Alangkah betapa selesanya kita. Terkadang saya terfikir, ada ruang waktu , wang dan tenaga yang boleh digunakan untuk umat ini namun saya tidak memanfaatkannya. Umat Islam yang lain yang mungkin tidak begitu bertuah sepertimana saya ini. Saya sendiri digelar penggerak dakwah, namun saya insafi tidak pernah berlaku dalam hidup saya terpaksa berlapar tanpa sebab atau tidak cukup duit. Setiap masa dan ketika duit sentiasa terisi , walaupun duit yang ada cukup untuk membeli sepotong roti cuma, terutama mengisi perut ketika duit tengah "kering" .
Saya cuba menginsafi setiap detik dalam hidup saya yang dikatakan bertuah, amat bertuah berbanding sesetengah daripada mereka . Sungguh bertuah saya ini. Golongan sasar saya bergelumang dengan masalah , kemiskinan , penyakit dan penganiayaan . Sedangkan saya ini setiap masa dimanja dan dibelai , cukup sihat tanpa perlu bersusah payah mengumpul besi buruk untuk membeli cuma sesuap nasi. Saya ini umpama pendakwah yang sentiasa di hampar dengan karpet merah.
Namun , bukanlah niat saya untuk mengeluh kesah di sini, atau merungut, jauh sekali berasa tidak bersyukur atas kurniaan Allah s.w.t. Namun saya suka menjadikan ia sebagai inspirasi saya dalam perjuangan ini. Saat sang daie ketawa, kekenyangan , disayangi segala jenis manusia , terdapat golongan sasaran yang sentiasa kesedihan , kelaparan dan dipulaukan oleh manusia hanya disebabkan kemiskinan dan ketidakmampuan mereka.
Saat manusia soleh bertahajud , saya dan akh Amir daripada Angkatan Pemuda Pemudi Islam (APIPUMPP) dan Akh Amir daripada Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE) , ditetapkan oleh Allah untuk mengagihkan sedikit makanan (yang tidak mampu dihabiskan oleh peserta OPS VALENTINE) kepada golongan yang tiada rumah di Jeti Feri Butterworth. Kebanyakan yang saya jumpa adalah orang yang waras (berbeza daripada tanggapan ramai yang menyatakan mereka tidak siuman) , Melayu(?) dan umur lanjut( dalam lingkungan 70-80 tahun) .
Sebak terasa bilamana kedatangan kami disambut senyuman oleh seorang warga tua yang kesejukan dalam selimut yang seolah-olah begitu mengharapkan belas manusia lain. Muka melayu. Bersih wajahnya manis senyumannya. Saya fikir pak cik ini adalah orang tua yang dihalau daripada rumahnya. Bajunya masih bersih , namun dengan hamparan kain pelekat (sebagai selimut) sudah cukup untuk menyatakan siapa dia. Ya Allah ! Ke mana aku selama ini ? Aku berseronok ketawa dan kekenyangan sedangkan mereka......
XPDC & Mael (J S Kevin)
Sedekah
Jika malam aku pergi
Mendamaikan keluhan
Dan sejernih embun pagi
Dari hujung cahaya
Apa ada lagi sentuhan
Apa perlu aku lakukan
Gelora nasibku
Di tengah lautan
Menjunjung kasih
Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana oh...
Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana
Merenungi firman Allah s.w.t dalam Surah Az-Zariyat ayat 15 - 19 maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberi Tuhan kepada mereka . sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik. . Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam . dan pada akhir malam mereka memohon keampunan (daripada Allah). Dan harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta , dan orang miskin yang tidak meminta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan