Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Khamis, Jun 04, 2009

Menteri Pelajaran Disaran Wujudkan Kesatuan Guru Pelatih Islam Kebangsaan


Setiausaha Agong GAMIS, saudara Muhamad Syaari Ab Rahman mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Menteri Pelajaran yang baru supaya mewujudkan suatu kesatuan rasmi para guru pelatih Islam antara Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. “Saranan saya ini adalah bertujuan supaya terbentuk sebuah kolisi seperti Majis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang pernah diasaskan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri ketika itu sebagai satu pengiktirafan terhadap para mahasiswa, untuk mereka memberikan idea dan pandangan mereka, baik dalam apa jua perkara mengenai polisi-polisi negara.

Sekiranya kerajaan tidak berminat untuk menubuhkan kesatuan ini atau ia hanya wujud sekadar nama, maka saya sarankan mahasiswa di IPGM sendiri yang menubuhkan dan membuat pengisian perjuangannya. Kita tidak perlu pergi terlalu jauh dan besar seperti MPPK. Ini soal meletakkan tapak sahaja untuk bergerak. Selagi tapak tidak wujud, selagi itu saya bimbang polisi-polisi bersangkutan sistem pendidikan Islam negara yang digubal Kementerian Pelajaran kini dan akan datang akan terus tidak bermaya mengatasi gelombang keparahan akhlak pelajar sekolah dan jenayah juvana yang kian meruncing kini.”, ujar beliau ketika menghubungi Gamis Daily.

“Selaku mahasiswa yang akan terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan dan perguruan, mahasiswa di lebih 28 buah IPGM inilah yang paling layak dan strategik untuk bercakap soal kualiti sistem dan pelaksanaan pendidikan Islam dari semasa ke semasa. Namun demikian, sekiranya Persatuan Guru Pelatih Islam di setiap IPGM ini tidak bersatu tenaga dan suara, impak kritikan dan saranan mereka tidak akan ke mana.”, ujarnya lagi.

Saudara Syaari menyatakan lagi bahawa golongan guru pelatih Islam inilah yang akan menjadi pelaksana dasar-dasar dan polisi-polisi kerajaan dalam sistem pendidikan Islam. Sekiranya sistem pendidikan Islam yang telah lama dibentuk oleh kerajaan tidak mampu merawat permasalah remaja pada hari ini, golongan pelaksana inilah yang hanya mampu merubah pendekatan dan gaya penyampaian ke arah yang lebih mengesankan pelajar, membina jiwa dan potensi mereka sejajar dengan kehendak agama. Gagasan pendidikan berasaskan fitrah yang disuarakan oleh Dr Saodah Ab Rahman (Utusan Malaysia, 15 Mei 2009) seharusnya menjadi pedoman bagaimana para bakal guru mengembangkan potensi setiap pelajar selain dari hanya cemerlang di atas kertas peperiksanaan sahaja. Hanya dengan cara itulah, sistem pendidikan akan mampu menjadi senjata paling berkuasa merubah Malaysia dan dunia seperti ungkapa Nelson Mandela.

Gamis Daily ketika menghubungi beberapa orang guru pelatih Islam di beberapa buah IPGM telah mendapatkan respon positif dan kritis dari mereka. Antaranya adalah saudara Zafarani yang mengambil pengajian Islam di IPGM Ipoh. Beliau menyatakan semenangnya “Perlu dibentuk kesatuan mahasiswa Islam di seluruh IPGM kerana ia boleh memberikan sedikit kekuatan kepada entiti mahasiswa di IPGM untuk bersuara dan mengemukakan cadangan-cadangan membina kepada Kementerian Pelajaran. Namun demikian, saya secara peribadi agak pesimis apabila melihat kualiti guru-guru pelatih yang ada di IPGM kini, sejauhmana keupayaan kesatuan ini untuk bersuara dan menjadi golongan yang memberikan impak yang positif kepada kerajaan.”

Manakala saudari Iklil Abdul Hamid, mahasiswi jurusan pengajian Islam tahun 3 di salah sebuah IPGM di Melaka pula menyatakan sokongan kepada pembentukan satu kesatuan mahasiswa Islam IPGM, namun pada pandangan beliau keutamaan dan fokus kesatuan ini mestilah terlebih dahulu menerap dan mengislah nilai-nilai Islam dalam diri guru-guru pelatih di IPGM, bukan sekadar hidup mereka di kampus hanya melengkapkan takwim tahunan IPG. Beliau juga mencadangkan kesatuan yang akan dibentuk ini mestilah mendapat sokongan pentadbiran IPGM atau sekurang-kurangnya platform rasmi mahasiswa IPGM iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan badan-badan rasmi IPG seluruh Malaysia.

Saudari Ilkil juga menyatakan : “Saya secara peribadi tidak pelik melihat keruntuhan yang berlaku di kalangan pelajar sekolah hari ini kerana di IPGM sendiri yang melatih guru-guru Malaysia juga berlaku keruntuhan yang sama. Justeru ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari. Gejala sosial yang berlaku kalangan guru pelatih sendiri adalah suatu yang sangat dikesalkan.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diberi mandat pula perlu kreatif dan janganlah terlalu mengikut telunjuk orang lain sekiranya sesuatu perkara atau arahan dilihat tidak relevan dilaksanakan. Berbincanglah dengan bijaksana dan berhikmah. JPP perlu bangkit sebagai suara pelajar dalam usaha memurnikan hasrat pentadbir dengan kehendak para pelaja. Pihak pentadbir pula perlu rasional dalam segala tindakan dan memberikan respon yang sewajarnya terhadap para pelatih bagi membangunkan minda kelas pertama para guru.”, ujar Iklil

sumber: GamisDaily

Tiada ulasan: