Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Isnin, Jun 09, 2008

petrol oh petrol

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Pengumuman Kerajaan ke atas kenaikan 40% harga minyak amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka berasa tertipu kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.

Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat.

Tambahnya, bukan setakat itu sahaja kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan. Tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.

Apatah lagi katanya, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat berkata, rakyat dimaklumkan bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding harga minyak mentah USD130 setong.

"Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan, " katanya dalam satu kenyataan.

Persoalannya tegas beliau, kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?

"Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?" katanya.

Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.

Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan. "Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan, " tegasnya.

Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.

"Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya.

"Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?" jelasnya

------------ --------- -

Cube kita fikir sekejap..sejak kemenangan Pakatan Rakyat di 5 negeri, selalu keluar TV, media mewar - war kan kerajaan Pakatan Rakyat tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihanraya walaupun di Pulau Pinang, orang Melayu Tanjung Tokong yang sudah 30 tahun menanti geran tanah, sufah mendapat geran tanah mereka setelah kerajaan baru mengambil alih pentadbiran negeri, di Kedah cukai tanah telah diturunkan, di Selangor memberi air 20 liter percuma. Ini bermakna kerajaan Pakatan Rakyat yang belum sampai 100 hari memerintah telah cuba menunaikan janji dalam manifesto mereka, tetapi BN dalam manifesto mereka semasa pilihanraya berjanji tidak akan menaikan harga minyak tahun ini, tiba-tibe mereka menipu rakyat lagi..naikkan harga minyak pada paras tertinggi dalam sejarah negara. So, siapa yang menipu rakyat ??? Haruskah percaya pada TV3 dan RTM ? Media yang mengumban minda rakyat ke minda kelas ketiga.

dari minda yang cerdas.

Mohd Fairuz Jafar

Tiada ulasan: