Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Ahad, Julai 27, 2008

Pemimpin Politik boleh masuk IPTA

emimpin politik boleh masuk IPTA
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

Ceramah berkaitan pengajian, akademik

BANGI: Pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang dalam proses bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Ogos ini, diluluskan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mereka dibenarkan berbuat demikian dengan syarat memberi ceramah mengenai isu yang ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa.

Beliau berkata, pindaan yang sudah diluluskan Kabinet itu, masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik, tetapi mereka boleh menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik.


Katanya, pindaan itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif dan kebebasan dalam mencapai tahap kecemerlangan.

"Terserah kepada mahasiswa atau pihak universiti jika hendak menjemput pemimpin pembangkang. Apakah maknanya seorang pelajar universiti jika mereka hanya dibenarkan jemput satu pihak saja.

"Kalau tidak dibenarkan pun mahasiswa boleh mengakses laman web, jadi lebih baik kerajaan benarkan dalam keadaan terpelihara, terkawal. Kita berada dalam dunia maklumat, setakat penguasaan ilmu saja tidak cukup kerana mahasiswa mesti ada 'talent' serta pemikiran yang tajam.

"Soalnya bukan hendak jemput parti politik kerajaan saja. Misalnya, jika mahasiswa mahu mendapatkan pandangan mengenai krisis minyak dunia dan kebetulan penceramah yang dijemput adalah daripada parti politik termasuk pembangkang, pindaan AUKU itu akan membenarkannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2008 serta pelancaran buku Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (Maklum), dekat sini, semalam.

Minggu lalu, beliau dilaporkan berkata, pindaan AUKU itu dibuat bagi membolehkan mahasiswa membuat keputusan dan menentukan sendiri perkara yang baik dan buruk untuk mereka.

Mohamed Khaled berkata, melalui pindaan AUKU itu juga, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah.

"Jika dulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti.

"Tetapi tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak tertakluk pada undang-undang negara. Jika mereka buat kesalahan mengikut Kanun Keseksaan mereka masih lagi tertakluk di bawah undang-undang negara. Contohnya, jika seseorang mahasiswa terbabit dalam demonstrasi tanpa permit, maknanya tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, pindaan baru AUKU juga membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung oleh pihak universiti untuk mengambil peperiksaan.


Mujahid Page berkata :

Tindakan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah amat kena dan patut . Sebagai seorang yang selalu melihat isu AUKU ini dari kacamata seorang guru pelatih ,ana berpendapat bahawa AUKU merupakan antara pembunuh no. 1 aktivisme pelajar-pelajar IPT itu sendiri. Mendengar cerita dari teman-teman dan mengikuti ISU AUKU melalui media massa cukup membuktikan bahawa "pengembangan intelektual dan kepimpinan " mahasiswa terhalang dengan adanya AUKU ini walaupun ia mempunyai kebaikan tersendiri. Barulah Menteri Pengajian Tinggi dan kerajaan Malaysia hari ini sedar bahawa tindakan mereka dengan mengetatkan peraturan yang terdapat dalam AUKU sebagai penyekat ketajaman minda mahasiswa .Lihat pernyataan di bawah

"Kalau tidak dibenarkan pun mahasiswa boleh mengakses laman web, jadi lebih baik kerajaan benarkan dalam keadaan terpelihara, terkawal. Kita berada dalam dunia maklumat, setakat penguasaan ilmu saja tidak cukup kerana mahasiswa mesti ada 'talent' serta pemikiran yang tajam.

Ana tidak pernah masuk ke mana-,mana IPT, ana nak ulas lebih-lebih pun ana tidak begitu pandai terutama berkenaan perkara yang ana tidak ana alami. Namun , sekalung tahniah untuk aktivis-aktvis mahasiswa. Moga perjuangan kalian semakin marak dan berkesan di mata mahasiswa lain khasnya dan masyarakat sekeliling amnya.

Untuk pengetahuan kalian semua, di institu pendidikan guru, terdapat satu akta yang dipanggil sebagai akta 174. Namun ana tak berkesempatan untuk meneliti balik akta tersebut.

Tiada ulasan: