Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Oktober 14, 2009

Memorandum bantahan terhadap kumpulan yang mencabar perlaksanaan undang-undang Jenayah Syariah

Sila layari http://www.ipetitions.com/petition/syariahmalaysia/ bagi menyatakan sokongan anda.


10 hb Oktober 2009

Masjid Solihin , Teras Jernang , Bandar Baru Bangi, Selangor , Darul Ehsan

Menyedari bahawa Undang-undang syariah berdasarkan rujukan sumber dalil dan nas Quran , Al Sunnah dan Ijma Ulama dan ia adalah undang-undang yang dicernakan dari perintah Allah S.W.T. dan setiap umat Islam dan pemerintah Islam yang dimandatkan dengan kuasa oleh umat Islam, wajib melaksanakan undang-undang syariah dengan sesempurna mungkin,

Beriman dan menyakini serta menginsafi bahawa undang-undang syariah adalah undang-undang Allah S.W.T yang terbaik dan paling adil dan paling layak dan berkesan untuk menyelesaikan serta menangani segala masalah sosio-ekonomi politik kehidupan umat Islam khususnya dan masyarakat awam keseluruhannya,

Menegaskan bahawa undang-undang syariah semada dalam urusan muamalah mahupun jenayah adalah undang-undang yang sah dan berkewajipan di kuatkuasakan oleh agensi-agensi mengikut peruntukan yang jelas dinyatakan secara tersurat seperti yang diperundangkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mengambil perhatian bahawa hukuman sebat sudah diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah Syariah) 1965 (pindaan 1984).Akta itu diwujudkan menurut kuasa diberikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Senarai II (Senarai Negeri).

Memahami kes Kartika Sari Dewi Shukarno telah dijatuhkan hukuman sabit dengan kesalahan menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987,dan Mahkamah Syariah tersebut berbidangkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Menegaskan lagi bahawa umat Islam berhak untuk melaksanakan serta mengembangkan undang-undang syariah seperti yang tercakup dalam undang-undang Islam yang meliputi semua aspek kehidupan umat islam.

Mengambilkira bahawa perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia maseh memerlukan pemerkasaan yang sewajarnya dengan mempertingkatkan bidangkuasa dan kecekapan agensi-agensi Islam seperti JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri , Jabatan Islam Negeri , Majlis Fatwa Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan , Jabatan Penjara , Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Syariah,

Menyedari wujudnya kekeliruan dikalangan masyarakat awam mengenai undang-undang syariah,

Mengambil perhatian serius ujudnya kumpulan tertentu yang berusaha menimbulkan kekeliruan serta memburuk-burukkan perlaksanaan undang-undang syariah dan cuba menghapuskan undang-undang syariah di Negara ini

Maka ,

  • Kami dengan tegas menyatakan pendirian kami membantah dengan keras percubaan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Joint Action Group For Gender Equality (dianggotai antaranya oleh Sisters in Islam, SUARAM, Selangor Community for Community Awareness ,HAKAM) yang cuba menolak dan menghalang perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di negara ini melalui memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 1 hb Oktober 2009.
  • Membantah dengan keras bahawa kumpulan ini telah menyatakan dengan terang dan biadab bahawa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah seperti yang dijatuhkan ke atas Kartika bersabit kesalahan minum arak sebagai kejam dan menjejaskan imej Negara yang dianggap Negara Islam moderat.
  • Kami juga membantah keras mereka yang berusaha dengan mengguna saluran undang-undang meminta semakan kehakiman (judicial review) dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan terhadap kes Kartika Sari Dewi Shukarno supaya perlaksanan hukum jenayah syariah seperti yang diperuntukan dalam undang-undang syariah dihalang perlaksanaannya .
  • Kami dengan tegas membantah kenyataan beberapa pemimpin negara yang mempersoalkan wibawa dan autoriti agensi perlaksanaan undang-undang Syariah yang dengan kenyataan mereka berpendirian bahawa hukuman sebat seperti yang diperuntukan dalam Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah tidak perlu didilaksanakan. Kenyataan mereka menjejaskan imej dan undang-undang Islam di negara ini sekaligus berimplikasi menghina Mahkamah Syariah.
  • Dengan ini kami mendesak supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap kumpulan yang sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencabar kuasa agensi Islam yang diperuntukan dalam undang-undang mengenai status undang-undang Islam di negara ini sekaligus mencabar kuasa Raja-raja yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.
  • Kami menegaskan lagi bahawa undang-undang syariah di negara ini hendaklah diperkasakan dan semua agensi-agensi yang terlibat seperti JAKIM, Jabatan Agama negeri-negeri, Jabatan Penjara, Polis, Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang lain hendaklah memberi kerjasama penuh untuk merealisasikan perlaksanaan undang-undang Islam dengan sempurna di negara ini.
  • Kami membantah dan menolak dengan keras sebarang campurtangan pihak luar semada oleh media atau mana-mana kumpulan NGO atau politik dari luar mahupun dari dalam Negara atas nama hak asasi manusia atau gender yang cuba memberi tekanan ke atas Negara khususnya agensi penguatkuasa undang-undang syariah supaya undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Negara ini.

Diperakui oleh

Mohd Azmi Abdul Hamid

Penyelaras Kempen Pertahan undang-undang Syariah

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

1.Amidi Manan

Timbalan Preisden ABIM

2.Ust Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi SHURA

3.Prof Madya Salleh Hj. Ahmad

Timbalan YDP Persatuan Ulama Malaysia

4.Hj. Zainol Rijal

Setiusaha Persatuan Peguam Syarie Malaysia

5. Fadhlina bt. Siddiq

Naib Presiden ABIM

6.Masadah Sajadi

Pengerusi Majlis Bertindak Wanita Islam

7.Dr. Khairuddin Datuk Malik

Pengerusi JAMA’IY Perak

8.Prof. dr. Wan Salim Mohd Nor

Pengerusi FORUM Negeri P.Pinang

9.Dr. Abdul Rahman Ahmad

Timbalan Pengerusi WEHDAH Kedah

10. Mohd Idris Mohd Yussoff

Presiden GAMIS

Selasa, Oktober 13, 2009

Mahasiswa pembela rakyat tertindas


Oleh: Muhammad Fuad Syazwan Ramli*

Penulis berkesempatan menonton dokumentari Tragedi Trisakti dan Semanggi[1] di Indonesia ketika era Reformasi dahulu. Penulis terasa begitu teruja melihat kelantangan dan kegigihan serta keberanian para demonstran yang terdiri daripada anak-anak mahasiswa di universiti-universiti terkemuka di Indonesia. Mereka ini berdemonstrasi bukanlah kerana elaun mereka ditarik. Bukanlah kerana Kafeteria di kolej mereka ditutup. Bukan juga kerana masalah parking di Fakulti. Tapi mereka ini berjuang, turun berpanas di jalan raya kerana ingin menyuarakan suara rakyat bawahan.

Mahasiswa adalah agen kepada rakyat marhaen. Orang politik sukar untuk diharap bagi membela nasib rakyat. Jika ada “political mileage”, cepat sahaja mereka membantu. Tapi jika tiada, jangan harap nak nampak batang hidung. Ini semua kerana orang politik gilakan kuasa, dengan kuasa sahaja mereka dapat menjalankan agenda mereka. Jika sesuatu perkara itu tidak mendatangkan faedah kepada usaha mereka dalam mendapatkan kuasa, buat apa mereka bersusah?

Di sini lah mahasiswa memainkan peranan yang cukup besar. Mahasiswa adalah golongan yang bebas dari mana-mana faham politik kepartian. Mereka berjuang atas nama mahasiswa. Mereka jatuh, mereka bangun, mereka tumbang, mereka bangkit, mereka dipasung, mereka direjam, semua atas nama mahasiswa. Ini yang sepatutnya berlaku. Dengan adanya minda bebas dari cengkaman parti politik, maka mahasiswa akan secara automatik merasa terpanggil untuk membela nasib rakyat marhaen, tak kira menguntungkan mereka atau tidak.

Contoh mudah, Tragedi Baling. Apa kaitan mahasiswa di Universiti Malaya, di Institut Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia[2] dengan masyarakat Baling? Adakah kemiskinan, kemelaratan, kebangsatan masyarakat Baling akan mengurangkan elaun mahasiswa ini? Adakah kebuluran di Baling akan memberi kesan terhadap kualiti makanan di Kafeteria? Adakah perarakan kaum buruh di Baling akan menghalang mahasiswa untuk parking di Fakulti masing-masing?

Jawapan kepada semua pertanyaan sinis ini sudah tentulah tidak. Tidak ada langsung pertalian di antara mahasiswa ini dengan rakyat Baling. Yang ada cumalah mereka semua merupakan warganegara Malaysia. Itu kalau dilihat dengan mata kasar. Mata yang cuma melihat zahiriyah tapi sering buta terhadap batiniyah.

Tidakkah bodoh mahasiswa ini berpanas, beresak-esak membawa sepanduk, melaung-laung di bawah panas terik semata-mata demi rakyat Baling yang tiada kena mengena dengan mereka? Jika anda adalah Doktor Mahathir, maka jawapannya adalah ya. Bagi anda mereka bodoh. Tapi jika anda merupakan seorang yang beridealisma, maka anda akan menyangkal kebodohan Doktor Mahathir ini[3].

Perjuangan mahasiswa tidak dirantai pada isu-isu yang bersangkut-paut dengan hak mahasiswa sahaja. Ia juga bukan hanya setakat isu berkaitan politik. Ia jauh melangkau isu-isu popular ini. Isu penderitaan rakyat juga termasuk dalam agenda perjuangan mahasiswa. Akan tetapi, kenapa hari ini dalam pada mana hampir setiap masa kita mendengar masalah rakyat dengan golongan keparat yang rakus membaham tanah rakyat dan hak-hak mereka, mahasiswa kita masih lagi sibuk dengan isu seperti ISA, e-Undi, dan sebagainya lagi yang rata-rata berkait dengan politik. Seolah-olah, perjuangan mahasiswa ini semata-mata berkaitan politik sahaja.

Ini pandangan yang tidak betul. Mahasiswa wajib berpolitik, tapi jangan sampai gila politik. Biarkan kegilaan itu dirayakan oleh para politikus. Kita sebagai mahasiswa menggugat, yang bebas dari sebarang faham politik kepartian, harus mengambil jalan tengah. Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentang. Tak kira siapa yang melakukannya. Kita berpolitik ikut kadar kita, ikut cara kita. Jangan dicontohi bulat-bulat perangan parti politik. Kita gerakan mahasiswa, bukan parti politik. Kita tidak perlukan “political mileage”. Kita tidak perlukan populariti. Jangan semua jentera kita dihalakan buat membedil isu-isu politik semata.

Kita seharusnya tahu dengan jelas agenda perjuangan. Jangan hanya mabuk dalam politik. Ramai, bukan sedikit mahasiswa hari ini yang melihat gerakan mahasiswa sebagai agen parti politik. Akhirnya, ramai yang masuk kerana ingin dilihat sebagai “PAS”, “UMNO”, dan sebagainya. Tak kurang juga yang menolak menyertai gerakan mahasiswa kerana tidak suka kepada politik. Ini lah keburukan yang berlaku bila mahasiswa terlalu gila politik.

Berbalik kepada persoalan asal, mahasiswa seharusnya menjadikan diri mereka pejuang kepada golongan yang tertindas. Orang kampung, mereka kebanyakan tak faham bidang perundangan, mereka tidak fasih bab ekonomi. Sebut nama Lord Atkin, terlopong mulut mereka. Jadi, adakah mereka ini boleh diharap dalam membela nasib sesame mereka? Sudah tentu golongan yang tamak, boleh berlagak umpama orang mengantuk disorong bantal. Mudah sahaja menipu rakyat. Rakyat hanya akan sedar mereka ditipu setelah semuanya sudah terlambat.

Jadi, di sinilah mahasiswa memainkan peranan. Kita harus menjadi golongan yang memberi faham kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya ditipu. Kita seharusnya menjadi agen yang mempertahankan kepentingan rakyat. Orang kampung tak berani untuk membuka mulut. Kalau berani pun, mereka tak tahu ke mana mereka harus pergi untuk buka mulut. Jika mereka tertindas di bumi BN, mereka boleh mengadu nasib kepada PR. Tapi bagaimana jika yang ditindas itu berada di bumi PR? Hendak mengadu kepada PR? Ibarat kambing masuk kandang harimau. Jadi kita lah yang harus menyuarakan suara golongan yang tertindas ini. Kita tidak tunduk pada tekanan parti politik. Kita tidak menjadi ahli dalam mana-mana pakatan. Kita bebas bertindak mengikut acuan kita sendiri. BN atau PR, apa beza nya? Semua akan ditentang jika menindas rakyat.

Malangnya, adakah mahasiswa hari ini, sanggup untuk berbuat demikian? Apakah mahasiswa sanggup menggadai cita-cita politik mereka demi kepentingan rakyat? Kita hari-hari bermimpi untuk mengulangi pencapaian wira-wira kampus seperti Hishamuddin Rais, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, yang lantang melaungkan “STUDENT POWER” hingga menggugat kerusi pemerintah. Tapi adakah aspirasi dan keazaman kita hari ini selari dengan mereka semua? Adakah matlamat perjuangan kita hari ini, sejelas matlamat mereka? Mereka berjaya, kerana mereka punya agenda yang jelas dan mereka berpegang teguh kepada agenda itu. Tapi kita hari ini?

Ayuh rakan mahasiswa, bangkitlah dan sedar bahawa tugas membela rakyat tertindas terletak di bahu kita, bukan di bahu JKKK atau JSR. Kita yang harus berjuang memartabatkan kembali maruah rakyat. Jangan salahkan politikus jika kita sendiri tak buat kerja. Kita bukan agenda parti poltik. Tapi kita agen rakyat.

Sekian.

[1] Dalam tragedi ini, mahasiswa Indonesia yang beraspirasi tinggi turun ke jalan raya bagi menumbangkan regim Suharto yang rakus memperkosa kepercayaan rakyat. Kebangkita hebat mahasiswa ini bagaimanapun telah dibalas dengan kekerasan melampau dari pihak tentera. Akhirnya, para mahasiswa pejuang rakyat menjadi mangsa.

Tragedi Trisakti, 13 November 1998. Cedera, 253 orang. Cedera akibat tembakan: 14 mahasiswa, 1 orang pensyarah, 2 pelajar sekolah tinggi, dan 15 pemerhati.

Tragedi Semanggi, 13 November 1998. 7 mahasiswa terkorban, 1 pelajar sekolah tinggi, 9 pemerhati, dan 1 anggota polis.

http://www.youtube.com/watch?v=sD89O4_6ZPY

[2] Penderitaan masyarakat tani di Baling menarik perhatian pelajar di kampus dan kezahiran pendapat mereka terhadap isu ini dengan mengadakan demonstrasi di kelab Sultan Sulaiman pada 3 Disember 1974. Persatuan pelajar yang bergabung di bawah satu barisan terdiri PKPIM, PKPM, KSITM, PMUK, PMIITK, PMIUPM, PBCUM, Kelab Sosialis dan PMUM. Perhimpunan ini disuraikan oleh polis pada pukul 9.50 pagi dan mereka berundur serta berkubu di Masjid Negara. Polis menyerbu Masjid Negara setelah Iman Masjid Negara meminta polis masuk ke dalam masjid kerana pelajar mengugut akan merosakkan peralatan masjid. Seramai 1138 orang pelajar ditahan termasuk 77 wanita. Perkara yang menarik, demonstrasi pelajar pada kali ini bersifat kulli atau kolektif kerana diadakan di beberapa tempat di negara ini. Seramai 300 pelajar USM turut berdemonstrasi di Sungai Nibong dan seramai 200 pelajar Politeknik Ungku Omar berhimpun di depan Sekretariat Negeri Perak. Mohamad Ridhwan Bin Alias, Gerakan Mahasiswa di Universiti Malaya, 2004.

[3] Doktor Mahathir adalah insan keparat yang bertanggungjawab merogol aspirasi mahasiswa dengan memperkenalkan AUKU. Tiada guna bersimpati kepada Doktor Mahathir. Genius? Firaun membina Piramid yang kukuh sehingga beribu tahun. Geniuskah Firaun di mata kita?

Penulis merupakan mahasiswa tahun pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). (Kuliyah undang-undang Ahmad Ibrahim). Blog beliau ialah sampah sarap kehidupan

Isnin, Oktober 12, 2009

Kenyataan Media berkaitan isu penempatan


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan pendirian dan pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hasil perbincangan bersama semalam. Berikut merupakan kenyataan yang dihantar ke UPSIkini.

-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
8 OKTOBER 2009


Berhubung berkenaan isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan, kami mewakili pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berusaha mendapatkan maklumat serta perbincangan dengan beberapa pihak bagi merungkai isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan mahasiswa jurusan pendidikan di negara ini.

Menyedari tugas sebagai wakil pelajar, kami mengambil langkah untuk berhubung dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi mendapatkan pandangan serta pendirian mereka berkenaan isu yang berbangkit ini.

Pada 7 Oktober 2009, jam 9.30 malam, saudari Adriyani Yamin, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI yang dtugaskan untuk menghubungi Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan telah membuat perbincangan bersama beliau melalui panggilan telefon. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa ketetapan dan jaminan telah dibuat. Berikut merupakan penjelasan dan pendirian NUTP hasil perbincangan yang dibuat berkenaan isu ini :

• Pihak NUTP menegaskan isu kelewatan untuk penempatan bermula pada tahun hadapan adalah tidak relevan apabila dilihat pada statistik persaraan guru-guru sedia ada.

• Situasi semasa ( tahun 2010 persaraan guru lebih ramai) menunjukkan bahawa isu ini tidak mungkin berlaku, apabila lebih ramai guru-guru baru diperlukan untuk mengisi kekosongan guru yang ada.

• Pendidikan merupakan elemen penting walau di mana sekalipun, justeru adalah tidak relevan jika faktor kekangan kewangan dijadikan sebagai alasan menyebabkan mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan menjadi korban.

• Mahasiswa/i tidak perlu bimbang berkenaan dengan isu ini, dan melalui NUTP sendiri suara bakal-bakal guru ini boleh disalurkan dengan baik dan NUTP sedia membela bakal-bakal guru.

Justeru, kami berharap penjelasan dan pendirian NUTP ini boleh mengembalikan keyakinan dan semangat semua bakal guru, tidak kira sama ada di UPSI mahupun institusi lain untuk meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi seorang guru.

Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Adriyani binti Yamin
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Akmal bin Madzir
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Norhafizawati bt Mahmad Razali
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Nor Aqilah hanis Bt Mohd Yusof
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Arif bin Mohamad
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman
Exco kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Norhisham bin Che Hamid
Exco Kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Ahad, Oktober 11, 2009

::Pembekuan Penempatan Siswa Pendidikan::


Bangi - 5 OKTOBER - Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) memohon kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat penjelasan berkaitan isu pembekuan penempatan bagi mahsiswa Fakulti Pendidikan di Institiut Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan.

Menurut maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan mahasiswa di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI mengeluarkan kenyataan bahawa semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa 3 Oktober lalu.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat penjelasan agar mahasiswa terutamanya dalam bidang pendidikan tidak keliru akan isu ini. Hal demikian adalah berkaitan masa depan mahasiswa yang tidak boleh diperjudikan dengan mudah.

Menurutnya lagi, respon yang diterima daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan, mereka amat bimbang jika pembekuan penempatan ini benar-benar berlaku. Justeru, GAMIS memohon agar pihak kementerian menjelaskan situasi yang berlaku dengan sebaiknya. Jika tidak, masalah pengangguran di kalangan graduan akan semakin meningkat di negara kita.

Sekiranya tidak ada penjelasan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam masa terdekat, GAMIS akan bertemu menteri bertanggungjawab untuk mendapat penjelasan sebenar agar ianya tidak mendatangkan permasalahan kepada beribu mahasiswa dalam bidang ini.

Selasa, Oktober 06, 2009

Wacana Intelektual merentasi IPGM

Saya bukanlah seorang yang biasa membentangkan kertas kerja. Saya juga bukanlah seorang pemimpin yang lantang mengkritik kerajaan di demonstrasi walaupun hakikatnya saya ini juga seorang pemimpin .

Tetapi satu perkara sahaja yang saya amat benar-benar lakukan , membaca buku ! Bahan bacaan saya bukanlah buku atau nota kuliah ,tetapi buku-buku poltik, isu-isu semasa, tarbawi, haraki dan pelbagai lagi. Bahkan agak sesuai jika dikatakan pembacaan saya agak meluas terutama pembacaan berkenaan dengan isu pendidikan , gejala sosial, pemikiran dan sebagainya.

Antara buku yang amat saya gemari ialah Maalim fi-ttariq atau Petunjuk Sepanjang Jalan , karya Syed Qutb yang bagi saya amat realistik dengan apa yang Islam mahu dengan peranan sebagai seorang hamba Nya dalam menegakkan sebuah daulah Islamiyyah. Saya telah beberapa kali khatam buku ini.

Walaupun karya ini agak kontoversi kerana dikaitkan dengan golongan anak muda yang melampau dan separuh matang , Jemaah Takfir wal hijr , namun karya ini tetap menjadi pilihan saya. Bunga-bunga bahasa agak menarik dan tidak "membebankan " pembaca muda . Karya ini berbeza dengan sesetengah buku agama yang hanya bercakap sekadar teori termasuklah perkara tentang penegakan daulah Islamiyyah.

Malay Dilemma karya Tun Dr Mahathir turut menjadi buku kesayangan saya untuk dibuat perbandingan .Banyak perkara atau kritikan yang disentuh dalam Malay Dilemma itu sendiri yang kena batang hidungnya semasa era pemerintahannya ! Namun , banyak perkara yang disinggung beliau dalam karya ini menjadi renungan kepada kita, insan yang bergelar Melayu. Selain itu, berkenaan topik melayu juga , saya gemar membaca karya Rustam A. Sani , Dr. Daniel , Pahrol Muhammad Joui dan Prof Dr Sidek Baba yang setiap dari mereka menghuraikan konteks melayu dan Islam itu dalam perspektif yang berbeza , namun halatuju yang sama .

Hamka, Said Haawa, Muhammad Qutb .Hassan Al Banna , Syed Sabiq , Mustafa Masyhur , merupakan antara tokoh-tokoh tarbiyah yang saya baca bukunya. Buku Syed Naquib Al-attas ? Saya mengimpikan bahawa saya mampu memiliki dan memahami buku tersebut ! Dengar kata , ayat yang digunakan sungguh "lazat" terutama karyanya yang bertajuk "Islam and Secularism" .

Untuk buku yang berunsur pengetahuan agama ,saya sukakan buku-buk karya Dr Asri Zainul Abidin , mantan mufti Perlis yang berani , terbuka dan bebas. Hafiz Firdaus turut menjadi rujukan , mewakili golongan yang digelar sebagai profesional ustaz atau protaz.

Buku karya Rasul Dahari ? Saya masih takut-takut untuk membaca karya beliau . Mungkin disebabkan saya tidak berkesempatan . Mungkin. Mereka inilah yang dipanggil salafi atau wahabi atau kaum muda atau sahabat sunnah. Itu panggilan orang ramai sahaja, saya sebenarnya tidak berapa berani menyentuh isu ini terutama berkenaan dengan terma "wahabi".

Set buku yang menjadi kegemaran saya ialah Radical Essentials Pamphlet Series yang dikeluarkan oleh CITIZENS INTERNATIONAL. Terdapat banyak judul dalam siri buku ini. Antaranya ialah Where Shall We Begin? Enlightened Thinkers and The Revolutinary Society karya Ali Shariati , Why I am Not An American petikan pidato Malcom X , Pedagogy of The Oppressed -An Education for Humanization karya Paulo Freire , the Colonizer and Colonized oleh Albert Memmi dan beberapa judul lagi.

Satu lagi set buku yang menjadi rujukan saya ialah THINKING CAP , terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Di dalam siri ini terdapat judul-judul seperti How School Affects Your Kids, Understanding Globalization, Understanding International Organizations Beyond Customer Culture dan bebrapa judul lagi.

Namun ,apa juan jenis bahan bacaan pun , kena sedar bahawa semuanya bermula "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"

TNC (A&A): Penempatan ke sekolah dibeku bermula 2010

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.


Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.

Isnin, Oktober 05, 2009

IPG bila lagi?

Sejuta pelajar jadi golongan pelapis

KOTA BHARU 23 Sept. - Kerajaan sedang mengatur strategi dan pendekatan untuk menjadikan kira- kira sejuta pelajar di pusat pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara sebagai golongan pelapis yang bakal memimpin negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ini perlu untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berilmu bagi memimpin generasi akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, angka itu adalah sebahagian 25 juta rakyat negara ini sebagai suatu gelanggang penting yang bakal mencorakkan masa depan negara.

"Ini merupakan suatu cabaran yang harus dipikul oleh sejuta pelajar sama ada yang sedang menuntut di IPTA atau IPT di seluruh negara," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama pelajar IPT di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Mohd Shukri Salleh dan Naib Cancelor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Zainal Mohamed.

Justeru itu, beliau mahu pelajar bergiat aktif dalam pertubuhan-pertubuh an sukarela (NGO), termasuk Majlis Perwakilan Pelajar untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkaliber.

"Mereka juga perlu menjadi contoh ikutan dan mentor kepada pemimpin yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan masa depan negara, sesuai dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," kata Mustapa.

Mengenai pelajar anak Kelantan, beliau mahu mereka mempunyai iltizam yang tinggi untuk menjadi pemimpin sama ada di peringkat negeri dan pusat bagi menggantikan pemimpin yang ada termasuk menjawat jawatan menteri besar sendiri.

- Bernama

Legasi Da'ie : Jangan Jadi Ejen Sekular!

Kesempatan bertemu muka dengan mas'ul aku di sebuah kedai makan di Kadok, Kelantan membangkitkan seribu satu kerinduan terhadapnya yang kini menjawat jawatan tinggi dalam sebuah NGO yang secara langsung menguruskan hal ehwal kebajikan mahasiswa.


Banyak perkara yang kami bincangkan, antara topik yang banyak disentuh oleh kami ialah topik pentarbiahan. Betapa pentingnya sumber pentarbiahan dalam sesebuah gerakan dakwah di dunia. Aku yang kini dibebani sedikit jawatan dalam organisasi yang menguruskan pentarbiahan pelatih guru di IPG aku agak terkesan dengan pandangan beliau.


Kecamuk pengenalan "Gerakan Subuh" yang berjaya mencapai objektif untuk mengumpulkan jemaah solat subuh seramai solat Jumaat di sebuah tempat di utara yang digerakkan oleh Cikgu Azmi Abdul Hamid (Aku nak tahu rahsianya cikgu!!!) sehinggalah kisah pemuda pemudi Nilam Puri yang kian hanyut dibalun penangan Barat, tertolak ketepi oleh pertemuan yang kurasakan sangat singkat itu.


Antara soalan yang aku bangkitkan ialah:


Terdapat kecenderungan dalam kalangan segelintir para penggerak dakwah (juru Islah) yang cenderung memisahkan antara 3 ciri yang sepatutnya dimiliki sepenuhnya oleh para penggerak dakwah iaitu :

  • Penggerak dakwah sebagai aktivis mahasiswa dan masyarakat
  • Penggerak dakwah sebagai juru revolusi (revolusioner) dalam masyarakat
  • Penggerak dakwah sebagai pendakwah dalam kalangan masyarakat
Kita dapat lihat ada dalam kalangan penggerak dakwah suka bercakap pasal Islam ; pasal dakwah dan perubahan yang perlu untuk memperbaiki masyarakat. Namun, peribadi yang sama kurang mengamalkan akhlaq Islam dan tidak cenderung mengamalkan Islam dalam kehidupan. Dalam percakapan, hebat! Sarat dengan oposisi dakwah. Namun, ikhtilatnya tidak terjaga, amalannya pun tidak terjaga. Bahkan mereka suka mendabik dada, kurang rasa kerdilnya diri ini di hadapan Allah.




Begitu juhga kita dapat lihat, ada kalangan penggerak dakwah yang terlalu memfokuskan diri mereka para 'hal-hal kemasjidan'. Golongan ini 'berjaya' membentuk kelompok mereka tersendiri yang memisahkan mereka daripada kelompok 'bukan-kaki-masjid' ini. Mereka lebih suka ratib di pusat ibadat, tanpa ada usaha untuk membawa Islam di tengah-tengah masyarakat. Ada jugak begitu!




Ada juga dalam kalangan penggerak dakwah ini suka memperhatikan hal-hal sekitar dunia IPT mereka sahaja. Paling tinggi pun, mereka menguasai hanya serba sedikit hal-hal mahasiswa ini, tanpa peduli 'masyarakat luar' selain dunia kampus mereka. Jika ditanya apakah isu di Ambon, mereka akan menjawab isu kenaikan harga minyak sawit, atau pun apakah peranan Taha Hussien dalam mencorak pemikiran liberalisme dunia Arab (Mesir), mereka akan menjawab dia seorang ulama' yang menentang kepimpinan aliran fikrah takfir Gerakan Ahbash Almarhum Abdullah al-Haririy. Sungguh pelik jawapan mereka itu!




Lalu soalan itu dijawab oleh masul aku dengan wajah yang bersahaja namun sarat dengan isi-isi yang sangat berat :

Pihak yang cenderung memisahkan itu sebenarnya golongan yang cuba untuk menutup kelemahan yang ada pada dirinya. Dia tidak mahu mengubah kelemahan yang ada pada diri dia, bahkan dia menjadikan kelemahan itu sebagai satu 'kekuatan' pula pada dirinya. Pelik!




Jadi, terbentuklah golongan para penggerak dakwah yang berjaya memisahkan kehidupan dunia dan akhirat tanpa mengetahui merekalah sebenarnya antara agen yang mempelopori gerakan sekular ini tanpa mereka sedari.




Ayuhlah kita semua penggerak dakwah! Bangkitah kita daripada tidur yang panjang ini. Masa yang ada pada diri kita tidak memadai dengan segala tanggung jawab yang terbeban pada diri kita. Moga kita berjaya membentuk pemerintahan Islam dalam diri (memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip Islam) terlebih dahulu dalam diri sebelum mengzahirkannya kepada alam realiti. Ubahlah segaa sikap kita, mungkin sikap kita ini yang melembabkan gerak kerja dakwah kita.




Usahlah bertangguh lagi. Buang ego kita. Moga perubahan yang kita bawa dalam diri akan dapat membentuk persekitaran yang soleh dalam kalangan masyarakat sekitar kita. Salam jihad.




Sebarang perkongsian bolehah hubungi ana di talian 017-9216125. Selamat berjuang semua!
Dipetik daripada blog : Saifuddin Azzafaraniy

Sabtu, Oktober 03, 2009

Persada bantah ‘Beyonce: I Am..’, minta Jamil Khir bertindak tegas

  • Beyonce_Jay-z

    Alor Star 3 Okt 09:23a.m │ Dalam penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Beyonce Knowles 25hb ini di Kuala Lumpur, semakin banyak pihak yang memberikan kritikan dan bantahan kepada kedatangan artis berkenaan ke Malaysia.

    Penyanyi yang tampil dengan album ketiganya ‘I Am…Sasha Fierce’ pernah tersenarai dalam carta wanita paling seksi dunia dan dikritik hebat oleh beberapa NGO dan parti politik di Malaysia kerana didakwa “tidak menepati budaya dan kesopanan orang Timur”.

    Dalam pada itu, Persatuan Mahasiswa Darul Aman dalam suatu kenyataan kepada media menyatakan bantahan terhadap konsert artis berkenaan dengan alasan yang sama.

    Abdul azim abdul jamil[1]“Penyanyi yang ditampilkan jelas menampilkan etika sosial yang tidak sihat untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia. Pemakaian yang ditampilkan oleh penyanyi tersebut menjolok mata dan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan kepada rakyat negara ini. Penyanyi tersebut juga mempunyai rekod-rekod masalah peribadi yang jelas menyimpang dengan budaya rakyat ini,”ujar Abdul Azim Bin Abd Jamil, Exco Perhubungan dan Pengantarabangsaan semasa menjelaskan berkenaan kenyataan tersebut.

    Beliau juga yang merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaya (UTM) mendakwa konsert berkenaan yang pernah di sekat penganjurannya telah diluluskan dan dalam masa yang sama menyalahkan pendirian kerajaan yang memperakui kelulusan permit penganjuran konsert.

    “Kami (Persada) tuntut Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam , Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom agar tegas dan sentiasa memantau perkembangan perkara-perkara seperti ini. Kami juga mahu beliau mengesa kerajaan agar menarik kembali permit yang diberikan kepada pihak penganjur konsert tersebut,” tambah beliau tegas.

    Konsert yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil berkenaan merupakan jelajah dunia dengan tema ‘Beyonce “I Am…..” World Tour Live in Malaysia 2009’. Tiket-tiket konsert berkenaan telah mula dijual bermula awal Oktober kepada peminat.

    Terdahulu, Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (Pas) melalui Ketuanya, Nasrudin bin Hj. Hassan At-Tantawi mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap konsert tersebut.

    Dalam pada itu, Persada sebagai NGO anak muda Kedah melalui presidennya, Mohd Syazwan Ahmad memaklumkan bahawa badan tersebut telah diiktiraf oleh kerajaan negeri berkenaan sebagai badan NGO yang berkepentingan dalam menasihati kerajaan negeri dari sudut pandang sisi mahasiswa.-mahasiswakini

MEMORANDUM BANTAHAN FORUM PENYELARASAN UMAT PULAU PINANG (FORUM) TERHADAP TUNTUTAN BIADAP SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN UNDA



(A) Latarbelakang
Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi hari ini sebagaimana yang tersiara dalam The Star hari ini 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –
“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”
Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam yang sedang berkhidmat supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

(B) TINDAKAN SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP, kerana :-
• Menceroboh kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri-Negeri serta perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)

• Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan ;

• Menghina hukum Syarak yang sedang berkutakuasa melalui Enakmen-Enakmen Negeri, DAN

• Mengguris perasaan dan sensitivity beragama umat Islam

NGO-NGO ISLAM DENGAN INI SECARA SEBULAT SUARA MENDESAK :-

1. MENDAKWA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN TUNTUTAN MEMORANDUM YANG BERSIFAT MENGHASUT TERSEBUT.

2. MENYIASAT SUMBANGAN DANA YANG DITERIMA OLEH NGO-NGO INI TERUTAMANYA DARI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ATAU ORANG PERSEORANGAN LUAR NEGARA BAGI MEMBIAYAI KEGIATAN MEREKA YANG BERSIFAT MENGHINA AGAMA ISLAM DAN SETERUSNYA MENGHARAMKAN PERTUBUHAN BERKENAAN.

3. MEMBATALKAN PERMIT PENERBITAN AKHBAR DAN MEDIA YANG MENYUARAKAN PANDANGAN BERSIFAT MENGHASUT UNTUK MENGHAPUSKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI ATAU YANG MENGHINA AJARAN ISLAM (The Star 13 September 2009)

4. MEMECAT MENTERI KABINET DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG ENGGAN MENERIMA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DAN MENYOKONG TUNTUTAN NGO-NGO ISLAM YANG MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN SYARIAT ISLAM.

5. BERTEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMELIHARA AJARAN ISLAM DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA SELARAS DENGAN SUMPAH YDP AGONG SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6. MENGHORMATI KEBEBASAN MAHKAMAH SYARIAH DAN TIDAK MENCAMPURI URUSAN KEADILAN DI MAHKAMAH SYARIAH.

3 OKTOBER 2009
Forum Penyalarasan Ummat (FORUM)

Isnin, September 28, 2009

Islam Liberal ? Apa kaitan dengan mahasiswa keguruan?

Islam Liberal merupakan suatu ajaran atau pemikiran yang dinisbahkan sebagai tafsiran agama cara baru dan terkini. Jalur pemikiran golongan liberalis ini sebenarnya tidak mampu ditafsir kepada golongan-golongan tertentu ,sebagai contoh si anu yang membuat begini maka Islam Liberalllah dia. Ada sesetengah pihak seperti Sister In Islam (SIS) walaupun tidak menyatakan bahawa mereka secara terang-terangan "menganut " agama ini , tetapi dari segi tindak tanduk mereka melambangkan bahawa mereka telahpun "hadam" ajaran ini.

Saya suka menyebut ajaran sesat ini sebagai agama Islam Liberal kerana walaupun ajaran ini dinisbahkan kepada "Islam" itu sendiri, namun dari segi "roh" dan kefahaman Islam itu sendiri tidak ada dalam ajaran mereka. Mereka boleh diibaratkan sebagai pengikut ajaran sesat yang dikomersial dan dibenarkan di Malaysia. Banyak isu yang mereka timbulkan mendangkalkan pemikiran golongan agama dan mengelirukan masyarakat umum. Sebagai contoh isu, tudung, hudud, hak kesaksamaan wanita, dan sebagainya. Dalam artikel kali ini ,saya akan menerangkan secara umum berkenaan agenda Islam liberal ini bagi melahirkan masyarakat yang pada zahirnya Islam , namun pada batinnya "Islam mereka tercabut umpama anak panah terkeluar dari busur.

Sambung...

‘Gagasan Ta’dib Kepemudaan’ cetusan PKPIM ke arah selesai krisis generasi muda Malaysia

PKPIMKuala Lumpur 28 September 07:21a.m │ Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” dalam usaha menyelesaikan krisis dan masalah generasi muda Malaysia.

Majlis pelancaran “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz pada 6 September 2009 lalu bersempena dengan program Majlis Iftar Mahabbah (Miftah 09) yang bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

NGO tersebut juga menjelaskan bahawa faktor krisis hari ini bukan disebabkan kejahilan umat dalam agama memandangkan penyebaran ilmu tentang Islam telah tersebar meluas ke seluruh masyarakat, tetapi kekeliruan mereka dalam meletakkan Ad-din, Allah, Nabi, dan diri mereka di tempat yang sepatutnya seperti mana yang dituntut agama.

Dalam pada itu, NGO berkenaan dalam kenyataannya juga menjelaskan bahawa pelancaran gagasan berkenaan selaras dengan resolusi yang diputuskan bersama oleh pimpinan PKPIM Pusat dalam Induksi Pimpinan bertarikh 28-30 Ogos 2009 ke arah untuk membentuk suatu generasi yang ideal dan mampu menjadi suri tauladan terbaik kepada umat secara keseluruhan.

Dengan bermotokan Meneraju Generasi “Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur”, gagasan ini juga akan mengambil kira perencanaaan jangka panjang yang meliputi kerangka 25 tahun. Matlamat akhir gagasan ini adalah untuk menjadi medium penerus kesinambungan kepada kebangkitan ledakan ubudiyyah sekitar era 70-an lalu

Dalam perkembangan berkaitan, NGO tersebut dimaklumkan akan menjelmakan semula fenomena kebangkitan dakwah era 70-an tersebut untuk siri kedua sekiranya seluruh pihak berperanan dan beriltizam “merakyatkan” gagasan berkenaan kepada seluruh anak muda dan masyarakat kampus sambil mengakui masih lagi dalam proses perencanaan dan penyusunan.-mahasiswakini

Sabtu, September 26, 2009

Pada hemat saya...

Setelah beberapa bulan Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara melabuhkan tirai , setelah berpeluh-peluh resolusi dicadangkan semasa kongres itu berlangsung sudah tiba masa kita bertindak. Saya berkesempatan bertemu dengan Timbalan Pengerusi Sekretaraiat Pendidikan Islam Negara, Akh Amir Hamzah Akal Ali yang lebih dikenali sebagai Ibnu Ali di perhentian bas Kulim , Kedah. Pertemuan ini merupakan pertemuan yang dirancang sebenarnya. Saya sebelum ini hanya mengenali beliau melalui blog SPIN dan juga melalui blog beliau dan saya secara jujurnya tidak pernah mengenali beliau secara peribadi.
Ini merupakan pertemuan kali pertama .

Sempat sembang berkenaan SPIN , dan cadangan bagi merealisasikan apa jua resolusi yang telah dipersetujui semasa kongres hari itu. Orang yang "simple" , tetapi berfikiran agak kritikal terhadap pelbagai isu-isu yang berbangkit terutama yang berkaitan dengan pendidikan. Saya cuba ulas hasil perbincangan kami tadi secara terperinci dan ringkas. Fokus kami lebih kepada cadangan bagi menggiatkan lagi pergerakan SPIN ini setelah beberapa bulan senyap tanpa berita.

Antara hasil perbincangan tidak rasmi kami tadi ialah :


  1. Perlunya "teras-teras" Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN) mengadakan "roadshow" berkenaan PIN ini di insttut pengajian tinggi dan institut pendidikan guru bagi melatih penggerak-penggerak yang akan turun menjelaskan kepada sahabat-sahabat IPT mahupun IPG . Teras-teras ini(penggerak atau majlis tertinggi) hanya bertindak melatih dan memahamkan penggerak-penggerak ini dan pada masa yang sama merangka pelan-pean atau menjadi tangki pemikir (think tank) bagi PIN ini.Penggerak-penggerak pula akan dibahagikan kepada 2 kumpulan- Kumpulan pertama yang akan membuat roadshow ke IPT-IPT mahupun IPG yang mana Kumpulan teras masih tidak sampai ke sana. Kumpulan kedua ialah golongan yang akan membuat halaqah (usrah) di sekolah-sekolah rendah mahupun menengah berdasarkan silibus usrah yang telah dirangka .
  2. mewujudkan satu kumpulan yang berperanan untuk menjalankan uji kaji dan kajian dengan turun ke tengah-tengah masyarakat.Kumpulan ini akan mengumpulpandangan bakal guru , mahasiswa , orang ramai mahupun profesional melalui survey yang dijalankan dengan cara diskusi. Cadangan saya supaya SPIN mengadakan satu program di mana mereka mengumpul golongan yang telah saya sebutkan tadi dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan merupakan campuran antara golongan-golongan tersebut. Dalam diskusi itu kita akan mengutip sebanyak mana cadangan atau langkah penyelesaian mengikut perspektif golongan yang berbeza. Ini bagi mewujudkan perbincangan yang mampu melihat dari segi aspek yang lebih meluas. Jika hanya melibatkan satu golongan sahaja , ambil contoh mahasiswa, dikhuatiri terdapat juzuk-juzuk tertentu daripada hasil perbincangan yang agak "tempang" . Hasil daripada survey(atau soal selidik ) ini akan diserahkan kepada Kumpulan teras tadi untuk diperhalusi dan diperbincangkan .
  3. Memaksimumkan penglibatan mahasiswa keguruan (guru pelatih) IPGM dengan SPIN ini bagi melahirkan guru-guru yang mampu menjadi murabbi yang unggul kepada murid-murid.

Jumaat, September 25, 2009

Mungkin saya sedang berangan atau bermimpi..

Apabila difikirkan balik tentang artikel-artikel saya berkenaan mahasiswa keguruan yang lepas (buka kategori GURU) , saya dapati mungkin ada sesetengah artikel yang saya tulis itu lebih bersifat lokaliti, iaitu lebih bersifat pengamatan dan kritikan saya dengan perkara yang berlaku di IPGM saya. Ada sesetengah artikel pula lebih bersifat umum, iaitu tidak terarah kepada mana-mana IPGM, namun kritikan itu turut terselit untuk direnungi oleh bakal guru . Ada yang lebih bersifat guru, iaitu bebas daripada mana-mana skop yang bersifat mahasisa keguruan (atau dengan lain kata :guru pelatih), iaitu guru dengan maksud guru yang sebenar.

Artikel-artikel tersebut merupakan pandangan saya sendiri terhadap permasalahan yang melanda bakal-bakal guru dari perspektif guru pelatih itu sendiri ,bahkan kritikan itu dengan kata lain mengenai diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru. Saya banyak merenung dan berkongsi dengan sahabat-sahabat saya dari IPT-IPT mahupun IPG-IPG sendiri sebelum saya merumuskannya di dalam artikel saya . Mungkin artikel saya ada yang berpandangan bahawa lebih bersifat terawang-awangan , tidak realistik , non informatic article mahupun apa jua istilah yang melambangkan 'kekurangan' namun dari segi kalimahnya , terselit kata-kata nasihat di situ.

Seandainya ditanya apakah halatuju kamu sebagai seorang daie dalam menerbitkan artikel seumpama ini . Jawaban saya ialah sebagai seorang daie saya haruslah mengajak manusia ke arah kebenaran , dengan lain kali mengislahkan seseorang itu. menjadi lebih terbuka dan progresif serta berpandangan jauh . Pemikiran saya lebih kepada aktivisme, mungkin disebabkan pergaulan saya yang amat rapat dengan sahabat-sahabat daripada Universiti Sains Malaysia Kampus Minden Pulau Pinang, sehinggakan ada sesetengah mahasiswa USM bertanya kepada saya ,saya di USM ambil jurusan apa. Tidak melampau dikatakan bahawa, sahabat-sahabat yang mengenali saya di USM (yang mngenali nama) lebih ramai bilangannnya berbanding di IPGM saya!

Saya melihat pada suatu hari nanti, mungkin dalam masa lebih kurang 10 tahun lagi (atau kurang) akan wujudnya satu ikatan atau organisasi yang menggabungkan mahasiswa keguruan Islam di Malaysia sepertimana para mahasiswa IPT-IPT di Malaysia mampu berbangga dengan pertubuhan GAMIS atau GPMS. Bagi saya ini bukan merupakan satu yang mustahil untuk dilakukan disebabkan di Malaysia sekarang telah wujud 2 ikatan guru pelatih yang mewakili zon-zon tertentu (maaf-tidak harus dikongsikan di sini) . Bersama-samalah menggembleng tenaga dan usaha dalam mewujudkan ikatan IPG-IPG dalam satu-satu zon. Insyaallah, jika Allah s.w.t mengizinkan pembentukan gabungan mahasiswa keguruan Islam di seluruh Malaysia akan dapat dilakukan. Antara peranan gabungan ini adalah untuk menggabungkan "suara"mahasiswa keguruan(atau dengan bahasa lembut: guru pelatih) yang beragama Islam di IPG-IPG di seluruh Malaysia seterusnya mampu menjadi "golongan pendesak" bagi mahasiswa keguruan Muslim di peringkat nasional. Bersama-samalah mendoakannya.

Saya melihat juga, satu hari nanti, kesedaran guru pelatih tentang tanggungjawab dan hak mereka sebagai bakal pendidik generasi akan datang akan bertambah. Kesedaran ini bermaksud, mahasiswa keguruan tidak akan sentuh lagi atau berbicara lagi tentang perkara-perkara bodoh (atau kurang penting) seperti makan dah ke belum, assignment dah siap ke belum, mengumpat dan membicarakan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan permasalahan murid-murid (atau ummah) yang semakin hari semakin terhakis nilai Islami dan ketimurannnya. Mahasiswa keguruan tidak lagi melihat isu-isu semasa sebagai isu yang "pantang disentuh" , tiada kaitan dengan profesion mereka, tidak penting dan sebagainya. Sebagai contoh, isu gejala sosial. Berapa ramai guru pelatih di sini yang sanggup turun ke lapangan berdakwah kepada masyarakat dan meilhat sendiri generasi muda hari ini? Saya rasa tidak ramai.

Saya juga melihat, suatu hari nanti, mahasiswa keguruan akan bangkit menentang sebarang akta mahupun peraturan yang menyekat mereka dalam menyertai sebarang organisasi di luar IPG . Sebenarnya hasil daripada penguatkuasaan akta ini hanya menghasilkan robot-robot, lcd projektor , video tape rekorder atau apa jua aparatus yang melambangkan aparatus yang merakamkan proses p dan p di IPG sebelum ditayangkan di hadapan murid-murid. Mana mungkin manusia akan dilahirkan hasil ajaran aparatus-aparatus ini? Akta ini amat perlu ,namun sesetengah perkara yang menyekat perbezaan pendapat ,percambahan pemikiran dan idelaisme haruslah ditentang. Penyertaan mahasiswa keguruan dalam persatuan atau badan bukan kerajaan adalah perlu kerana mereka dengan sendiri akan didedahkan dengan pelbagai perkara yang menjadi "arus" dalam masyarakat seperti gejala sosial, Islam Liberal, mustadh'afin , hak-hak kemanusiaan , isu-isu aqidah dan sebagainya. Apabila mereka didedahkan dengan realiti ini ,secara automatik mereka akan cuba menyemai nilai-nilai murni (yang bertentangan dengan nilai-nilai kufur ingkar tadi) dalam kalangan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

Pada pandangan saya juga , kita sebenarnya dalam usaha melahirkan ramai guru-guru yang mengajar subjek kritikal ( seperti Bahasa Inggeris, Sains , Matematik dsb) , namun berfikrah Islam. Ini sebenarnya perkembangan yang amat positif dalam melahirkan generasi-generasi pelapis negara yang mampu memacu negara ke arah sebuah negara yang maju berlandaskan al-qur'an dan hadis dan berkonsepkan permuafakatan dalam pentadbiran antara ulama dan umara. Ini lah hasil penerusan banyak program yang menjurus tentang agama setelah melihat banyak kepincangan atau ketidak sempurnaan (atau dengan kata lain :unsur berat sebelah) yang ada dalam sistem pendidikan negara. Seandainya diharapkan dengan pembelajaran agama mahupun moral di sekolah rendah dan menengah, saya secara peribadi berpendapat bahawa itu amat tidak mencukupi. Tambahan lagi dengan peperangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang dicetuskan oleh penyesat-penyesat sekeliling . Sebagai contoh media massa dan rakan sedarjah dsb.

Namun berbalik kepada tajuk artikel ini- mungkin saya sedang berangan atau bermimpi- Saya harap tidak!

Khamis, September 24, 2009

Beberapa Solusi Untuk Melahirkan Guru yang Rausyanfikir Terhadap Permasalahan Masyarakat

Ini merupakan antara cadangan , pemikiran dan sousi yang dapat saya simpulkan hasil sumber pembacaan saya, perbincangan bersama teman-teman dan orang-orang berkenaan dan juga hasil pemikiran saya sendiri bagi melahirkan bakal guru yang lebih bersifat realistik (menyedari dan ambil tahu isu-isu yang melanda masyarakat) , holistik (bersifat menyeluruh dari segi moral dan akhlak yang baik, mempunyai pegangan agama yang stabil, berfikiran terbuka ) ,aktivis (mampu turun kepada masyarakat dalam mendepani isu-isu semasa/cakna terhadap isu semasa) dan menjadi kudwah hasanah(contoh ikutan yang baik) terhadap murid-murid dan masyarakat sekeiling.

Antara solusi yang dapat saya simpulkan di sini adalah:

  1. Bakal-bakal guru seharusnya terdedah (atau dengan kata lain :mendedahkan diri mereka) dengan segala persoalan atau permasalah yang melanda masyarakat umum . Dengan kata lain ,guru pelatih seharusnya sentiasa turun ke tengah-tengah masyarakat melalui penglibatan dalam apa jua program yang dianjurkan oleh IPGM mahupun badan bukan kerajaan Antara program yang boleh disertai adalah dalam bentuk menganjurkan program motivasi, dakwah turun ke lapangan ,menyertai forum isu-isu semasa di samping program yang wajib disertai oleh sahabat-sahabiah yang mengikuti usrah seperti daurah, mukhayyam , jaulah mahupun ziarah. Kita sebagai mahasiswa keguruan seharusnya tidak terikat dengan paradigma Bina Ihsan Guru sebagai medium bertemu dengan masyarakat disebabkan program B.I.G ini hanya diadakan sekali dalam satu semester. Tambah-tambah lagi program ini lebih bersifat "tugasan" , bukan bersifat penghayatan yang seolah-olah "memaksa" mahasiswa keguruan untuk turun ke lapangan masyarakat.
  2. Banyakkan terlibat dengan aktiviti yang lebih bersifat kepimpinan dan memerlukan kita bertindak sebagai pemimpin. Sebagai contoh melibatkan diri dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM lokaliti
  3. Wajibkan membaca dalam diri bukan sahaja buku/artikel /risalah yang berkaitan dengan akademik atau subjek yang dipelajari ,tetapi turut melibatkan buku-buku yang berada di luar konteks (pembelajaran atau kuliah ) seperti politik , agama , bangsa, permasalahan sosial , isu-isu antarabangsa, , haraki dan tarbiyah ,pemikiran yang melanda masyarakat dan pelbagai subjek lagi. Ironinya, topik-topik ini hanya dihadam oleh sesetengah mahasiswa keguruan sahaja seperti mahasiswa yang mengambil subjek agama, kajian sosial dan kursus yang berkaitan dengannnya. Selain itu, buku peraturan IPGM dan Akta 174 hendaklah dihadam sepenuhnya bagi setiap aktivis mahasiswa keguruan sebagai satu bekalan atau panduan kita semasa ditimpa masalah hasil kerja golongan minda tertawan , pengampu beserta kroni-kroninya.
  4. Banyakkan bergaul dengan sahabat-sahabiah dari IPGM mahupun IPT yang lain. Ini menjadi sumber percambahan idea dan pemikiran. Selalunya mahasiswa keguruan kita lebih suka bergaul dengan kalangan sendiri . Ini hanya menghasilkan mahasiswa keguruan yang jumud, sempit pemikiran namun sombong dengan identiti sendiri. Selain itu, penglibatan mahasiswa keguruan dengan badan bukan kerajaan juga harus digiatkan walaupun ia secara jelas dan nyata melanggar peruntukan yang ada dalam Akta 174.
  5. Sentiasa menganjurkan program melalui apa jua saluran. Seandainya anda memegang usrah ,lakukan program bersama adik usrah anda. Begitu juga para pemimpin yang memegang jawatan dalam IPGM masing-masing. Teruskan bergerak. Jangan tidur lagi.
  6. Jaga amalan yang berkaitan kerohanian sebab itu merupakan sumber kekuatan bagi penggerak-penggerak mahasiswa keguruan dan bakal para graduan keguruan yang akan menjadi sebagai pendakwah di lapangan masyarakat (sekolah) kelak.
Kita sering terperangkap dengan polemik atau retorik golongan yang sering melaung-laungkan kata-kata "thinking out of the box", namun pada masa yang sama menyekat idealisme , aktivisme dan pengislahan yang bangkit di kalangan mahasiswa keguruan dengan mengenakan pelbagai sekatan dan peraturan yang tidak relevan lagi zalim. Bagaimana kita ingin lahirkan mahasiswa keguruan yang mampu menyumbangkan idealisme, yang mempunyai semangat patriotik dan patuh terhadap negara (bukan patuh membuta-tuli terhadap kepimpinan yang zalim lagi korup!) serta yang mempunyai kesedaran yang tinggi apabila semua sumber-sumber yang menuju ke arah itu disekat dan "dikembirikan"?

Kita juga sering terperangkap dengan ketakutan yang tidak bersebab terhadap Akta hantu, akta 174 yang seolah-olah begitu rakus mencari mangsa , sedangkan jika kita lakukan secara berhemah ,nescaya kita mampu mengharungi akta ini dengan jayanya. Kita kena ingat bahawa kita lakukan ini kerana Allah semata-mata. Bukan atas nama hawa nafsu seperti pemilik vcd lucah yang turut sama termaktub hukumannya di dalam akta tersebut.

Rabu, September 23, 2009

SIS agen musuh Islam - Ketua Dewan Ulama PAS





HULU TERENGGANU, 21 Sept:" 'Sisters In Islam' (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang.

"cuba tanya 'Sisters In Islam' kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman itu Islam dia tentang, maknanya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib yang dipetik oleh Buletin Online ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markas Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Di bawah dipaparkan kenyataan penuh Dato' Ustaz Harun Taib:

___________________________________________________________

Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.

Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil �maklum minaddin bi darurat�- semua orang Islam tahu.

Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

Jadi kita nak katakan tindakan 'Sisters In Islam' itu apa dia?

Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya �Sisters In Islam� kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam ! _


Selasa, September 22, 2009

PERLAKSANAAN HUKUM SEBAT KE ATAS KARTIKA – SIS JANGAN GANGGU

Tindakan Sister in Islam menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan perlaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewii Sukarno dalam kes kesalahan minum arak oleh Jabatan Agama Islam Pahang , adalah tindakan menentang perlaksanaan hukum syariah di negara ini.

Jelas tindakan SIS adalah beragenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini..

TERAS membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Perlaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat perlaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan diperingkat masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara.

Kami mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat perlaksanaan hukuman syariah dinegara ini.

Pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang menjadi latarbelakang fikiran SIS.

Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah..

TERAS dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak . Undang-undang yang jelas diluluskan melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kekhuatiran.

Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar , namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah hendaklahlah dipertahankan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

presiden TERAS

Isnin, September 21, 2009

Hukuman sebat, apa agenda SIS? - Teras

Harakahdaily
Sun | Sep 20, 09 | 5:12:01 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS) menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras.

"Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat pelaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan di peringkat masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, Teras mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat pelaksanaan hukuman syariah di negara ini.

Dakwa Azmi,pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang menjadi latar belakang fikiran SIS.

"Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah.

"Teras dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. Undang-undang yang jelas diluluskan melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kekhuatiran.

"Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar , namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah hendaklahlah dipertahankan,"tegasnya.

Sabtu, September 19, 2009

Utusan yang bebal

Hari tu JIM sudah dikaitkan dengan pertubuhan yang memperjuangkan misi visi ekstremis oleh Jeff Ooi laknatullah, kali ini Utusan seumpama mengiya-iyakan perkara ini. Mungkin kesilapan ini kesilapan dilihat kecil, namun kesannya amat besar


Aidilfitri ini lebih bermakna bagi kembar

MARAN 17 Sept. - Sambutan Aidilfitri kali ini pasti berbeza buat dua saudara kembar bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Muhammad Amir dan Ahmad Kamil Md. Hanapiah, 31, yang dibebaskan oleh kerajaan kelmarin.

Pembebasan tersebut membolehkan kedua-dua bekas anggota militan Jemaah Islamiah (JIM) yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak itu merayakan Aidilfitri bersama anak dan isteri masing-masing selepas terpisah selama dua tahun empat bulan.

Sebelum ditahan, Muhammad Amir yang beralamat di Felda Jengka 15 di sini bekerja di Petaling Jaya, Selangor manakala abangnya, Ahmad Kamil tinggal di Klang, Selangor dan bekerja di Pelabuhan Klang.

Ketika dibebaskan berlaku sedikit kekeliruan apabila Muhammad Amir dihantar ke rumah abangnya di Klang dan Ahmad Kamil dihantar balik ke Felda Jengka 15.

''Ini menyebabkan proses untuk mengubah maklumat peribadi kami berdua mengambil sedikit masa,'' kata Muhammad Amir kepada Utusan Malaysia di rumahnya di Felda Jengka 15 di sini hari ini.

Lelaki itu mengakui amat merindui isteri dan dan tiga anaknya yang tinggal bersama ibunya, Maimunah Abdullah, 60, manakala ayahnya, Md. Hanapiah Mat Alim meninggal dunia empat tahun lepas.

''Semasa mula ditahan, anak bongsu saya, Ubaidah Harith berusia lapan bulan dan kini dia sudah berusia tiga tahun dan petah berkata-kata manakala anak sulung, Fathur Rahman kini sudah berusia lima tahun dan anak kedua saya, Uwaris Karami kini berusia empat tahun," ujarnya.

Kembar itu merupakan dua daripada lima individu yang dibebaskan daripada tahanan ISA kerana terlibat dalam JI kelmarin.

Kata Muhammad Amir, dia kagum dengan ketabahan isterinya, Hidayu Karulzaman yang sabar memelihara dan membesarkan anak-anak serta menghadapi cabaran dan pandangan serong segelintir masyarakat.

Jelasnya, perkara pertama yang dilakukan selepas dibebaskan adalah 'menatap langit dan bintang' kerana hampir tiga tahun tidak dapat menikmati keindahan dan kebesaran Allah pada waktu malam semasa tinggal di Kem Tahanan Kamunting.

Lelaki itu yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan elektrik berkata, dia dan abangnya terpengaruh dengan gerakan JI ketika masing-masing menuntut di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor.

Katanya, naluri adik beradik kembar menyebabkan mereka sama-sama terlibat dengan kegiatan JI walaupun pada asalnya tujuan mereka adalah untuk mendalami Islam.

Tambahnya, selepas Aidilfitri nanti dia akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya dan memulakan hidup baru.

Sementara itu Maimunah berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan yang dipendam sejak lebih dua tahun dan sentiasa berdoa memohon Allah membebaskan kembar itu yang merupakan anak bongsunya dari tahanan ISA secepat mungkin.

Menurutnya, setiap hari raya kedua Aidilfitri atau Aidiladha, dia akan ke Kem Tahanan Kamunting menemui kembar berkenaan.

Sementara itu di KLANG, Ahmad Kamil mahu merayakan Aidilfitri sepuas-puasnya bersama isterinya yang bertugas sebagai guru, Nor Masroyah Tayib, 32, dan anak mereka, Ahmad Usama Faaiq, 7.

Ketika ditemui di Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong dia memberitahu, ketika ditahan kerana terlibat dengan kumpulan militan JI pada Mei 2007, dia telah meninggalkan mereka berdua tanpa dapat memberi nafkah.

"Saya sering memikirkan soal mereka sehingga menitiskan air mata kerana perasaan rindu yang teramat sangat lebih-lebih lagi ketika umat Islam berpuasa dan menyambut hari raya.

"Alhamdulillah Aidilfitri kali ini saya dapat kembali ke pangkuan mereka," ujarnya.

Menceritakan pembabitannya dalam JI, Ahmad Kamil memberitahu, pada peringkat awal dia tidak menyedari bahawa kumpulan berkenaan adalah kumpulan militan kerana ketika itu tujuannya adalah untuk mendalami agama Islam.

''Ketika itu saya masih menuntut dalam jurusan sains UTM. Lama kelamaan saya mula terpengaruh dengan ideologi kumpulan berkenaan selain kerap mengikuti pelbagai program usrah anjuran kumpulan itu di dalam dan luar negara.

"Pembabitan saya dalam JI tidak pernah diketahui isteri sehinggalah saya ditahan pada 2007," jelasnya yang pernah bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat logistik.

Khamis, September 17, 2009

"Minta maaf ,akh.. ana tak layak berada bersama antum semua"

Kira-kira seminggu lepas, selepas sahaja program Simposium Bring Islam Back (SBIB) berlangsung , saya menerima panggilan daripada seorang akhawat yang menyatakan ketidaklayakan beliau untuk bersama-sama "kami" dalam menggerakkan JUNDIYY dan ingin "keluar" dari jaringan ini . Antara alasan atau sebab yang beliau berikan kepada saya, selain sebab tidak layak bersama kami , adalah beliau masih baru dalam dakwah , dan beliau mempunyai tanggungjawab yang lain yang memerlukan komitmen sepenuhnya daripada beliau .

Beliau seolah-olah nekad untuk tidak bersama "kami" yang dirasakan terlampau "tinggi" dan "hebat". Saya akhirnya memberi beliau satu kata putus bahawa saya tidak ingin beliau memberikan jawapan terus pada malam tersebut( sebab beliau menelefon saya pada waktu malam selepas tarawih) , tetapi saya inginkan jawapan pada keesokan harinya. Saya juga sempat memberi sedikit "tazkirah" untuk beliau, sekadar menjawab alasan yang telah beliau berikan .

1. Tidak layak bersama penggerak-penggerak yang lain-

saya menyatakan kepada beliau , seandainya beliau terus "melarikan diri" apabila dirasakan
tidak layak , bilakah masanya yang beliau rasakan diri beliau layak bersama kami. Saya menambah , seandainya orang Islam sering merasa lemah, merasa diri ini tidak sempurna tidak baik , terus dalam pemikiran tak layak untuk menggerakkan dakwah, siapakah yang akan layak memebawa urusan agama ini ? Adakah beliau menunggu untuk menjadi seorang yang benar-benar "sempurna" , dengan lain kata menjadi seorang ustaz ,ustazah ataupun mufti atau kadi dan sebagainya .Sedangkan seandainya dilihat pada hari ini ,orang-orang kafir dan munafik setiap masa mencari kelemahan dan kekurangan dalam islam . Mereka dengan penuh berani mencabar kerelevanan syariat Islam (seperti dalam kes Jeff Ooi), meminta supaya mengkaji semula syariah Islam di Malaysia (Sister In Islam) serta melabelkan agama Islam ini sebagai (dengan maaf -f*cking religious- ditulis di dalam blog oleh seorang wakil rakyat DAP berhubung isu Ustaz Ridhuan Tee Abdullah menyatakan tidak layak anak BengHock diisytiharkan sebagai "anak halal" ). Ini diburukkan lagi dengan kejahilan dan kebodohan segelintir umat islam sendiri berhubung perundangan Islam sehingga undang-undang syariah dipandang sebagai undang-undang menindas, menzalimi orang ramai dan bias kepada lelaki dengan mengenepikan hak asasi seorang wanita(lihat laporan berita berhubung isu Kartika-menteri seolah-olah baru hari ini kenal Islam).

2. Masih baru dalam dakwah

Saya menyatakan kepada beliau bahawa setiap orang ada fasa barunya iaitu fasa permulaan bagi perjalanan yang jauh dan memenatkan ini . Fasa ini wajib dialami oleh setiap penggerak dakwah. Seumpama seorang bayi yang baru dilahirkan , kemudian belajar merangkak , seterusnya bertatih , berdiri , berjalan sebelum belajar untuk berlari . Begitu juga sebagai seorang pendakwah. Daripada seorang mad'u atau murid yang mentah isi akal dan ilmunya, berganjak menjadi mujahid dalam bidang yang mulia ini. Mana mungkin kita menggapai awan seandainya kita tidak mampu pun untuk berdiri, sebagai perlambangan kepada usaha pentarbiyahan dan penucian jiwa yang berterusan. Sebab ini tidak patut dijadikan sebagai satu alasan yang "mentah", semata-mata ingin "menolak" kewajipan yang Allah s.w.t perintahkan kepada ummat ini. Ummat memerlukan kita semua sebagai pembangkit izzah dan kerukunan Islam itu sendiri.

3. Komitmen terhadap organisasi yang lain

Saya secara perlahan-lahan memberitahu kepada beliau sebab ini juga tidak patut dijadikan sebagai satu sandaran . Memang sesetengah pihak beranggapan bahawa cukuplah hanya menyertai sebuah badan atau organisasi sahaja, tidak perlu banyak. Namun , saya secara jujurnya memberitahu kepada beliau JUNDIYY bukan merupakan tanzim baru . JUNDIYY juga tidak memerlukan ahli jemaah yang bernaung di bawah JUNDIYY untuk menggadai prinsip pentarbiyahan dan gerak kerja wadah yang mereka sertai. Dan secara jelas JUNDIYY tidak dibina untuk membebankan penggerak-penggerak dakwah. Jadi , amat silap seandainya dikatakan pembabitan ahli dalam JUNDIYY akan mengganggu gerak kerja dalam tanzim atau wadah yang disertai. Setiap orang mempunyai komitmen masing-masing terhadap wadah , pelajaran dan gerak kerja dakwah mereka. Namun untuk memberi alasan seperti di atas. boleh diamalkan , tetapi amat tidak digalakkan. Moga-moga Allah berkati usaha dan jiwa kita ini. Insyaallah.

Rabu, September 16, 2009

Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan

wasif.

Oleh: Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad*

(Dibentangkan pada Konvensyen Transformasi Malaysia 13 September 2009
anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(PKPIM-GAMIS-KARISMA-DEMA-KAMI)

“Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan”

Pendahuluan

Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan semata-mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan tersebut.

Membangun sambil meroboh?

Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan budaya ilmu dan pastinya yang dituntut dan menjadi tonggak utama sesuatu tamadun itu ialah kekuatan budaya ilmu di kalangan generasi mudanya.

Dalam keghairahan kita menyambut ulang tahun ke 52 kemerdekaan negara Malaysia,jangan sampai kita mengabaikan aspek pembudayaan ilmu di kalangan generasi muda Malaysia.Amat malang bagi masa depan negara tercinta,Malaysia seandainya kita hanya sibuk membangunkan aspek fizikal dan material semata-mata bahkan berbangga-bangga dengan segala pencapaian lalu dan pada masa yang sama lupa untuk membangunkan generasi muda kini.

Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.

Persoalannya,apakah kita sudah membangunkan generasi muda Malaysia dengan kekuatan budaya ilmu ataupun turut sama menyumbang kepada usaha merobohkan generasi muda Malaysia?

Budaya ilmu VS budaya peperiksaan

Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.

Menurut beliau,

’’Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.

Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.

Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.

Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.

Realiti kampus universiti masa kini

Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.

Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.

Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh

Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’

Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.

Memperkasa tradisi intelektual anak muda

Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut.

Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat.

Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok kecil atau usrah mahasiswa yang sistematik.

Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang usrah tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti.

Sebelum berlangsungnya usrah tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran.

Mahasiswa yang aktif menyertai usrah kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan.

Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.

Melawan krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu

Usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penghantar ilmu dan pendidikan di peringkat tinggi bagi semua bidang ,bahasa sains dan teknologi , bahasa pemikiran serta bahasa tamadun sudah lama diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Perjuangan mereka seringkali dipandang sinis oleh golongan yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu,yang dijajahpemikiran mereka oleh ‘penjajahan bahasa’ akibat terpukau dengan kaca yang disangka emas belian lantas bersikap seperti kacang melupakan kulit dengan terlalu memuja dan mendewa-dewakan bahasa asing sehingga sanggup memperlekeh dan menghina bahasa ibunda sendiri.

Padahal pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang lantang bersuara mempertahankan bahasa melayu itu sama sekali tidak pernah menafikan kepentingan menguasai bahasa asing bahkan menyeru semua pihak menguasai sebaik mungkin bahasa-bahasa dunia.

Cuma yang menjadi harapan para pejuang Bahasa Melayu ialah dalam keghairahan kita menguasai bahasa asing dan atas alasan pembangunan,kemajuan dan era globalisasi, jangan sesekali kita mengabaikan dan menyingkirkan bahasa melayu.

Tidak ada bangsa yang besar di dunia yang maju dengan menyingkirkan bahasanya sendiri!!!

Inilah antara prinsip yang selamanya akan dipegang oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Tatkala wujud golongan yang meragui dan cuba memandang rendah keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu , wujud juga rakyat Negara asing daripada beberapa buah Negara seperti Rusia,China,Yaman,Uzbekistan dan Iran yang berusaha keras mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu bahkan mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia!!!

Ini merupakan tamparan hebat kepada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bahkan yang lebih menyedihkan lagi mereka sendiri memperlekeh segala usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Kepada rakyat Malaysia yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu ini kita nasihatkan supaya menyelami keindahan sastera dan kesenian Bahasa Melayu terutamanya melalui kajian terhadap puisi,sajak,peribahasa,gurindam,pantun dan lain-lain lagi dan cuba bertutur dalam Bahasa Melayu baku bukannya bahasa rojak yang mencemarkan keindahan bahasa melayu dan boleh juga mempelajari Bahasa Melayu yang betul daripada rakyat asing yang mempelajari Bahasa Melayu!!!

Semoga rakyat Malaysia terus yakin dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu,bahasa rasmi ,bahasa kebangsaan,dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia!!!

Penutup

Generasi muda perlu terus memperkasakan dan memberi penekanan kepada perjuangan pendidikan.Hanya dengan pendidikan ,perubahan yang diimpikan itu mampu direalisasikan.Tradisi ilmu dan keintelektualan perlu terus diperjuangkan dan segala usaha anti ilmu dan proses pembodohan perlu ditentang dan dilawan.Biar kelihatan lambat dan memakan masa yang panjang namun perjuangan pendidikan pasti akan melahirkan perubahan kelak.

—————-

*Penulis pernah memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan kini sebagai Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Terlibat secara langsung dalam aktivisme dan aktiviti intelektualisme mahasiswa.

Rabu, September 09, 2009

Pemansuhan PPSMI: PKPIM GESA KERAJAAN BERTEGAS


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa agar pihak Kementerian Pelajaran bertegas untuk terus mempertahankan keputusan yang dicapai untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

PKPIM menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan pada pada 8 Julai lepas terlalu rapuh dan boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik.

Dalam pada itu, terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa tempoh pemansuhan dasar PPSMI berkenaan akan berlanjutan dari 2012 sehingga ke tahun 2016. Bagi PKPIM tindakan untuk melanjutkan tempoh pemansuhan dasar berkenaan menunjukkan suatu petanda bahawa dasar PPSMI ini mungkin tidak akan dimansuhkan dan sebaliknya akan terus dikekalkan dalam sistem pendidikan negara.

Persoalan yang perlu dijawab adalah mengapa tempoh pemansuhan ini memakan masa terlalu lama? Sedangkan tempoh yang digunakan oleh kerajaan untuk memperkenalkan dasar PPSMI ini hanya memakan masa selama lima bulan 11 hari.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maka, PKPIM menuntut agar pihak kerajaan tidak tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mewakili suara individu dan minoriti yang mahukan dasar PPSMI dikembalikan.

Dalam pada itu, PKPIM juga menggesa pihak kerajaan untuk menyediakan “pelan penyelamatan” kepada pelajar-pelajar yang terkorban ekoran dari dasar PPSMI ini khususnya mereka yang tinggal di luar bandar dengan memberikan suatu bentuk alternatif yang terbaik untuk mereka melanjutkan pelajaran.

Menurut statistik kerajaan, dasar PPSMI yang telah dijalankan selama enam tahun telah mengorbankan lebih kurang tiga juta pelajar yang tinggal di luar bandar. Maka, sebagai kerajaan yang memerintah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memikirkan cara yang terbaik bagi menyelamatkan golongan yang terkorban ini.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga mengkritik hujah Tun Dr Mahathir dalam temu bual bersama Mingguan Malaysia ahad lalu yang menyatakan bahawa jika PPSMI berpatah balik hubungan kaum akan renggang memandangkan mereka belajar di sekolah pelbagai aliran. Adakah kita mahukan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa perpaduan kaum sedangkan teras dalam membentuk identiti bangsa Malaysia adalah bahasa Kebangsaan.


MUHAMMAD FAISAL BIN ABDUL AZIZ
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

(19 Ogos 2009)