Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Sabtu, Februari 13, 2010

Wanginya...nasihat untuk muslimah....edited


Ini merupakan sebahagian perkara yang biasanya dilakukan oleh wanita muslimah masa kini. Kadang-kadang bau-bauan itu turut dipakai dengan bau-bauan yang menusuk , hatta penggerak dakwah sendiri. Ia bukan permasalahan berpunca daripada sudut ketsiqahan terhadap kefahaman agama mereka, namun terkadang mereka terlupa walaupun mengetahuinya. Sedikit perkongsian berdasarkan as sunnah. Sama-sama merenunginya.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata:Rasulullah SAW bersabda:"Mana-mana wanita yang memakai pedupaan (wangian) maka janganlah dia datang bersama-samaku solat Isya' yang akhir.."(Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)


Nabi SAW mengecam seorang wanita muslimah pergi untuk solat berjemaah sementara dia memakai minyak wangi, bahkan ditegaskan pula bahawa solatnya itu tidak akan diterima.
أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل
“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid niscaya tidak diterima sholatnya sehingga ia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” [Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah]


Diriwayatkan dari maula (bekas budak) Abu Rahm, namanya Ubaid, bahawa Abu Hurairah r.a berpapasan dgn seorang wanita memakai minyak wangi, wanita itu hendak pergi ke masjid. Lalu Abu Hurairah menegurnya: "Wahai wanita sombong, mahu kemana kamu?" Jawabnya: "Ke masjid" Abu hurairah berkata: " Engkau memakai minyak wangi?" Wanita itu menjawab: " Benar, aku memakai minyak wangi." Abu Hurairah berkata: " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa di antara wanita yang memakai minyak wangi, kemudian memakai minyak wangi, kemudian pergi ke masjid, maka solatnya tidak diterima, sehingga dia mandi.."
Dalam marfum hadis yang hampir sama ,
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)


Sedangkan menurut riwayat lain:"Jika seorang wanita pergi ke masjid, maka hendaklah dia mandi dari minyak wanginya sebagaimana dia mandi dari junub."
إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة
“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah ia mandi (membersihkan diri) dari wangi-wangian sebagaimana ia mandi dari janabat.” [Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah]
Dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu berkata dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seorang wanita memakai wangi-wangian lalu dia keluar rumah melewati sekelompok orang sehingga mereka mencium baunya maka dia adalah seorang pezina.” (HR. Ahmad no. 18879 dan 18912 dan dishahihkan oleh Syekh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami’ no. 323).
Cantiknya seorang wanita apabila ia mentaati perintah Allah dan rasulNya. Cantiknya bukan atas menusuknya bau , atau putihnya kulit ,atau sempurnanya wajah . Tetapi atas dasar iman dan taqwa . Saya suka memetik kata-kata daripada Al-Imam , Yusof Al-qaradhawi - Aku mencintaimu atas dasar keimanan dan kepatuhanmu terhadap Allah s.w.t . Seandainya kau lenyapkan ia dari dirimu , maka hilanglah cintaku kepadamu.

Tiada ulasan: