah (sebelum mula kursus) pada hari Jumaat yang lepas, antara isi yang disentuh adalah, beliau ada mengingatkan bahawa apabila mula-mula menerima gaji kelak, niatkan gaji tersebut (sebahagian) adalah untuk menunaikan haji atau umrah. Ini kerana bagi mendapatkan keberkatan dalam pekerjaan disamping menyahut 3 panggilan kepada setiap manusia iaitu azan, haji/umrah dan mati. Daripada pesanan tersebut, dapat saya simpulkan bahawa, pentingnya memperbetulkan niat dalam menguruskan gaji yang akan diperolehi kelak walaupun sedikit bagi menjamin mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Kita memahami, setiap manusia pasti inginkan kehidupan yang selesa khususnya apabila sudah bekerja dan berumahtangga. Kehidupan yang selesa inilah kadang-kadang menjadikan seseorang itu bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, beriltizam, berdaya saing dan sebagainya. Tetapi kadang-kadang keselesaan hidup dengan gaji yang banyak, kereta yang selesa, dan lain-lain menjadi penghalang utama kepada seseorang untuk bekerja dengan penuh komited. Khususnya kehidupan seorang guru, yang bilamana begitu selesa dengan kehidupan menyebabkan mereka lalai dengan tanggungjawab mendidik pelajar.
Saya pernah mengenali seorang guru yang mempunyai perniagaan sendiri, kerana ingin mendapatkan pendapatan yang lebih (mungkin). Guru tersebut boleh dikatakan tidak fokus kepada tanggungjawab sebagai seorang guru menyebabkan dia sentiasa di tegur oleh guru-guru yang lain kerana banyak mengabaikan pelajar-pelajat. Pelajar-pelajar yang berada dibawah tanggungjawabnya sentiasa ketinggalan dalam pelajaran disebabkan oleh guru tersebut sering keluar untuk menguruskan perniagaannya.
Saya tidaklah ingin menyalahkan guru tersebut untuk mendapatkan pendapatan yang lebih, malah suka saya galakkan jika guru tersebut mampu memainkan tanggungjawab beliau dengan sebaiknya.
Sebagai kesimpulannya, setiap manusia sama ada yang bakal atau sudah pun bergelar guru dan bercita-cita ingin memiliki kesenangan (kemewahan) dengan gaji yang diperolehi, seharusnya memperbetulkkan kembali niat mereka, disamping merenung kembali apakah tujuan sebenar kita memilih guru sebagai kerjaya. Paling penting disini boleh saya katakan, dengan keberkatan dan keikhlasan sahaja mampu menjadikan kita akan merasa cukup dengan apa yang ada. Kita akan merasa puas apabila berjaya mendidik pelajar-pelajar, kita pasti akan merasa gembira apabila pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan yang akan menetukan masa depan pelajar sama ada PMR ataupun SPM, dan ianya sebenarnya sudah cukup menjadi ”value added” pada gaji kita nanti, mudah-mudahan. ..wallahu’alam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan