Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Jun 04, 2009

Ustaz Rock ? Ustazah Rempit ?

Saya berkesempatan untuk berdialog dengan beberapa orang sahabat daripada beberapa IPGM berkenaan dakwah di lokaliti , tanzim dalaman dan penghayatan islam di IPGM masing-masing. Tiba-tiba , mulut terkeluar pertanyaan "Apa pendapat enta berkenaan Program Musawah yang dianjurkan oleh Sister In Islam di ibu negara baru-baru ini? " .

Tiba-tiba perbualan kami terhenti di situ sahaja. Tiada jawapan yang terkeluar daripada mulut sahabat saya ini. Saya kemudian bertanyakan kepadanya soalan seterusnya, mungkin lebih kepada meminta kepastian ,"antunna tahu tak progam ni tak?" . Pertanyaan saya dijawab denagan bahasa badan ,gelengan . Soalan ketiga terpacul , mungkin disebabkan "sifat baik sangka" saya, "Sister In Islam tahu?" .Agak mengecewakan apabila soalan ini hanya dijawab "macam pernah dengar , tapi di mana ye?"

Itu tak tanya lagi berkenaan nasionalisme dalam Islam, gerakan Islam selepas kejatuhan empayar Uthmaniyyah dan sejarah mereka , sekular dan Islam , dan banyak lagi persoalan yang "terkeluar" dari bidang yang dipelajari di bilik-bilik kuliah. Kesimpulannya, mereka tidak mengetahui isu-isu "kecil" (bagi mereka ini walaupun melibatkan aqidah) ini. Saya berbaik sangka lagi.

Itu merupakan hanya satu babak antara babak-babak yang pernah saya alami sendiri ketika berdialog dengan bakal ustaz ustazah ini. Mungkin mereka hanya melambangkan sebahagian kecil daripada ribuan bakal ustaz ustazah di Malaysia. Bahkan ilmu mereka berkenaan agama amat jauh lebih tinggi berbnading saya yang tengah mencari .

Tetapi ,pada hemat saya , persoalan massa dan masyarakat ini tidaklah harus di kesampingkan oleh bakal ustaz ustazah . Kalianlah yang akan menjadi tumpuan masyarakat sebagai sumber rujukan berkenaan agama selepas keluar di tengah masyarakat nanti. Bagaimana ingin saya gerakkan sahabat-sahabat saya yang majoriti (termasuk saya) supaya sedar tentang perosoalan semasa berkaitan umat Islam sedangkan kalian terus asyik berada di Zon Selamat dan selesa?

Ini yang menyedihkan saya secara peribadi kerana melihatkan ketidaksungguhan yang ditunjukkan oleh sebahagian daripada kalian berkenaan soal ini. Mungkin selepas penulisan ini, ramai yang akan menyelar saya, terasa hati dengan saya bahkan turut mengeji saya. Saya terima risiko tersebut kerana saya tahu inilah yang patut saya katakan apabila melihatkan kelesuan sesetengah penggerak dalam menggerakkan atau memobilisasi lokaliti dalam dakwah dan isu-isu semasa.

Kelesuan dalam berbudaya dengan budaya ilmu . Berapa ramai daripada penggerak-penggerak dakwah dan bakal ustaz-ustazah menjadikan amalan membaca dan menuntut ilmu sebagai “kewajiban” mereka sehari-hari? Berapa ramai di kalangan kita yang membaca bahan bacaan yang terkeluar daripada silibus kita sendiri , sebagai contoh perkauman , sekularisme,permasalahan social dan sebagainya ? Adakah kita hanya mampu berbnagga apabila membaca buku-buku tarbiyah sahaja tanapa mempedulikan buku-buku bergenre lain?

Mungkin kita terlampau diselesakan dengan "kejayaan" kita menarik ramai mad'u atau golongan sasar , ataupun kejayaan kita mengadakan program "high impact" di lokaliti (ertikata lain di IPGM masing-masing) hingga merasakan tidak perlulah kita pedulikan perkara-perkara di luar kotak atau gapaian ataupun perkara yang "berat-berat". Mungkin ada yang berpandangan bahawa kita kan masih muda dan masih menjadi guru pelatih lagi.


Seandainya ini terterap dalam diri masing-masing , amat malangnya penggerak-penggerak kita untuk bergerak di tengah-tengah masyarakat yang mempunyai anekaragam ideologi,takrif kepada persoalan keagamaan , kebejatan sosial yang membusuk dan memualkan , penindasan golongan marhaen akibat penggunaan sistem kapitalisme yang menekan golongan bawahan oleh sang penguasa dan banyak lagi.

Suatu ketika , saya berkesempatan bersembang bersama ustaz kamaruddin daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang juga penggerak kepada program LATIHAN AKTIVIS DAKWAH LAPANGAN ISU-ISU SOSIAL (LANDAS) . Dalam nada sebak beliau menyatakan perasaan kecewa dan sedihnya apabila ramai ustaz-ustazah lebih selesa berdakwah di kelas dan masjid berbanding turun ke lapangan masyarakat dan melihat sendiri kekeruhan akhlak, moral dan agama dalam masyarakat.

Beliau merupakan seorang aktivis (dan seorang ustaz) yang memobilisasi para pelajar di Pulau Pinang dan beberapa tempat lagi untuk turun sendiri meihat gejala sosialdi tengah-tengah masyarakat dan berdepan dengan golongan seperti Mat Rempit , penghidu gam, bosia, pelacur dan sebagainya.


Kesimpulan daripada penyataan beliau, saya dapat gambarkan bahawa aktivisme di kalangan ustaz ustazah ini sangat sedikit dan tidak ramai yang mampu menjadi Sang Murobbi , mursyid mahupun apa jua istilah yang boleh dinisabkan sebaga guru mahupun pembimbing.

Mungkin teguran saya ini tidak dapat diterima ramai terutama sesiapa yang terbabit . Tetapi percayalah bahawa teguran ini merupakan teguran daripada seorang sahabat kepada sahabat mahupun sahabiah yang dikasihinya , yang diharap dapat menjadi benteng pertama dalam menegakkan Islam di bumi Allah ini disebabkan menaliti kebanyakan rakyat Malaysia melihat hanya Ustaz Ustazah yang menjadi contoh ikutan dan tempat mereka bertanyakan soalan dan sebagainya.

Ini tidak bermakna saya (dan sahabat-sahabat yang bukan berlatarbelakangkan agama ) ini terlepas daripada tanggungjawab kami, kami sendiri ada “lapangan” kami sendiri, dan kalian terlibat secara terus dalam usaha pentarbiyahan ini.

2 ulasan:

naima akhafullah berkata...

mambruk alyk.. entry kali ini btol2 mnaikkan smangt ustz ustazh untuk bngkit kembali..In'Allah..

srikandi berkata...

malah ada yg lbh bangga bila digelar ustaz ustazah rock..astagfirullah..

cam na ek??