Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Isnin, Jun 09, 2008

Pulau Batu Putih tergadai... win-win situation?

Pulau Batu Puteh terlah tergadai.... satu lagi kawasan akan menjadi hak milik Singapura, bacalah coretan di bawah dengan hati yang terbuka. Ketepikan seketika fahaman politik kepertian tu. Lepas baca, buat lah perbandingan.

Projek yang saya maksudkan adalah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR). WPI atau IDR terletak di selatan Johor Bahru bekeluasan 2,217 km persegi (iaitu 2.5 kali lebih besar dari Singapura dan 48 kali lebih besar dari Putrajaya). Sempadan WPI adalah Lapangan Terbang Senai di sebelah Utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sebelah Barat dan Pelabuhan Pasr Gudang serta Pelabuhan Tanjung Langsat disebelah Timur. WPI melibatkan 5 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan sebahagian Majlis Daerah Pontian (MDP). WPI telah dikenalpasti sebagai salah satu dari enjin pertumbuhan utama (key engines of growth) di dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). WPI akan menjadi sebuah “Bandaraya Metropolitan Bertaraf Antarabangsa” seperti Hong Kong atau Shenzhen di China atau Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjelang tahun 2025. Mengikut Pelan Perancangan Komprehensif WPI (IDR Comprehensive Development Plan), WPI akan megujudkan sebanyak 800,000 peluang pekerjaan dengan jangkaan pendapatan per kapita penduduknya sebanyak RM115,000 setahun atau RM 10,000 sebulan menjelang tahun 2025.

WPI walaupun terletak di Negeri Johor tetapi sebenarnya bukanlah merupakan isu kepada Negeri Johor sahaja tetapi adalah merupakan isu Nasional yang melibatkan kepentingan 25 juta rakyat Malaysia. Terdapat sekurang-kurangnya enam sebab kenapa PAS Negeri Johor menyatakan WPI adalah isu nasional dan bukannya isu bagi negeri Johor sahaja;


PERTAMA
WPI sedang mempertaruhkan RM47 bilion wang negara yang telah diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan WPI sehingga tahun 2025. Purata peruntukan ini adalah sebanyak RM2.3 bilion setahun sedangkan bajet kerajaan Negeri Johor setahun adalah hanya antara RM600 ke RM700 juta setahun. Ini bermakna peruntukan pembangunan WPI setahun adalah 3 kali ganda daripada bajet kerajaan Negeri Johor. Peruntukan serta merta sebanyak RM4.3 di bawah RMK-9 telah diluluskan bagi pembinaan infrastruktur seperti jalanraya, pembersihan sungai serta sistem perparitan dan keselamatan. Persoalannya bagaimana kerajaan dapat menyediakan peruntukan RM47 bilion bagi membangunkan WPI, tentunya bukan sahaja wang rakyat Johor tetapi juga wang rakyat seluruh negara.
Sidang Muktamar yang dikasihi sekelian,


KEDUA
WPI mempergadaikan kedaulatan dan maruah negara yang kita kecapi semenjak merdeka. Bahkan negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-50 pada tahun ini. Pada peringkat awal kerajaan bersetuju untuk melaksanakan konsep ”Free Access Zone (FAZ)” bagi Zon 1 dan Zon 3 di WPI bertujuan untuk memudahkan pelabur dan pekerja daripada Singapura untuk keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu melalui pemeriksaan Imigresen dan Kastam atau dengan kata lain tidak perlu menggunakan dokumen perjalanan ataupun pasport. FAZ jika dilaksanakan akan menjadikan WPI sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura. Tetapi Alhamdulillah, berkat usaha pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Parlimen Pas, pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pengguna dan juga peranan YB Dr. Mohd Ramli Md Kari, wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Johor yang telah membangkitkan isu FAZ ini bersama dengan 6 isu lain berkaitan dengan WPI semasa perbahasan Bajet Negeri Johor pada November tahun lepas. Pada 5hb. April, 2007 kerajaan secara rasmi telah membatalkan perlaksanaan FAZ dalam WPI.
Sidang Muktamar yang dikasihi sekelian,
Perdana Menteri Malaysia dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong pada 15hb. Mei, 2007 di Pulau Langkawi telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas diperingkat menteri dengan kerajaan Singapura bagi memantau perlaksanaan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Bahkan jawatankuasa tersebut akan memperhalusi sebarang cadangan berhubung kerjasama pembangunan di WPI. Y.Bhg. Dato' Pesuruhjaya PAS Negeri Johor sehari selepas kenyataan ini disiarkan telah membuat kenyataan akhbar tapi malangnya kenyataan ini tidak disiarkan oleh Harakah. Dalam kenyataan akhbar tersebut kita membangkitkan beberapa isu asas iaitu;


1. KEDAULATAN & MARUAH NEGARA
Persoalan asas adalah kenapa kerajaan Malaysia perlu menubuhkan Jawatankusa Khas di peringkat menteri dengan Singapura sedangkan projek WPI adalah milik Malaysia dan bukannya milik Singapura. WPI juga bukannya kawasan tuntutan bertindih seperti Pulau Batu Puteh atau Pulau Sipadan.
Penubuhan Jawatankuasa Khas diperingkat menteri antara Malaysia dengan Singapura akan memberi kuasa pentadbiran kepada kerajaan Singapura ke atas WPI. Ini bermakna setiap cadangan pembangunan di WPI perlu mengambilkira padangan dan persetujuan bersama dengan Singapura. Dengan Kata lain Malaysia tidak lagi bebas membuat keputusan sendiri bagi wilayahnya tanpa terlebih dahulu mendapatkan padangan dan persetujuan bersama daripada Singapura. Jawatankuasa ini pasti akan diperalatkan oleh Singapura untuk memaksakan agenda mereka ke atas projek WPI. Kalau ini berlaku, kedaulatan dan maruah negara akan menjadi bangsat diinjak oleh Kerajaan Singapura. Ini adalah antara contoh budaya pentadbiran "bebalisme" dan "biolisme" tajaan UMNO/BN.
Penubuhan Jawatankuasa khas ini sebenarnya adalah merupakan satu lagi kejayaan besar Singapura dalam siri-siri perundingan dengan Malaysia. Sebelum daripada ini Singapura telah mengecapi pelbagai kejayaan dalam perundingan dengan Malaysia bermula dengan isu perjanjian bekalan air 1927, Tebrau and Scudai Rivers Agreement 1961, Johor River Water Agreement 1962, Perjanjian Empangan Linggui 1990, isu semakan tarif bekalan air ke Singapura, isu pembangunan tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM), isu Central Provident Fund (CPF) milik pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura, isu penjualan pasir, isu penambakan laut, isu pencerobohan ruang udara Malaysia oleh Singapura dan isu pembatalan projek pembinaan jambatan indah atau jambatan bengkok bagi menggantikan sebahagian Tambak Johor yang berada dalam wilayah perairan Malaysia.


2. KEMAMPUAN & KEWIBAWAAN NEGARA
Penubuhan Jawatankuasa Khas ini juga menunjukkan seolah-olah Malaysia kekurangan kemampuan atau tenaga pakar dan profesional bagi mengurus dan memantau perlaksanaan pembangunan di WPI. Apa sudah jadi dengan slogan keramat Perdana Menteri selama ini "Malaysia Boleh" dan "Modal Insan".
Tindakan menubuhkan Jawatankuasa Khas antara Malaysia dengan Singapura memberi isyarat yang sangat jelas seolah-olah kejayaan atau kegagalan projek WPI adalah bergantung kepada peranan kerajaan dan pelabur-pelabur daripada Singapura. Sedangkan sebelum ini Khazanah Nlasiona Bhd yang merupakan peneraju projek WPI menyatakan bahawa WPI akan dijadikan destinasi pelaburan bagi pelabur-pelabur antarabangsa seperti yang berlaku di Hong Kong, Shenzhen dan Dubai. Sepatutnya pihak kerajaan perlu mengalakkan semua pelabur dari seluruh dunia untuk melabur di WPI dan bukannya memberi fokus dan layanan yang terlalu istimewa kepada pelabur dari Singapura khususnya Temasik Holdings dan anak-anak syarikatnya. Kita bimbang jika pelaburan di WPI dimonopoli oleh pelabur-pelabur dan syarikat-syarikat dari Singapura, maka keadaan ini akan megujudkan iklim pelaburan dan iklim geo-politik yang tidak sihat kepada negara dimasa hadapan.
PAS Negeri Johor merasa sangsi kenapa Singapura menunjukkan minat yang cukup tinggi dan luar biasa terhadap projek WPI. Bahkan baru-baru ini persetujuan menubuhkan Jawatankuasa Khas antara Malaysia dan Singapura telah dibincangkan dengan panjang lebar di Parlimen Singapura. Saya yakin bahawa WPI akan menjadi alternatif kepada kerja-kerja menambak laut bagi meluaskan wilayah Singapura yang terbantut apabila Malaysia dan Indonesia menghentikan penjualan pasir ke Singapura. Tindakan kurang bijak kerajaan ini akan menjadikan WPI sebagai Singapura ke-2 melalui pemilikan hartanah yang dijual secara diskaun besar-besaran 50% ekoran dari pertukaran matawang antara Dollar Singapura dengan Ringgit Malaysia. Soalan ini telah dijawab dalam satu temubual antara CEO UEM Land, syarikat pemaju Bandar Nusajaya yang disiarkan didalam Channel NewsAsia di mana beliau menyatakan sebahagian besar dari hartanah di Nusajaya khususnya industri dan kediaman telah dibeli oleh pelabur dan syarikat dari Singapura.
Kita bimbang WPI akan menjadi destinasi terbaik kepada pekilang-pekilang Singapura untuk memindahkan (relocate) kilang-kilang mereka yang terdedah kepada pelbagai pencemaran alam sekitar dan mengambil peluang membangunankan semula (redevelop) tapak-tapak kilang mereka di Singapura dengan pangsapuri atau kondominium bertaraf lima bintang.


3. KESELAMATAN NEGARA
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong mencadangkan supaya satu kemudahan disediakan bagi melancarkan urusan keluar masuk rakyat Singapura yang bekerja atau melabur di WPI. Bahkan Perdana Menteri Malaysia besetuju pada dasarnya untuk menggunakan "Kad Pintar" bagi mengantikan dokumen perjalanan atau pasport.
Persoalan pertama ialah sejauhmanakah "Kad Pintar" ini boleh dijamin keselamatannya daripada sebarang elemen penipuan dan penyelewengan. Persoalan kedua ialah kenapa sebelum ini kerajaan Singapura tidak pernah berusaha untuk memudahkan urusan keluar masuk ribuan pekerjaan Malaysia yang setiap hari masuk ke Singapura. Bahkan beberapa langkah yang di ambil oleh Singapura banyak menguntungkan mereka seperti mengalakkan pekerja Malaysia membeli kenderaan Singapura bagi mempercepatkan urusan Immigresen. Kenapa Singapura menolak cadangan merobohkan tambah Johor dan cadangan pembinaan Jambatan Bengkok di perairan Malaysia. Bukankah projek ini juga akan memudah dan melancarkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara. Jelas dari senario ini menunjukkan kepintaran dan kebijaksanaa kerajaan Singapura berurusan dan berunding dengan kerajaan Malaysia. Dalam apa juga keadaan kepentingan Singapura sentiasa terpelihara.


KETIGA
Kerajaan Malaysia sebenarnya telah menawarkan Pakej Insentif & Sokongan (Incentive and Support Package - ISP) yang terlalu mewah kepada pelabur-pelabur di WPI khususnya dari Singapura. Pakej Insentif ini menjadikan seolah-oleh WPI dijual secara lelong kepada warga pelabur. Dari satu aspek seolah-oleh Malaysia terlalu mengharapkan Foreign Direct Investment (FDI) masuk ke WPI sedangkan keadaan ini bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan ekonomi negara terus berkembang dan FDI terus meningkat. Menurut statistik United Nation Conference On Trade and Development (UNCTAD) dalam "Investment Brief 2007" mendedahkan keadaan yang sebenarnya dimana Malaysia menerima FDI antara yang terkecil di rantau Asia dalam tahun 2006. Daripada US$230 bilion FDI yang masuk ke seluruh Asia, Malaysia hanya menerima US$3.9 bilion (1.7%) FDI sahaja. China menerima US$70 bilion (30.4%), Hong Kong US$41.4 bilion (18%), Singapura US$31.9 bilion (13.9%), India US$9.5 bilion (4.1%) manakala Thailand menerima US$7.9 bilion (3.4%). Bahkan FDI yang diterima oleh Malaysia adalah menurun untuk 3 tahun terakhir iaitu US$4.6 bilion (2004), US$4 bilion (2005) dan US$3.9 bilion (2006).
Antara Pakej Insentif & Sokongan (ISP) mewah kepada pelabur di WPI adalah seperti berikut;
1. PENGECUALIAN PEMBAYARAN CUKAI KOPERAT SELAMA 10 TAHUN
Ini adalah merupakan satu tawaran yang cukup lumayan kerana pada kebiasaannya pengecualian pembayaran cukai koperat sebanyak 28% setahun adalah untuk tempoh selama 5 tahun sahaja. Tempoh pengecualian selama 10 tahun ini akan merugikan negara dalam bentuk pembayaran cukai koperat.


2. PENGAMBIL PEKERJA ASING TANPA HAD
Khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Persoalannya apa yang akan jadi dengan 80,000 siswazah yang masih menganggur dalam negara kita yang mana sebahagian besarnya adalah daripada jurusan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Jangan sampai jadi macam perbidalan melayu "Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kehausan". Jelasnya apa yang disebutkan dalan Pelan Pembangunan Komprehensif WPI bahawa akan ujud 800,000 peluang pekerjaan menjelang 2025 adalah merupakan suatu perangkaan "muluk-muluk" sahaja.


3. PENGECUALIAN DARIPADA PERATURAN FOREIGN INVESTMENT COMMITTEE (FIC)
Warga asing dibolehkan membeli hartanah kediaman yang melebihi RM250,000 tanpa perlu mendapatkan kelulusan FIC. Bahkan mereka dibenarkan memiliki sebanyak 3 unit hartanah kediaman dalam satu-satu masa.
Pakej insentif juga menghapuskan syarat ekuiti 30% penyertaan bumiputera dalam syarikat asing yang beroperasi di Malaysia. Ini bermakna syarikat asing boleh ekuitinya 100% dimiliki oleh warga asing tanpa perlu memperuntukan kuota bumiputera. Penghapusan kuota ini sebenarnya akan melambatkan pencapaian sasaran 30% pimilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara yang telah digariskan dalan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sepatutnya kerajaan mengambil kesempatan dengan peruntukan yang besar kepada WPI iaitu RM 47 bilion untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara dan bukannya sebaliknya.
Pakej insentif juga menghapusan syarat Guna Tenaga (pekerja) dimana sebelum ini dikenakan syarat supaya syarikat asing yang beroperasi di Malaysia hendaklah melantik dan melatih warganegara Malaysia bagi mencerminkan komposisi penduduk negara di semua peringkat jawatan. Tetapi dengan adanya insentif ini syarikat asing yang beroperasi di Malaysia bebas untuk melantik dan melatih keseluruhan kakitangannya daripada pekerja asing.


4. PENGHAPUSAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH
Akta Cukai Keuntungan Hartanah diujudkan dahulu adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada aktiviti pindahmilik hartanah yang bersifat spekulasi. Tindakan memansuhkan akta ini dalam keadaan pasaran hartanah yang lembab (bear market) adalah baik kerana ia akan merancakkan jualbeli hartanah dipasaran tetapi untuk jangkamasa panjang khususnya ketika pasaran meningkat (bull market) ketiadaan akta ini akan mengundang elemen pasaran spekulasi yang ketara yang mana akhirnya rakyat atau pengguna akan terpaksa membayar harga hartanah yang tinggi disebabkan aktiviti spekulasi.


KEEMPAT
Khazanah Nasional yang merupakan peneraju pembangunan WPI telah menubuhkan South Johor Investment Corporation (SJIC) di mana sahamnya 60% dipegang oleh Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Kumpulan Prasaran Rakyat Johor (KPRJ) memegang setiap satunya 20% saham. Persoalannya berapakah jumlah wang yang dilaburkan oleh KWSP untuk memegang sebanyak 20% saham dalam SJIC? Sudahkah KWSP menjalankan kajian kemungkinan daya maju projek-projek yang akan diceburi oleh SJIC dalam WPI? Jika kajian kemungkinan dan daya maju projek telah dijalankan, berapakah jangkaan unjuran pulangan yang akan diperolehi oleh KWSP? Persoalan ini perlu dikemukakan kerana wang KWSP adalah merupakan wang simpanan hari tua warga pekerja di Malaysia.


KELIMA
WPI akan melibatkan 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM.
WPI juga akan melibatkan tanah-tanah milik orang Bumiputera/Melayu yang bukan berstatus TRM. Bagaimanakah nasib tanah-tanah ini? Setelah isu ini diketengahkan, Menteri Besar Johor pada 14 April, 2007 menyatakan kerajaan bercadang untuk menubuhan Amanah Hartanah (Property Trust) bagi membolehkan masyarakat bumiputera bersama-sama menyertai pemilikan harta di WPI walaupun pada nilai yang rendah. Modul operandi Amanah Harta ini sehingga sekarang tidak dijelaskan secara terperinci. Kita tidak mahu melihat nasib orang Melayu/Bumiputera di WPI akan menerima nasib seperti orang Melayu/Bumiputera di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang terpinggir dan terkorban atas nama pembangunan. Kita mahu melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.


KEENAM
Pemilikan tanah oleh pelabut-pelabur dan syarikat-syarikat dari Singapura akhirnya akan menjadikan Singapura memiliki kuasa perundingan yang significant (significant bargaining power) ke atas Malaysia. Dengan kata lain dalam perundingan selepas dari ini khususnya berkaitan dengan WPI, suara, pandangan serta persetujuan daripada Singapura hendaklah diperolehi. Secara tidak langsung Singapura boleh "memandrumkan" Malaysia supaya tunduk kepada pelbagai tuntutan daripada Singapura di masa hadapan. Ini adalah antara risiko yang perlu ditanggung apabila kerajaan mengambil tindakan "menjual" negara kepada warga asing. Singapura selepas dari ini tidak berlu lagi menggunakan pendekatan berkonfrantasi dengan Malaysia tetapi memadai dengan ugutan untuk menarik balik pelaburan daripada WPI sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh Malaysia. Akhirnya Malaysia akan menjadi barua kepada Singapura.

Tiada ulasan: