Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Oktober 30, 2008

Sepintas di Wacana Ilmu Mahasiswa Celik


Tarikh kejadian ; 29/10/2008
Masa kejadian : 9.00 pm
Tempat kejadian : Kelas KAFA USM



Pada malam ini ana berkesempatan untuk mengikut W acana ilmiah yang bertajuk “Membina Mahasiswa Celik” oleh Akh Wan Ahmad Fayhsal dari UTP.
Ana sudah mengenali Akh Fayhsal sejak 2 bulan lalu melalui blognya ,sosialiskanan.blogspot.

Beliau merupakan mentor kecil bagi ana kerana penglibatannya dalam aktivitsme dakwah dan kemasyarakatan yang amat luar biasa aktif (API ,GAMIS, TERAS) , pengalamannya dalam demonstrasi berkenaan isu-isu semasa dan perhubungan rapatnya dengan beberapa nama besar pemikir tulen seperti Syed Naquib Al-Attas , Cikgu Azmi dan sebagainya.

Forum yang dianjurkan oleh Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) , dan Simposium Bring Islam Back (SBIB) ini telah berjaya mengumpul seramai 20-30 orang mahasiswa.

Sesi dimulakan dengan pengenalan perkataan “maha” dan “siswa” itu sendiri. Menurut beliau , dalam sepanjang penghayatannya dalam bahasa-bahasa utama dunia, beliau tidak jumpapun perkataan yang menaikkan “penghormatan” (maha) yang setinggi rupa di dunia untuk mahasiswa selain daripada bahasa Melayu itu sendiri.

Sebagai contoh, menurut beliau , orang kan berasa takjub dan hormat apabila kita menyatakan bahawa kita merupakan mahasiswa di university sekian..sekian…namun apabila kita keluar sahaja daripada IPT , tidak kira sebagai engineer , doktor, mahupun sebagainya, kita tidak mendapat penghormatan sedemikian rupa.

Beliau memberi beberapa nama pemikir yang mampu merevolusikan masyarakat pada zaman mereka. Antaranya ialah Che’ Guevara (Cuba) ,Ali Syariati (Iran), Malcom X (Amerika Syarikat) dan Syed Qutb(Mesir) .

Kenapa memilih mereka ? Sebab mereka “berfikir” . Berfikir bukan setakat “realiti” yang ada di depan mata, bahkan mereka berfikir jauh ke hadap dan di luar pemikiran masyarakat yang ada pada zaman mereka.

Mereka merevolusikan masyarakat setelah melihat segala penindasan , kemelaratan , peperangan tak berkesudahan ,kebejatan sosial yang membarah , pemikiran masyarakat yang masih mundur dan “beku” , serta golongan “idealistik” seperti mahasiswa seringkali ditindas oleh penguasa yang korup dan penjilat bontot penjajah”.

Nama-nama di atas adalah terdiri daripada mereka yang cukup banyak membaca dan turun ke lapangan melihat sendiri permasalahan rakyat.

Mahasiswa bertindak sebagai perosak atau pemulih masyarakat . Pemulih masyarakat dengan erti kata lain bertindak sebagai golongan yang memahami kehendak dan permasalahan masyarakat dan mereka berusaha merubahnya .

Perosak masyarakat adalah juga terdiri daripada mahasiswa yang hanya tahu buat dasar, bajet , perundangan (ataupun apa-apa sahaja kerja) tanpa mengetahui dan mempertimbangkan permasalahan yang melanda dalam masyarakat.

Apa yang menarik bagi saya adalah dengan kenyataan beliau bahawa kampus merupakan tempat latihan mahupun tarbiyah mahasiswa.

Di kampuslah ,pejuang2, penggerak2 seharusnya mempersiapkan diri mereka dengan realiti yang sebetulnya iaitu dengan turun ke lapangan masyarakat sebagai asas latihan persediaan sebelum benar-benar turun ke tengah-tengah masyarakat.

Beliau menekankan bahawa ramai di kalangan pejuang2 ini akan future bila sahaja berkahwin mahupun “grad”. Ini disebabkan mereka tidak memahami reality semasa yang melanda masyarakat.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang boleh dikongsikan di sini , namun cukup setakat ini sajalah disebabkan beberapa komitmen lain yang perlu segera diselesaikan.

Rabu, Oktober 29, 2008

Basahkan Hatimu dengan Ikhlas




Basahkan Hatimu Dengan Ikhlas
www.iLuvislam. com
oleh: Abu Fateh *

Sabda Nabi s.a.w :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرىء مانوى

Maksudnya : "Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setipa individu itu apa yang diniatkannya. ..."



Hadis riwayat saidina Umar r.a ini bukanlah asing bagi kita. Bahkan mungkin ada yang sudah jemu bila tajuk niat dan ikhlas diutarakan. Namun, kerana nilainya yang cukup besar, ditambah dengan sukarnya untuk sampai ke maqam ini, para ulama' tidak jemu-jemu membincangkannya dalam kehidupan kita. Abu Daud dalam mengkomentari hadis ini berkata ; "sesungguhnya hadis ini merupakan separuh daripada Islam, kerana agama terdiri daripada zahir yang merupakan amal atau batin yang merupakan niat." Dari sinilah timbulnya persoalan sah atau batal sesuatu amalan, ikhlas dan riya', juga pecahan hukum yang pelbagai.

Firman Allah Ta'ala :
وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya."

Untuk mengungkap perkataan ikhlas amat senang bagi sesiapa pun, namun bila tiba kepada pelaksanaannya, tidak ramai yang mampu menjaga hati agar tidak timbul qasad yang bercabang, jauh daaripada lekatnya hati kepada makhluk. Kosongnya hati kecuali hanya semata-mata kerana Allah Ta'ala memerlukan mujahadah yang berpanjangan. Manefestasi keikhlasan yang tulen ini diungkapakan oleh Rabiatul Adawiyah dalam syairnya :

كلهم يعبدك من خوف النار ويرون النجاة حظا جزيلا

او بان يسكنوا الجنان ويحظوا بقصور ويشربوا سلسبيلا

وانا ليس لى فى النار ولا الجنة رغب انا لا ارضى بحبى بديلا

"Mereka menyembah Mu kerana takutkan neraka, dan beranggapan lepas daripada azabnya satu kejayaan yang besar. Ataupun kerana ingin menghuni syurga dan memperolehi mahligai dan minum air salsabila. Akan tetapi aku bukanlah menyembaMu kerana untuk lepas daripada neraka atau untuk mendapatkan syurga, aku tidak rela cintaku ditukar ganti."

Bagi tokoh sufi ini ibadatnya semata-mata kerana Allah. Ganjaran syurga atau pelepasan daripada siksa neraka bukanlah sesuatu yang dikejar, namun ibadatnya hanya semata-mata kerana cinta kepada Allah Ta'ala, maka terpulanglah kepada Allah untuk memberikan ganjaran yang sepatutnya di atas amalan yang dibuat.

Persoalan ikhlas merupakan perkara yang luas, ianya mencakupi gerak geri kita seharian. Ikhlas dalam mengerjakan ibadat khusus maupun umum, ikhlas dalam memberikan pertolongan kepada sesama manusia, ikhlas dalam menuntut ilmu dan sebagainya. Pendek kata setiapa gerak geri seharian kita menuntut kepada kemurnian hati.

Dalam membicarakan persoalan ikhlas ini, Ibnu Atho'llah menukilkan dalam kitab Hikamnya:
الاعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الاخلاص فيها

"Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwanya), ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu."

Justeru amalan tanpa disertai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT seolah-olah jasad yang tidak bernyawa. Ramai yang solat tanpa ikhlas, ada yang menunaikan haji semata-mata kerana mahukan gelaran, tak kurang yang menuntut ilmu kerana inginkan title 'Dr' diletakkan dihadapan nama mereka. Justeru marilah sama-sama kita muhasaah diri apakah niat kita yang sebenarnya.

Memahami peri pentingnya ikhlas dalam setiap amalan, Imam Hassan Al-Banna menjadikan ianya sebagai salah satu Rukun Baiah. Penting bagi semua pendokong amal islami menjaga niat dalam menyampaikan dakwah. Tanpa ikhlas kata-kata kita hanya akan sampai ke cuping telinga pendengar bukannya kepada hati mereka.

Biar apa pun niat kita, persoalan ikhlas ini merupakan sirrun min assraarillah (rahsia daripada rahsia Allah). Jadi bukanlah tugas kita untuk menjustifikasi seseorang berdasarkan anggapan kita. Cukuplah kita diajar oleh Nabi saw agar menghukum seseorang berdasarkan kepada zahirnya bukan menduga batinnya kerana ianya bukan kemampuan kita. Tugas kita hanyalah sentiasa bermuhasabah adakah niat kita sudah ikhlas bukan menghukum niat orang lain.


Lawan ikhlas adalah riya, yang sangat ditakuti oleh Nabi saw terjadi kepada umatnya. Sabda baginda saw : "Sesungguhnya sedikit riya itu sudah termasuk syirik. Dan sesiapa yang memusuhi seorang waliyullah bererti telah berperang dengan Allah, dan Allah kasih kepada hamba yang bertaqwa yang tersembunyi (tidak terkenal), apabila ketidaanya tidak dicari, bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka sebagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran."

Riya' bukanlah perkara yang kecil. Diklasifikasikan sebagai syirik kecil, sudah cukup bagi kita untuk berwaspada daripada terkena penyakit hati ini. Ubatnya tidak terdapat dalam buka pharmacology, diagnose juga agak sukar! Maka sia-sialah amalan yang bercampur aduk dengan niat yang pelbagai, lebih-lebih lagi riya yang merosakkan pahala amalan.

Justeru dengan imtihan yang around the coner ini marilah sama-sama kita menghisab diri, merenung sejenak mengapa kita berada di sini, mengapa bidang pengajian ini yang kita pilih. Sekiranya di sana ada yang masih bercampur niat mereka dengan qasad keduniaan, maka masih ada peluang untuk kita kembali kepada jalan yang sebenarnya.

Juga marilah kita istiqamah dan ikhlas dengan ibadat yang telah difardukan Allah kepada kita dengan menambah amalan sunat sebagai bekal diakhirat sana. Mana-mana ilmu tidak akan menyelamatkan kita daripada azab Allah tanda diamalkan, dan amalan kita tidak akan diterima tanpa niat yang ikhlas.

Selasa, Oktober 28, 2008

Penggerak dakwah...antara futur...asimilasi suasana...dan.....

Tarikh kejadian : 26 Oktober 2008
Masa kejadian : 14:49

Hmmm...masa pulang ke kampung halaman merupakan masa yang paling rileks bagi ana sebenarnya. Di rumahlah ana akan belek-belek buku tarbiyah dalam masa yang agak lama berbanding di IPP ...dirumah jugalah rasa "nyaman" skit bila nak dengar ceramah agama MP3 mahupun menonton DVD berkenaan isu politik dan isu-isu semasa. Di rumah jugalah berlakunya sesi "kutuk-mengutuk" bersama kembar ana (ya..ana anak kembar) yang satu kepala. Subjek kutukan : politik, tokoh-tokoh dan isu-isu semasa.

Pagi tadi, dalam masa untuk release daripada mengantuk menerima hembusan angin kampung, ana sempat melayan DVD lakonan mantap 2 pelakon popular Nicole Kidman dan Daniel Craig (James Bond) yang bertajuk the Invasion. Tajuk dia pun dah gempaq, tengok sinopsis pun dah tahu bleh ambil modal penulisan , tak tenok cerita lagi ni...

Cerita bermula dengan letupan sebuah kapal angkasa NASA yang memsuki atmosfera bumi di mana di setiap cebisan partikel kapal angkasa tersebut terdapat sejenis hidupan (virus yang tidak dikenalpasti) yang mampu merebak di kalangan manusia (sahaja) dalam masa sekejap dan cara merebak seumpama merebaknya selsema.

Apa yang menarik minat saya bagi cerita ini ialah jika seseorang itu dijangkiti virus tak dikenalpasti ini,mereka akan memiliki pemikiran yang sama iaitu mewujudkan dunia tanpa peperangan dan perbezaan , kedamaian berpanjangan (umpama wujud satu utopia di muka bumi ini) dan penuh perasaan kasih sayang (konon-konon) di kalangan manusia. tanpa meluputkan sebarang ingatan perihal peribadi orang yang dijangkitinya. Maksudnya , mereka yang dijangkiti masih kenal keluarga mereka, nama mereka atau segala perkara peribadi mereka namun mereka umpama dikuasai oleh satu kuasa yang mewujudkan satu bentukpemikiran.

Sesiapa yang dijangkiti juga akan bersifat tanpa perasaan (emotionless) ,serius ,tenang, takberpeluh(?) dan sepertimana yang ditekankan tadi, memiliki "fikrah" yang sama.

Kalau dilihat secara kasar, makhluk asing ini memiliki "jiwa yang murni" kerana memiliki sifat yang menjadikan manusia itu terhindar dari persengketaan dan perbalahan.

Namun , AWAS....dalam filem ini menekankan mesej bahawa walaupun apa yang "dibawakan" makhlk ini baik, namun kesan yang diterima adalah amat buruk pada masa hadapan. Dalam cerita ini tidak memperihalkan apa yang akan berlaku apabila virus ini berleluasa pada masa hadapan , tapi bila habis ending cerita ini(yang bagi ana ending kena fikir sendiri berdasarkan imaginasi penonton-penonton) ana terbayang satu sahaja. Cuba lihat tajuk "post". Boleh anda fikirkan ?

Bagi ana, ana terbayangkan bahawa inilah kesan yang diterima oleh orang yang ikut tarbiyah (ataupun pernah ikut walaupun sekali) bila tiada "imun" terhadap satu "jangkitan guru-guru pelatih" .

Ana suka kaitkan antara cerita di atas dengan persoalan apabila seseorang yang ikut tarbiyah akan lari meninggalkan urusan ini apabila datangnya "mehnah" atau tribulasi kemewahan atau kesenangan. "

Kalau dalam cerita tersebut, penyakit berpunca dari punca asing(iaitu dari angkasa lepas), namun dalam konteks penggerak itu sendiri, secara realitinya, turut "dihinggapi" penyakit bawaan asing juga. Penyakit yang melanda penggerak dakwah atau aktivis ini ialah campuran antara terlampau "selesa"+ manja + malas bergerak +tak mahu berubah+mentaliti jumud /sempit yang memperihalkan urusan dakwah sebagai suatu mekanisme yang amat terhad dan sempit.

Bila mana mereka semua didedahkan dengan semua campuran penyakit tersebut mereka hilang semangat untuk ditarbiyah, mentarbiyah , semangat perjuangan di lokalilti dan mengikut program yang berbentuk ilmiah.

Sabda nabi Muhammad S.A.W dalam hadis baginda (ana tak ingat siapa perawi dia, namun antara lain bermaksud, maaf kalau silap ayat) : "Aku tidak bimbang seandainya umatku ditimpa dengan kemiskinan, namun aku takut apabila mereka dihamparkan dengan dunia (yakni kesenangan)

Bila menonton DVD ini, ana tahu ada "sesuatu" yang ingin diberitakan kepada audien. Satu perkara lagi , antara dialog yang ana ingat dalam filem ini ialah "Kalau tak ingin dikuasai pemikiran , JANGAN TIDUR!"

Isnin, Oktober 27, 2008

aku dan toko buku (Jaafar Rawas)


tarikh kejadian : 26/10/2008
masa kejadian : 13:39

Dengan berbekalkan duit elaun yang cukup unuk makan 2 hari , bertemankan jaket hitam "bundle" , beg sandang hitam , helmet faveret hitam dan "Black" , si Motor Lagenda DBF 3691 yang juga berwarna hitam yang baru beli awal tahun lepas berkesempatan untuk merayau-rayau di Medan Ilmu , Jalan Dato' Pati Kota Bharu untuk cari sikit "modal" untuk penulisan mahupun menambah koleksi DVD an buku-buku politik, tarbiyah , perjuangan dan isu semasa. Semua subjek tu ana memang minat la. Alhmdulillah , ada la 2-3 buku dan DVD yang menarik minat ana nak belinya tapi cam biasa , pejuang tak berduit....tapi sempat sambar 2 buku tarbiyah - Orang-orang Asing (Ghuraba) oelh Al-Jamaah Al-Islamiyah Mesir (keluaran 1991) dan Tuntutan & Kebesaran Kalimah Tayyibah oelh Muhammad Qutb . Harga borong untuk 2 buku tu RM 8.00... Murah kan ? tu pun sebab dia buku lama, kalau tak standard la... kurang2 belasan ringgit pasti kena keluar.

2 buku lagi ana bajet "mesti" sambar pada elaun yang akan datang (ataupun minta "sedikit" bantuan dari ibu yang amat2 understanding" kehendak anak dia ni!) -Buku tu ialah buku Dilema Melayu Islam (ana tak ingat nama judul penuh dia , tapi tu tajuk besar). Buku ni ana tengok bagus untuk di baca oleh semua kerana ia tidak menyebelahi mana-mana pihak, samaada pembangkang mahupun kerajaan . Buku politik dari perspektif "bebas". First-first tengok buku tu cam buku motivasi plak..hmm.... satu buku lagi ialah Tok Janggut -Pejuang atau Penderhaka? Buku tu ana tgk ok je....suatu dimensi baru bagi sejarah negara yang selama ini lebih condong kepada "kepala otak" penjajah dahulu kala. Sekali imbas dalam buku ini mengimbau balik perjuangan Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan pengikut-pengikut beliau , bermula dari sebab penentangan (yang sebenar) kepada saat kematian beliau.

DVD ada gak yang menarik minat...tapi tajuk dengan isi nya tak tahu lagi(maksudnya sinopsis DVD la tu).... Ai, tak sabar dapat duit poket sendiri hujung tahun ni... Apa planning antum ntuk hujung tahun ni?

Ahad, Oktober 19, 2008

Membela kebenaran adalah tanggungjawab perjuangan- Pena Mufti

APABILA seseorang berbicara tentang kebenaran atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasul-Nya.

Tidak kerana mengharapkan habuan daripada manusia atau kemasyhuran atau kemenangan. Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain.

Justeru insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya.

Bak kata-kata Rasulullah SAW: “Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk diri atau puaknya, maka dengan lantang dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya.

Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada diri dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk, ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya. Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara seperti ini.

Dunia juga rosak apabila kebenaran dilacurkan untuk mendapatkan keuntungan. Saya sendiri bertemu dengan ramai orang yang mempunyai kepentingan perniagaan meminta saya menggunakan nama dan pengaruh dalam bidang agama bagi melariskan bisnes mereka. Kata mereka ramai ustaz lain yang buat dan mendapat faedah kewangan.

Saya jawab kepada mereka, saya memang tidak berharta tetapi belum bersedia melelong agama. Nas-nas Allah dan rasul-Nya tidak patut diputarkan hanya untuk bergelar ‘hartawan’ di dunia. Keadaan seperti ini juga menjadikan ramai yang ikhlas menggeruni ‘politik kepartian’.

Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan sangat berbeza. Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti.

Maka ramai di kalangan mereka bertukar-tukar cakap dan prinsip. Kesemuanya akan dijawab: “Ini keputusan parti”. Ertinya, menjadi pejuang kebenaran kerana Allah dan rasul-Nya bukanlah kerja mudah. Allah menguji insan membuktikan keikhlasan dirinya dalam membela ajaran Tuhannya. Sehingga nyata siapa yang benar tujuan dan siapa pula yang berdusta atas dakwaannya.

Banyak rintangan dan halangan. Sebabnya, kebenaran itu tidak semestinya menjanjikan kemenangan di dunia fana ini. Entah berapa ramai para nabi dan pejuang dibunuh dan dibuang, hanya kerana kebenaran.

Jika Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran pun, bukanlah semestinya setiap pejuang itu berpeluang menyaksikannya. Para Nabi ada yang dibunuh tanpa sempat melihat hasil kemenangan perjuangan.

Para pejuang juga juga demikian. Betapa ramai pembela dan pejuang kebenaran diseksa mati, dibunuh tanpa alasan, dibuang tanpa simpati, dipenjara tanpa dosa dan disisih tanpa sebab. Kebenaran akhirnya akan menang, apabila syarat dipenuhi namun masanya tidak diketahui.

Para sahabah yang syahid di peringkat Mekah seperti Yasir dan Sumayyah tidak sempat melihat kejayaan umat Islam memerintah Madinah dan menewaskan para pemimpin Quraish yang bongkak. P

ara sahabat yang gugur dalam peperangan mempertahankan Madinah seperti Hamzah bin Abd al-Muttalib dan selainnya tidak sempat melihat kejayaan Nabi SAW dan umat Islam membuka Kota Mekah. Bahkan Rasulullah pada hayat baginda, umat Islam belum lagi menguasai Empayar Rom dan Parsi.

Ikhlas

Ramai pejuang terkorban ketika perit menggalas amanah perjuangan. Ramai yang pergi menemui Allah sebelum sempat melihat pejuang kebenaran menjatuhkan pejuang kebatilan. Namun pejuang yang ikhlas itu reda kerana itulah harga kebenaran.

Mereka tidak berjuang untuk menang dalam bahasa biasa. Mereka berjuang kerana titah perintah Allah dan itulah kemenangan hakiki. Kemenangan dunia hanyalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang akan digunakan demi menegakkan kebenaran.

Jika kemenangan dunia tidak disaksikan di hadapan mata bukanlah bererti perjuangan kebenaran mesti ditinggalkan. Bayaran bagi perjuangan yang tulus itu adalah keredaan Allah sekalipun tewas dan ditindas. Allah membeli perjuangan yang benar itu dengan syurga, bukan harta dunia.

Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah, ayat 111).

Sesiapa yang ingin berjuang menegakkan kebenaran, menyebarkan Islam yang tulen tanpa mengenal batasan kepentingan diri, puak, parti dan manusia keseluruhan perlulah nekad menggalas bebanan dengan penuh jujur.

Membela dan menyokong kebenaran adalah tanggungjawab yang dipersoalkan Allah pada hari Kiamat kelak. Namun ramai yang tersasar kerana merasakan tujuanmenyokong dan menyebarkan kebenaran adalah untuk mengecapi nikmat keuntungan dunia hasil kemenangan atau habuan yang bakal diperoleh.

Maka bukan sedikit mereka yang bergelar pejuang atau organisasi Islam mengubah hala tuju dan prinsip apabila dirasakan buah yang hendak dipetik belum mahu masak. Mengubah prinsip kebenaran kerana mengharapkan sokongan pihak lain amatlah buruk.

Allah mengingatkan Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi cabaran yang pelbagai daripada para pembesar Quraish dengan firman-Nya: (maksudnya) “Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentu mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sedikit cenderung kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan berganda semasa hidup dan kesengsaraan berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman kami”. (Surah al-Isra, ayat 73-75).

Atas hubungan jiwa teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu di kala senang atau susah, di saat dijulang atau dibuang, sama ada dikeji atau dipuji, dipuja atau dihina, ketika di atas atau ditindas.

Kalah atau menang adat perjuangan namun kebenaran adalah kebenaran. Allah memuji mereka yang ikhlas seperti ini dan tetap pendirian. Firman Allah: (maksudnya) “Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Maka Islam adalah agama perjuangan. Kita menjadi lemah hari ini disebabkan hilangnya semangat dan nilai perjuangan dalam beragama. Seseorang muslim itu kelihatan hilang atau tiada langsung sifat kecemburuan atau semangat dalam mempertahan dan membela kebenaran. Sesetengah pihak itu seakan-akan menjadikan Islam sekadar untuk dikatakan dia mempunyai agama atau membolehkan dia berinteraksi dengan masyarakat.

Tidak pernah diambil pusing tentang apakah dasar dan prinsip Islam. Apatah lagi untuk membela dan mempertahankannya. Ada pula kelompok yang dipengaruhi oleh pemikiran ‘kesufian’ yang melepasi batasan sehingga Islam mereka dimandulkan.

Apa tidaknya, mereka menganggap cukuplah Islam itu hanya berzikir atau beribadat sendirian. Mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku kepada umat Islam dan nasib kepada kebenaran yang ditindas. Bahkan banyak ajaran kerohanian kesufian itu sendiri menyeleweng dari hakikat kebenaran.

Mereka ini hidup dalam kelompok zikir dan ‘cerita-cerita sakti’ mereka mengenai wali itu dan ini. Dihiasi agama mereka dengan hadis-hadis palsu yang memperuntukkan syurga dengan begitu murah. Amalan yang kecil diberikan pahala terlalu besar sehingga menafikan sifat Islam.

Ini seperti hadis palsu yang menyamakan amalan kecil dengan pahala para nabi atau para syuhada. Inilah yang termuat dalam banyak buku fadilat yang tidak berpegang kepada disiplin ilmu hadis. Malangnya, buku-buku fadilat seperti ini menjadi kegemaran orang awam.

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut: “Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala.

Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh- tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah”.( Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut : Dar al-Fikr al-Mu‘asir) Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah pula ketika memperkatakan mengenai sebab-sebab kemunculan hadis palsu: “ (sebab yang ke enam) bertujuan menggalak orang ramai membuat kebaikan.

Antara yang melakukan perbuatan ini ialah golongan jahil ahli zuhud dan tasawwuf. Mereka membenarkan untuk diri mereka pendustaan ke atas Nabi di dalam tarhib (ancaman dosa) dan targhib (galakan ibadah).

Mereka menyangka kesesatan itu suatu kebaikan, mereka adalah manusia yang paling bahaya” ( Abu Syahbah, Al-Wasit fi ‘Ulum Mustalah al-Hadith, m.s.332, Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi)

Sehingga tenggelam mereka yang terpengaruh dengan unsur kerohanian seperti ini membelakang nas-nas Islam yang meletakkan tanggungjawab besar ke atas setiap muslim membela agama Allah.

Firman Allah: (maksudnya) “Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)? (surah Ali ‘Imran ayat 142).

Firman-Nya juga: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang- orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir. (Surah al-Baqarah, ayat 214).

Amalan

Ramai umat Islam yang dimabukkan dengan anggapan beragama itu memadailah dengan mengamalkan beberapa amalan dan kemudian biarlah dunia ini. Tiada pembelaan untuk Islam dan kebenaran.

Lebih buruk lagi, sesetengah aliran kerohanian menjelma bagaikan ajaran kerahiban. Agamawan itu bagai pendeta yang bertapa tanpa mengambil berat tentang masyarakatnya. Inilah yang menyebabkan Dr. Yusuf al-Qaradawi mengkritik ajaran tasawwuf yang menyimpang dari sifat asal Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. K

ata al-Qaradawi: “ Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu - unsur-unsur asing, sama ada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan juga unsur Islam.

Dalam tempoh sekian lama masuk ke dalam tasawwuf pemikiran pelik daripada sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul atau al-ittihad atau wahdah al-wujud.

Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid , zauq dan berhukum dengan perkara tersebut dalam nas-nas agama.

Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya.

Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”. ( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘iyah, m.s. 94-95, Beirut : Muassasah al-Risalah).

Pemikiran seperti ini menghalang sifat perjuangan dan membela kebenaran hakiki.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com
Layari http://drmaza.com/

Sabtu, Oktober 18, 2008

dari radix "o" panas komtar , kepada .......

Salam, lepas solat subuh, tepatnya pada waktu dhuha seorang ikhwah mengajak ana makan di Taman Tun Sardon, tempat yang biasanya ana tidak melepaskan diri daripada pergi ke sana pada setiap hujung minggu. Kebetulan , semasa ikhwah ini mengajak ana ,terdapat 2 orang lagi ikhwah bersama ana … Akh Rozaimi dan Adik Lan …dah ada , baik ana ajak sekali diorang ni, bisik diri ana.jadi kami pergi la ke taman tun sardon, makan di kedai melayu pure kat sana. Daripada ramai-ramai kedai , kedai ni la pa;ling pure mlayunya… bukan india muslim atau lain-lain campuran.

Selepas memesan minuman , ana timbulkan suatu cerita kepada sahabat-sahabat ana, ikram , Rozaimi dan Lan. Ana ada bercakap secara panjang lebar dengan seorang ikhwah di kafe mami (kafe institute)… Ikhwah ni , ana tau dia prnah menjadi Yang Dipertua bagi perwakilan Pelajar di matrikulasi dia dahulu. Fikrah dia, Alhamdulillah, ana boleh respek. Namun secara sugul dia memberitahu ana bahawa dia semakin hanyut dengan persekitaran institute itu sendiri. Dia bagi contoh ,ikhtilat lelaki dan perempuan . Dia meluahkan perasaan betapa beliau berasa sedih dengan penggerak-penggerak dakwah di institute itu sendiri yang bukan sekadar tak bergerak ,namun fiil atau sikap mereka sama sahaja dengan golongan mad’u. contoh dia ana dh bagi tadi pasa ikhtilat lelaki dan perempuan .Ikhwah ini rasa keseorangan. Ai, dekat 2 jam jugak ana lecture dia…. Pujuk dan memberi pandangan ana sebagai seorang yang walaupun baru dalam dakwah , namun pengalamn seperti ikhwah tadi telah ana alami.dia anak usrah ana. Ok, ana taknak sntuh panjang pasa apa yang ana ckp dengan beliau semalam.sebab perbincangan itu terlampau panjang untuk disentuh dan di’recall” balik.

Hasil daripada perbincangan ringkas tapi padat itu tadi, ana dapat simpulkan beberapa perkara. Sesetengah perkara (maaf) , ana hanya dapat kongsi bersama teman-teman se tanzim sahaja sebab ia terlampau peribadi untuk dikongsikan di sini kerana ia melibatkan kredibiliti tanzim dan individu itu sendiri. Antara perkara yang dapat disimpulkan daripada perbincangan tersebut ialah :

1. Kefahaman
2. Tanzim/organisasi
3. Persamaan fikrah (wujudkan think tank)

Perkara pertama ialah berkenaan kefahaman itu sendiri. Kenapa kita bergerak? Kenapa kita kena berdakwah? Kenapa kita harus susahkan diri semata-mata kerana urusan ini. Ana bagi contoh, ramai daripada kalangan kita hanya bersemangat apabila ada "sebab" atau "pemangkin". Senang cerita menjadikan seseorang figure sebagai pembakar semangat untuk terlibat dalam dakwah. Namun semangat mereka ini lenyap bila figure ini ditransfer ke tempat yang lain. Sahabat yang selama ini sua\sah senang bersama kita, yang selama ini makan minum setalang sekali dengan kita , sahabat yang selama ini kami ikut program bersama , namun akhirnya? Ramai yang syahid…. Ramai yang hilang semangat bila hilangnya figure ini. Ana tidak boleh lupa saat bila seorang sahabat ana yang ana tahu fikrah dia tiba2 ingin keluar dari tanzim ini dan menyatakan kepada ana secara direct bahawa dia rasa tak syok masuk tanzim sebab dia takut mencemarkan nama baik tanzim(dalam konteks ini Persatuan Agama Islam).Ana tahu sebabnya. Dan ana tahu itu bukan sebabnya(iaitu tidak mahu malukan tanzim) . Sekarang, dia bukanlah seorang "sahabat" yang ana kenali dulu. Ada sesetengah sahabat ana yang trus ghaib tanpa sepatah kata. Ana tidak menyalahkan figure ini namun, mungkin ini berpunca akibat “fikrah centric” yang dibawakan oelh figure ini “berjaya” mewujudkan satu kefahaman bahawa hanya figure ini yang layak, mampu dan boleh bawa usrah kami. Buktinya , ramai adik2 usrah yang selama ini mengikut usrah tiba2 ghaib umpama ditiup angin bila figure ini tiada . adik2 ni ana tahu diorang ada fikrah, ada ilmu ada keinginan untuk berdakwah, namun….tiada kefahaman ..kefahaman tentang apa itu usrah ,kefahaman tentang kepentingan usrah ,kepentingan kenapa kita harus bergerak , kefahaman tentang apa yang kita nak capai dalam usrah tersebut…..

usrah sebenarnya bukan hanya nak ilmu sebenarnya, bahkan ilmu yang ada atau diberikan oleh naqib atau naqibah tidak banyak pun berbanding ilmu yang kita dapat semasa mendengar kuliah dan ceramah . Namun dalam usrah itu sendiri memberi penekanan(sepatutnyalah) tentang KEFAHAMAN tentang apa jua persoalan yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Usrah juga tempat kita melatih diri untuk terlibat dalam oraganisasi/tanzim kerana apabila datangnya kefahaman , kita bukan setakat menjadi pengikut, tetapi menurut naqib ana, merupakan penggerak dakwah /tanzim itu sendiri.

Ada di kalangan pengerak-penggerak dakwah itu sendiri (ana refer sebagai naqib/naqibah) walaupun membawa usrah kepada adik-adik , namun dari segi ikhtilat , perangai dan perbuatan tidak melambangkan mereka ni bawa usrah. Kadang2 ana fikir , mereka ni lebih “teruk” perlakuannya berbanding orang yang tidak pernah menerima tarbiyah. Umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan betul…. Kalau perkara “basic” pun tak setel, camne ngan perkara yang lebih besar? Inilah fungsi KEFAHAMAN ,wahai saudara-saudaraku… Kefahaman itu hakikatnya milik total ALLAH S.W.T. Namun kita perlu berusaha untuk mendapatkannya . caranya , sentiasa berdoa, tunaikan hak ALLAH S.W.T (melakukan suruhan , meninggalkan larangan) dan jaga peribadi. Ramai yang tak faham dan hanya bersemangat di waktu-waktu tertentu sahaja.

Perkara kedua (hasil perbincangan) ialah berkenaan dengan tanzim itu sendiri. Banyak skop (dari konteks tanzim) yang kami bincangkan pagi tadi sebenarnya. Tapi ana akan focus lebih kepada

• Perlunya tanzim dikepalai oleh seseorang yang bukan setakat berfikrah , mampu jalankan program , namun “faham “apa yang diperjuangkan. Bukan hanya setakat masa program , masa nak arahkan orang sahaja muncul muka. Waktu lain, haram nak jmpa. Apabila dibicarakan berkenaan sesuatu organisasi yang menjadikan Islam sebagai “ halatujunya” atau tujuan, suatu benda/perkara yang kita kena tahu bahwa kita menganjurkan sesuatu program bukan setakat nak orang join sahaja, atau ingin mencapai matlamat akhir sahaja, namun yang paling penting dakwah itu sendiri.Tidak akan dinamakan organisasi Islam seandainya penekanan terhadap penyebaran kefahaman Islam ,fikrah dan dakwah hanya dianggap benda yang kecil. Ambil contoh Persatuan Bahasa Melayu atau apa2 jua persatuan yang tidak berorientasikan agama. Mereka hanya bergerak apabila ada program . Tapi , adakah itu yang kita mahu ? “konon-kononnya” menyebarkan fikrah Islam secara keseluruhan di alam Kampus?

Firman Allah dalam surah As-saff , ayat 2 dan 3 ;

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? (Itu ) sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu menyatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


• Keperluan untuk sesuatu kepimpinan untuk memahami apakah tujuan dan halatuju atau arah tanzim tersebut ingin dibawa.Adakah kita hanya terikat dengan “kontrak” aktiviti/program sahaja? Adakah kita hanya bergerak bila ada sahaja program namun hilang ghaib bila program tersebut hilang? Halatuju , ataupun target sepatutnya ada bagi sesuatu tanzim. Umpama kapten sebuah kapal, begitulah peranan sesuatu kepimpinan itu sendiri.


Perkara yang ketiga dan pengakhiran (hasil perbincangan tadi) ialah perlunya diwujudkan sebuah pasukan pemikir atau think tank. Dalam pasukan ini ,kita akan binangkantentang banyak perkara yang dirasakan berupaya merubah “persekitaran” IPGM itu sendiri. ana gariskan beberapa kepentingan wujudnya think tank ini:

• Mewujudkan satu fikrah/pemikiran / pendapat yang sama berdasarkan beberapa persoalan dan isu yang timbul. Sebagai contoh :isu coupling dan berdua-duaan. Dalam think tank ini kita akan bincang tentang cara ngi mencegah atau usaha yang kita perlu buat bagi memastikan gejala ini tidak terus berlaku di IPGM kita ini.Buat satu resolusi yang munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan. Mungkin di kalangan ahli think tank ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pensyarah-pensyarah , mungkin ada yang rapat dengan pentadbir sekolah dan mungkin ada di kalangan ahli think tank yang memegang portfolio dalam organisasi berdaftar di IPGM. Sebagai contoh : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Persatuan Agama Islam. Ahli-ahli dala think tank inilah yang akan mewujudkan “tekanan” terhadap pihak pentadbir terhadap isu ini.

• Dapat menarik sahabat-sahabt yang berada di luar PAI mahupun JPP agar sama-sama berfikir dan menyumbangkan buah fikiran bagi memantapkan lagi perjalanan IPGM itu sendiri-bertindak sebagai watchdog IPGM .Dari sini kita akan melatih /mengajak sahabat-sahabt di luar tanzim ini untuk sama –sama “berjuang” dan menyertai tanzim.

• Beberapa startegi lain yang ana rasa sepatutnya dirahsiakan dan hanya harus diperbincangkan bersama sahabat-sahabat dalam tanzim. Ana akan perhalusi bersama teman-teman yang lain lagi. Yang pasti mewujudkan "shadow" kabinet.

Kenyataan Khas Raja-Raja

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.




Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/91407

Khamis, Oktober 16, 2008

promote majlis ilmu 2

KELAS PENGAJIAN AQIDAH DAN ISU-ISU SEMASA



(isu Rasul Melayu)



Tarikh

19 Oktober 2008 (Ahad)

Masa

5.00 ptg

Tempat

Surau Al-Falah IPP

Oleh

Muallim Nuruddin Bashah

Moderator Skuad Penyelamat

Aqidah (SPAQ)


Anjuran

Persatuan Agama Islam (PAI)

Institut Perguruan Persekutuan





Dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan Taman-taman Syurga Ini. Insyaallah.

promote majlis ilmu

BENGKEL 3: PERANAN MAHASISWA DALAM PENDIDIKAN

Tarikh
19 Oktober 2008( Ahad)

Tempat
Surau Al-Falah IPP

Masa
2.00 petang

Oleh
Akh Izzat Anwari bin Hasni
ABABIL

Dijemput muslimin muslimat beramai-ramai hadir ke taman-taman syurga ini..

Rabu, Oktober 15, 2008

Manusia dan Kepimpinan- IPGM memimpin negara !

Oleh :Mujahid Page (akh Zhaf)

Setiap kamu adalah pemimpin , setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap jagaannya . seorang pemimpin yang menjaga manusia , ia bertenggungjawab terhadap rakyatnya , seorang lelaki bertanggungjawab di atas keluarganya , seorang wanita adalah penjaga di rumah suaminya dan ia bertanggungjawab atas jagaannya. Seorang khadam penjaga harta benda tuannya dan ia bertanggungjawab atas jagaannya . setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang jagaan yang berada di bawahnya.


Setiap manusia adalah pemimpin, tidak kira siapa dia . Sama ada dia adalah seorang yang bijak pandai , seorang yang gagah pekasa , seorang yang lemah tak bermaya , seorang yang bijak berkata-kata dan sebagainya. Cuba renungi petikan hadis di atas ,hatta seorang hamba abdi pun berperanan sebagai "pemimpin" dalam menguruskan harta-harta tuannya ! Bayangkan sendiri , betapa luasnya skop kepimpinan yang digariskan oleh Islam itu sendiri. Di mana pemimpin akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan oleh orang bawahannya di kala manusia kegusaran bimbangkan neraca Allah yang maha Adil. Dalam satu cerita , isteri dan anak-anak orang soleh menarik orang soleh ke dalam neraka kerana orang soleh gagal menunaikan tanggungjawab sebagai sorang ayah dan suami yang bertanggungjawab. Orang soleh tersebut telah dijanjikan syurga namun ke neraka lah tempat baginya pada akhirnya kerana kegagalannya menunaikan tanggungjawab. Begitu sekali beratnya pertanggungjawaban yang terpikul di bahu seorang yang bergelar sebagai pemimpin.

Persoalan...kenapa manusia dipilih sebagai pemimpin Alam (khalifah alam)? Kenapoa tidak jin. Kenapa tidak malaikat?kenapa tidak haiwan ? Persoalan ini dijawab oleh Allah s.w.t sendiri dalam surah Al-Baqarah :30 yang antara lain bermaksud :

Dan (ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat . sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi

selain itu ,cuba renungi pula ayat di bawah:

......Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan (Surah Al-iSRA':70)

BEBERAPA GARIS PANDUAN/ HALATUJU PARA PEMIMPIN DALAM MENCORAKKAN IPGM

@ saudara-saudara pemimpin berfikrah islami hendaklah berperanan sebagai role model / contoh teladan yang baik kepada sahabat-sahabat (yang dipimpin) yang lain . kita jangan lah menjadi sepertimana ketam mengajar anaknya berjalan lurus, namun kita sendiri berjalan sendeng. Pada masa ini kita harus mengkaji kelemahan kita dan sedaya upaya membaikinya agar ia tidak menjadi fitnah kepada tanzim/organisasi kita . Kita juga harus sedar bahawa kita bukan hanya bercakap , namun apa yang penting melaksanakan apa yang kita ujarkan. Sepertimana frman Allah s.w.t dalam SuRAH As-saff ayat 2 dan 3 yang berbunyi :

Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu menyatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? (Itu_ sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu menyatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan .

@ saudara-saudara pemimpin berfikrah Islami juga haruslah berusaha menanamkan kefahaman yang jelas kepada guru-guru lain bahawa mereka bukan setakat mengajar subjek-subjek tertentu di kelas , tetapi mereka juga bertindak sebagai promoter agama, daie/pendakwah, motivator agama, penasihat rohani dan penunjuk jalan kebenaran . ini penting bagi melahrkan generasi pewaris negara yang berfikrah islami tetapi mampu bersaing di peringkat dunia. Kekosongan ini harus segera diisi bagi mengisi kekosongan rohani yang menimpa umat Islam /manusia di Malaysia ini(dari segi konteks). Guru mampu menyelitkan prinsip/kefahaman asas Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian kerana masa guru berhadapan dengan mad'u adalah antara yang terlama.

@ saudara-saudara pemimpin juga bertindak sebagai penghapus kepada mentaliti selesa, manja , tidak produktif , jumud, tidak berfikiran terbuka yang sering dikaikan dengan guru-guru pelatih IPGM (Institusi pendidikan guru malaysia) . Tapi sebelum anda merubah keadaan ini ,anda seharusnya sedar bahawa mngkin anda sendiri "terperangkap" dalam mentaliti ini. Cuba checkbalik apa yang tidak kena. Keadaan yang serba mewah ini boleh melunturkan semangat juang anda sendiri -untuk menjaga kebajikan sahabat2 bawahan anda ,menjalankan amanah yang terpikul dan sebagainya. Ketahuilah , antara orang yang paling ramai di azab di neraka kelak terdiri daripada para pemimpin yang diberi peranan dan tugas. Penting kerana seandainya guru hanya tahu bercakap perkara-perkara kosong dan tidak membawa faedah , sebagai contoh perkara-perkara peribadi dsb, bagaimana hendak melahirkan para pemimpin masa depan yang memiliki intelektual yang tinggi.

@ selain daripada itu, guru-guru pelatih hendaklah berupaya menjadi pressure group/ yang benar-benar menjadi suara pelajar dalam isu-isu yang berbangkit. Kita bukan setakat "berjuang" untuk perkara yang "remeh" seperti pemberian elaun atau tunggakan bayaran dan sebagainya tetapi kita juga seharusnya memiliki sensitiviti terhadap persekitaran IPGM itu sendiri .Sebagai contoh ,isu penganjuran "konsert mini" di belakang surau dan isu zina RM 5OO . Isu-isu lain yang boleh diperjuangkan ialah isu ramainya pasangan-pasangan yang belum kahwin keluar berdua-duaan , moraliti guru pelatih, banyaknya program berbentu hiburan dan sebagainya.

Khamis, Oktober 09, 2008

apa khabar imanmu ?

"berbahagialah orang yang hari ini lebih baik berbanding semalam , celakalah orang yang kelmarin lebih baik daripada hari ini." Kata-kata ini biasa terungkap bilamana kita dihujani dengan pertanyaan di atas . Saya biasa ditanya oleh saudara saya yang amat saya kasihi , Akhi Hafiz ,Amir Karisma Penang , sehingga terkadang rasa lidah ini terkaku untuk menjawab soalan tersebut. Biasanya, apabila berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain biasanya saya dihujani dengan pertanyaan "biasa" seperti "apa khabar?" , "dah makan ke belum? ", "sihat?" dan sebagainya. Tapi bila sahaja ana berjumpa dengan saudara yang amat ana kasihi, dia bertanya dengan nada serius,
terkadang kelakar , "apa khabar imanmu?" .Soalan ini sebenarnya amat sukar dijawab.
Bayangkan sendiri kita ditanya berkenaan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti bahkan tidak tahu pun . Iman .

Sesuatu yang ghaib , bahkan tiada apapun yang dapat menggambarkan bentuk , karakteristik bahkan ia merupakan suatu soalan yang amat subjektif. Mungkin orang yang ada fikrah sedikit dia akan menjawab bahawa iman dia sering berkurang, bahkan seringkali bertambah atas asbab mengikut pegangan ahlul sunnah wal jamaah. Sesetengah orang mungkin akan menjawab tidak tahu bahkan akan ada sesetengah yang akan menjawab “ hari ini ana telah buat itu, buat ini.derma itu, derma ini..dan sebagainya”. Sampai hari ini saya tidak mampu merungkaikan apakah jawapan yang sepatutnya dibalas bila diajukan soalan tesebut ,bahkan kerapkali sekadar tersenyum dan diam seribu bahasa.

Ada borang Muta’abah Amal yang telah diberi kepada ana pada suatu ketika. Dalam borang tersebut ada disediakan kotak untuk ditandakan kekerapan amalan yang kita lakukan dalam bulan tersebut. Borang ini amat berguna . Ia bukanlah satu borang untuk tunjuk-menujuk kepada sahabat-sahabat , bukan juga sebagai suka-suka tetapi lebih kepada “muhasabah” kepada amalan harian kita. Ana rasa tentu kebanyakan daripada kita yang pernah mengisi , memiliki dan kalau tidakpun pernah terlihat kertas ini. Ada yang berpandangan , sepertimana yang telah dinyatakan di atas , bahawa dengan kertas /helaian muta’baah amal inilah jawapan kepada persoalan di atas . Dengan lain kata, jawapan soalan di atas dapat dijawab dengan amalan seharian yang kita lakukan.

Ana sentiasa terfikir adakah iman ini dapat menjadi jaminan kepada ana suatu hari nanti untuk menghadap Tuhan semesta alam . Adakah iman yang terkandung dalam jiwa ini menjadi pendinding dan pembela kepadaku di akhirat kelak. Adakah apa yang ana lakukan hari ini mampu menjamin keteguhan iman ana di saat nyawa sampai di tenggorok ana . Adakah ketakutan ana terhadap pembalasan azab terhadap dosa ana menandakan bahawa ana mempunyai iman yang kental yang seterusnya menjamin kenikmatan berpanjangan di akhirat iaitu dengan menikmati balasan syurga. Perasaan itu sentiasa terjajah dalam diri. Bahkan persoalan tentang tahap keimanan sentiasa menerkam diri ini.


IMAN MUTIARA
Iman adalah mutiara di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah ,Maha Esa , Maha Kuasa,
Tanpamu iman bagaimanalah merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah menjadi hamba Allah yang bertakwa
Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau meredah lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Subhanallah. Terkadang diri ini terasa hina mengingatkan siapa diri ini. Seseorang yang tidak menyedari dosa dan kesilapan yang sedang dan yang akan diadakan . Persoalan jiwa dan keimanan amatlah sulit diperbincangkan. Sedangkan jiwa ini sentiasa meruntun , mengharapkan keimanan itu dapat diterima oleh rabbul jalil.
Lirik lagu di atas sebenarnya dapat mendefinisikan apa itu erti “keimanan” . Sesuatu yang amat berharga, tidak boleh diperwariskan hatta dengan orang terdekat ,ia juga tiada di tempat yang begitu mudah dicapai. Iman itu datang dari Allah ,pencipta yang Haq . Sepertimana sang pengemis meminta dari sang kaya , begitulah hubungan kita dengan Allah s.w.t . Kita seharusnya meminta terus “keselamatan” iman terhadap “pencipta”, “penyubur “ dan “penurun” iman ini.

Khamis, Oktober 02, 2008

MAHASISWA ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASA DEPAN ISLAM

Dipetik daripada Mingguan Wasilah (edisi 28 Ramadhan-04 Syawal 1949 H)

Suluhan wahyu pertama adalah satu bentakan yang menggesa agar ilmu dijadikan sebagai agenda untuk mencari ketuhanan hakiki. Suluhan iqra’ telah menobatkan Islam sebagai agama yang tidak takut untuk berhadapan dengan hujah dan ilmu. Mengapa Islam perlu takut sedangkan Allah memerintahkan dalam wahyu pertama agar manusia membaca Al-Qur’an yang mengandungi bukti dan hujah bahawa kebenaran itu hanyalah Islam .
Allah memuliakan golongan pencina ilmu. Dengan ilmu yang digalas , seseorang cendikiawan Islam itu akan mampu untuk menerjah ke dalam lubuk sanubari manusia agar tunduk dan menyerah diri di hadapan keagungan Allah dan Islam. Dengan hujah yang dilancarkan ditambah pula dengan keikhlasan si alim untuk mengharap cinta Allah semata-mata , hati sang pendengar akan diketuk untuk menerima Islam. Tidak hairanlah apabila usaha untuk mencari ilmu dinobatkan sebagai jihad yang paling besar di sisi ulama.

Al –Imam Al Qadhi Nasiruddin Al-Baidhawi berkata di dalam kitabnya yang terakhir yang bermaksud : “ Lantas mereka (para sahabat) diperintahkan untuk memastikan setiap daripada kumpulan itu ada beberapa individu yang keluar berperang manakala individu yang berbaki hendaklah kekal (bersama Rasulullah) untuk menuntut ilmu agar tidak terputusnya proses menuntut imu yang merupakan jihad yang paling besar. Ini kerana berdebat dengan hujah adalah perkara pokok dan tujuan kebangkitan (para Rasul)”.

Semestinya para pemunggah ilmu patut untuk berasa bangga apabila golongan yang menuntut imu diberikan penghormatan oleh Islam. Golongan ini didewa-dewakan di dalam Al-Qur’an dan mutiara kata Rasul tercinta . Namun, penghormatan yang diberikan Islam kepada golongan ini hanyalah akan bermakna sekiranya tanggungjawab untuk menyebarkan Islam digalas dan diperjuangkan oleh golongan ini. Sekiranya para alim ulama hanya mencari gah untuk disebut-sebut kehebatannya sedangkan dia umpama mayat bisu yang termanggu-manggu melihat kebejatan umat, maka golongan alim sudah tidak mempunyai erti.

Para mahasiswa Islam perlu sedar bahawa tugasan para Rasul dan Nabi terdahulu adalah untuk menyampaikan aqidah Islam yang mentauhidkan Allah dan menjadk menjerihikan syariat Islam sebagai penguasa dunia. Islam adalah diturunkan untuk menjerihkan hati manusia dengan aqidah manusia dengan aqidah suci dan untuk menjadi raja yang bakal mempersembahkan keadilan kepada manusia sejagat. Pencetus ilmu sains kemasyarakatan ,ibnu Khaldun telah menjelaskan peri pentingnya agama Islam untuk memastikan perjalanan sesebuah tamadun kemanusiaan akan dapat terus berada di puncak kegemilangan yang hakiki.

Beliau berkata : “Undang-undang politik hanya hanya memerhatikan manfaat keduniaan semata-mata. Mereka (iaitu orang-orang yang terlibat dengan politik keduniaan ) hanya mengetahui perkara yang zahir di dunia semata-mata.
Tujuan Allah terhadap manusia adalah kemanfaatan mereka yang bersifat ukhrawi. Maka menjadi satu kewajiban berdasarkan tuntutan-tuntutan syariat Islam untuk membawa semua manusia secara keseluruhanna menerima hokum-hukum syarak dalam hal-hal manusia yang bersifat duniawi dan ukhrawi. Hukum ini (iaitu arahan untuk menjadikan Islam sebagai pemutus) adalah ditujukan kepada golonga yang memahami syariat iaitu para nabi dan individu yang membawa tugasan mereka iaitu pemerintah. Maka jelaslah buat kamu :

“Makna khalifah sesungguhnya kerajaan yang bersifat tabi’e (iaitu kerajaan yang bertunjangkan hawa nafsu) adalah bertujuan untuk membawa seluruh manusia kepada kehendak peribadi dan syahwat.

“Kerajaan yang bersifat politik adalah bertujuan untuk membawa semua manusia kepada menerima keputusan-keputusan yang dikeluarkan oelh pandangan akal untuk mendapat manfaat-manfaat keduniaan dan mengelakkan daripada menerima kecelakaan .

“Khilafah (yang hakiki pula) adalah bertujuan untuk membawa seluruh manusia bagi menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh pandangan syarak yang telah melihat manfaat-manfaat manusia yang bersifat ukhrawi dan manfaat-manfaat yang bersifat duniawi yang akan kembali kepada manfaat-manfaat berbentuk ukhrawi. Ini kerana di sisi Allah , hal-hal keduniaan kesemuanya akan kembali kepada pengiktibaran hal-hal keduniaan tersebu dengan manfaat-manfaat yang bersifat akhirat.

“Maka pemerintahan pada hakikatnya adalah tindakan para pemerintah yang menggantikan pemilik syarak (iaitu Allah) dalam tugas memelihara agama (Islam) dan mentadbir dunia dengan agama.

“Atas kefahaman yang jelas bahawa Islam adalah agama yang memandu manusia kearah keredhaan Allah dari sudut individu , keluarga dan Negara, maka para pengganti tanggungjawab para Rasul perlu untuk bersedia dengan kemantapan ilmu yang paling maksimun bagi menjernihkan kembali masyarakat Islam Malaysia yang semakin lena diulit dunia.

Tugasan kita bukan sekadar berpencak di gelanggang pidato dan syarahan semata-mata, bahkan tugas kita adalah:
1. Menyampaikan aqiadah Islam yang Maha Suci kepada masyarakat bukan Islam yang terus menganut agama-agama canaian tangan-tangan manusia.
2. Menjernihkan kembali aqidah masyarakat muslim yang sebahagian daripada mereka sudah mula sangsi dengan aqidah Islam akibat kealpaan golongan alim dalam memberikan penekanan yang lebih kepada ilmu aqidah kepada masyarakat Muslim.
3. Bersama-sama membasmi gejala murtad yang semakin berleluasa di Malaysia dengan cara menjelaskan kepada masyarakat Islam bahawa Islam adalah agama yang tidak mengandungi cacat cela dari semua segi di samping mendekati golongan yang telah murtad untuk membawa kembali mereka kembali kepada agama Islam.
4. Bersama-sama memerangi gejala sosial yang telah menghancurkan peribadi muda-mudi Islam khususnya yang menyebabkan mereka semakin jauh dari aturan Islam.
5. Berusaha menghapuskan segala agensi-agensi penaja dan pembiak kepada kemungkaran sama ada dari sudut elektronik, internet, makalah dan sebagainya.
6. Berusaha menjadikan Islam bukan sekadar agama yang bersifat ritual semata-mata bahkan berusaha untuk menjadikan Islam sebagai kuasa dan undang-undang merajai Negara.
7. Menyedarkan masyarakat bahawa mengundi parti UMNO yang tidak menjadikan Islam sebagai tunjang pergerakan dan aktiviti kerajaan yang hanya akan melumpuhkan dan merugikan setiap usaha murni yang ingin mendaulatkan Islam ke mercunya dan memurnikan akhlak masyarakat Malaysia yang tersasar jauh daripada kehendak Allah dan RasulNya.

Tugasan yang dinyatakan di atas adalah besar dan memerlukan upaya dan tenaga yang bersungguh-sungguh daripada para mahasiswa. Adakah anda bersedia menggalas tugas ini ?

Sebagaimana yang sedia maklum ,segala tindakan manusia di dunia ini bukanlah semata-mata bertujuan untuk mendapatkan keduniaan semata-mata .Akan tetapi segala tindak-tanduk manusia akan dinilai adakah ia membawa manfaat di akhirat kelak atau tidak.

Sekiranya manfaat yang bersifat keduniaan tersebut memberikan manfaat di akhirat kelak seperti melakukan kebaikan sesama manusia dan makhluk Allah yang lain di dunia, maka perbuatan tersebut pasti akan dibenarkan oleh syarak kerana manfaat keduniaan tersebut membawa kepada manfaat ukhrawi. Namun sekiranya manfaat tersebut hanyalah semata-mata untuk mengisi kebejatan nafsu syahwat semata-mata , pasti perkara tersebut akan dilarang Allah Taala.

Hairul Nizam Mat Hussin
Penasihat Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Rabu, Oktober 01, 2008


SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN 1 SYAWAL...
SALAM PENUH KEBERKATAN DALAM MENGGAPAI IZZAH RAMADHAN....
MOGA DILANJUTKAN USIA UNTUK PERTEMUAN DENGAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG...
SALAM MUBARAK 1429 H....
MINAL AIDIL WAL FAIZIN....



Dari Ahmad Zhafri@UR@Mujahid Page dan keuarga....