Prof. Khoo Kay Kim said...

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim

Rabu, Julai 30, 2008

Adnan Ibrahim
Tue | Jul 29, 08 | 10:51:12 am MYT

Ternganga juga mulut penonton Buletin Utama siaran televisyen swasta
apabila Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said begitu petah
bercakap tentang kereta Mercedes E200 Kompressor dan memperlekeh
Perdana V6 Executive.

Terasa macam beliau bercakap di Litar Formula Satu di Sepang jika
tidak diberitahu pembaca berita, bahawa beliau bercakap kepada
wartawan sebelum mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan Terengganu di
sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Barangkali datang dari Terengganu dapat merasa henjutan minyak percuma
daripada kompresor baru ke Kuala Lumpur dan boleh menjadi topik
pertama dalam mesyuarat sebelum masuk lebih serius.

Selepas ini kalau rakyat mahu tahu bagaimana lasak kereta Mercedes
boleh Exco Terengganu cadangkan mesyuarat akan datang diadakan di
Genting Highland, Cameron Highland atau di tempat yang lebih jauh bagi
Terengganu iaitu Perlis. Makin bertambah lebat cerita tentang Mercedes
kerana modal bercakap makin banyak dan berisi.

Bagaimanapun rakyat tertanya, tidak berminatkah Exco Terengganu
menaiki kapal terbang kalau ada program di luar Terengganu sehingga
kereta Exco terpaksa jalan jauh? Atau barangkali jalan raya Terengganu
perlukan kereta lasak?

Kabinet membuat keputusan Exco Terengganu tidak boleh menggunakan
kereta tersebut tetapi apakah tindakan disiplin dikenakan kepada
mereka terbabit yang melanggar arahan surat perkeliling membeli kereta
Mercedes tersebut?

Menurut MB Terengganu, penelitian telah sudah dibuat sejak dua tahun
lalu dan keputusan muktamad dibuat tiga bulan lalu. 14 kereta Mercedes
itu telah digunakan sejak seminggu lalu.

Katanya, spesifikasi pembelian Mercedes menepati syarat surat
perkeliling kementerian kewangan yang hanya membenarkan kerajaan
negeri menggunakan kereta nasional atau kereta yang dipasang di
Malaysia (CKD).

Menjawab pertanyaan wartawan dengan petah Ahmad menjawab: "Saya
sayangkan duit kerajaan negeri saya buat macam ni. Saya nak jaga duit
rakyat sebab itu nak kena buat."

Kalau kita beli kereta Mercedes RM240 ribu boleh tahan berapa tahun?"
soal Ahmad kepada wartawan sambil menambah: "I pakai kereta 18 tahun..
Mercedes kerajaan sekarang. Tak ada masalah."

Bila ditanya keputusan Kabinet beliau berkata: "Kita dah beli
(Mercedes) dah pun. Nak jual secondhand berapa ribu pulak� berebut
orang nak beli..dah nak buat macam mana."

Ahmad juga menunjukkan kepakaran dalam bidang kereta katanya: "Proton
kena terima (kritikan beliau) sebagai positif. Dia kena
upgrade� Perdana V6 Executive dia tambah 10 inci daripada Perdana
V6�spek lain tidak tambah..enjin, kotak gear.. itu masalah� itu yang
rosak."

"Tanya semua menteri besar tapi dia tak berani cakap la� Saya tak nak
hipokrit. Saya cakap benda benar. Saya ada rekod boleh tunjuk
satu-satu," ujarnya lagi.

"Kalau salah, Kabinet tarik balik perkeliling. Cuma anggapan kita
kalau Mercedes� mewah, mewah. Cuba cek Spanco (dimaksudkan kos
penyelenggaraan) .

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga
ditanya wartawan tentang kereta rasmi tetapi dijawab tidak ada
keperluan untuk tukar kereta manakala Menteri Besar Perak, Dato' Seri
Mohammad Nizar Jamaludin pula berkata perbelanjaan penyelengaraan
kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan
untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk
ke perbelanjaan rakyat.

Mengenai kereta rasmi ini terdapat juga Exco terutama daripada Pakatan
Rakyat duduk depan bersama pemandu. Bagi Exco wanita mereka lebih
berakhlak duduk dibelakang sekiranya pemandunya lelaki.

Ahmad sepatutnya lebih petah dalam mengubah kemiskinan rakyat
Terengganu kerana kedudukan kemiskinan Terengganu ditangga kedua
selepas Sabah sedangkan negeri tersebut mempunyai pendapatan yang
kedua tertinggi dalam negara.

Kenapa negeri berpendapatan kedua tertinggi tetapi rakyatnya miskin?
Jawabnya kerana Terengganu bermenterikan mereka bercitakan kemewahan
sehingga lupa bagaimana program, perancangan serta idea yang baik bagi
meningkatkan taraf hidup rakyat.

Semasa Terengganu dibawah pemerintahan PAS pada 1999 kedudukan
kemiskinan negeri itu telah dibaiki daripada tempat kedua iaitu dengan
kadar 17.3 peratus kepada tempat ketiga (14 peratus)pada tahun 2001.

Pada awal 2004 percapaian itu dibaiki lagi ke paras keempat dengan
kadar kemiskinan iaitu 10 peratus setelah membuat perubahan polisi
sebaliknya negeri itu kembali miskin iaitu tempat kedua (15.4 peratus)
setelah BN memerintah kembali pada pilihan raya umum 2004.

PAS mampu mengubah nasib kehidupan rakyat walaupun ketika itu wang
royalti minyak ditarik balik oleh kerajaan Pusat.

Dengan jumlah isi rumah miskin tegar seramai 8,300, Terengganu kembali
menduduki tangga kedua senarai negeri paling tinggi kadar kemiskinan.
Perangkaan terakhir itu diperolehi daripada laporan Unit Perancang
Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Oktober 2006.

Dalam masa yang sama kos sara hidup di Terengganu adalah yang kedua
tertinggi di negara ini sepertimana kata Pengarah Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN), Dato' Adzlan Mohd Dagang.

Rakyat Terengganu masih belum lupa pembangunan Masjid Kristal yang
menelan belanja lebih RM270 juta hanya sebagai perhiasan bukan
bermanfaat untuk Islam ternyata salah daripada maksud sebenar
mendirikan rumah Allah.

Penganjuran Pertandingan Kapal Layar Piala Monsun menghabiskan RM300
juta setahun. Sukan kapal layar itu hanya dipertandingan di kota mewah
seperti Perth, Australia; Monaco, Itali dan lain-lain bandar maju
cukup tidak sesuai dipertandingkan di Kuala Terengganu.

Penganjuran yang mengharapkan timbal balas kedatangan pelancong asing
dan menguntungkan ekonomi negeri rupanya tidak kecapaian berikutan
mereka lebih gemar tinggal di Singapura berbanding di Kuala Terengganu
yang masih kekurangan hotel mewah dan prasarana bagi menarik minat mereka.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan
RM130,000 berbanding Mercedes RM245,000 yang dikatakan lebih murah
daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam tindakan kerajaan
Terengganu itu kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat
yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
Selain itu, menteri yang sepatutnya berperanan mempromosi dan membantu
industri kereta nasional sebaliknya memperlekeh secara terbuka.

Sementara itu dilaporkan Badan Pencegah Rasuah (BPR)membuat siasatan
mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan
Perdana V6 Executive yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat
tahun lalu. - mr/mks. _

Selasa, Julai 29, 2008

Parti baru bertunjang Islam boleh satukan PAS, Umno - Nik Aziz

Mohd Nor Yahya
Sun | Jul 27, 08 | 3:06:52 pm MYT

MACHANG, 27 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempelawa ahli-ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan agama Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela.





Kata beliau muqabalah (perbincangan) di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.

"Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno tehadap PAS.

"Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini semalam.

Image Malah beliau berkata, sekiranya ahli Umno segan untuk menyertai PAS lebih baik menubuh parti baru yang juga berlandas Islam.

Ini kerana kata beliau ahli PAS sudah tentu tidak akan menyertai Umno.

Katanya, keinginan Umno mengajak PAS bermuzakarah boleh dilakukan sekiranya ia hanya berkaitan Islam.

Bagaimanapun kata beliau Umno seringkali tidak memberi kerjasama untuk melaksanakan program pembangunan di negeri ini dan isu tersebut tentunya boleh membantut diteruskan muqabalah.

"Lagi pun muzakarah yang dimaksudkan sebelum ini hanya lahir daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bukannya keputusan parti Umno itu sendiri.

"Muzakarah hanyalah kehendak Perdana Menteri dan bukannya Umno, kalaulah kita adakan muzakarah atau muqabalah, tiba-tiba Perhimpunan Agung Umno tidak bersetuju presidennya tak boleh buat apa-apa," katanya.

Menurutnya juga muqabalah hendaklah hanya menyentuh aspek Islam sahaja bukannya melibatkan dasar parti kerana PAS perlu menjaga hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

"Saya amat menyokong sekiranya Umno dan PAS bubar dan kita tubuh satu parti baru dan parti tersebut hendaklah berlandaskan Islam," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud menyokong cadangan Menteri Besar Kelantan supaya Umno dan PAS dibubar untuk membolehkan parti baru yang berasas Islam ditubuh.

"Bagi Dewan Ulamak kami bersetuju memberi mandat kepada pemimpin parti seperti presiden, timbalan, naib dan setiausaha bermuqabalah dengan Umno," katanya.

Beliau juga berkata, apa yang telah dibincangkan dengan Umno hendaklah dibawa kepada Majlis Syura Ulamak sebelum dibawa ke muktamar pertengahan Ogos depan.

Oleh itu beliau berharap tidak timbul sebarang fitnah hasil muqabalah dengan Umno.

Beliau juga meminta ahli PAS berlapang dada dan menyerah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS bagi mengadakan sebarang muqabalah dengan Umno. - mj _

Isnin, Julai 28, 2008

Konsep agama : Ambil Pengajaran Isra' Mikraj

Oleh: Ustaz Zainudin Hashim

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.



Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir � 1986.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan." 3

Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.4

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.6

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh �Atiah Saqar � soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi � soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5_____al-Qaradawi � soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).

6 _____Ibid. - lanh _


Ahad, Julai 27, 2008

Pemimpin Politik boleh masuk IPTA

emimpin politik boleh masuk IPTA
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

Ceramah berkaitan pengajian, akademik

BANGI: Pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang dalam proses bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Ogos ini, diluluskan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mereka dibenarkan berbuat demikian dengan syarat memberi ceramah mengenai isu yang ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa.

Beliau berkata, pindaan yang sudah diluluskan Kabinet itu, masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik, tetapi mereka boleh menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik.


Katanya, pindaan itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif dan kebebasan dalam mencapai tahap kecemerlangan.

"Terserah kepada mahasiswa atau pihak universiti jika hendak menjemput pemimpin pembangkang. Apakah maknanya seorang pelajar universiti jika mereka hanya dibenarkan jemput satu pihak saja.

"Kalau tidak dibenarkan pun mahasiswa boleh mengakses laman web, jadi lebih baik kerajaan benarkan dalam keadaan terpelihara, terkawal. Kita berada dalam dunia maklumat, setakat penguasaan ilmu saja tidak cukup kerana mahasiswa mesti ada 'talent' serta pemikiran yang tajam.

"Soalnya bukan hendak jemput parti politik kerajaan saja. Misalnya, jika mahasiswa mahu mendapatkan pandangan mengenai krisis minyak dunia dan kebetulan penceramah yang dijemput adalah daripada parti politik termasuk pembangkang, pindaan AUKU itu akan membenarkannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2008 serta pelancaran buku Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (Maklum), dekat sini, semalam.

Minggu lalu, beliau dilaporkan berkata, pindaan AUKU itu dibuat bagi membolehkan mahasiswa membuat keputusan dan menentukan sendiri perkara yang baik dan buruk untuk mereka.

Mohamed Khaled berkata, melalui pindaan AUKU itu juga, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah.

"Jika dulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti.

"Tetapi tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak tertakluk pada undang-undang negara. Jika mereka buat kesalahan mengikut Kanun Keseksaan mereka masih lagi tertakluk di bawah undang-undang negara. Contohnya, jika seseorang mahasiswa terbabit dalam demonstrasi tanpa permit, maknanya tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, pindaan baru AUKU juga membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung oleh pihak universiti untuk mengambil peperiksaan.


Mujahid Page berkata :

Tindakan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah amat kena dan patut . Sebagai seorang yang selalu melihat isu AUKU ini dari kacamata seorang guru pelatih ,ana berpendapat bahawa AUKU merupakan antara pembunuh no. 1 aktivisme pelajar-pelajar IPT itu sendiri. Mendengar cerita dari teman-teman dan mengikuti ISU AUKU melalui media massa cukup membuktikan bahawa "pengembangan intelektual dan kepimpinan " mahasiswa terhalang dengan adanya AUKU ini walaupun ia mempunyai kebaikan tersendiri. Barulah Menteri Pengajian Tinggi dan kerajaan Malaysia hari ini sedar bahawa tindakan mereka dengan mengetatkan peraturan yang terdapat dalam AUKU sebagai penyekat ketajaman minda mahasiswa .Lihat pernyataan di bawah

"Kalau tidak dibenarkan pun mahasiswa boleh mengakses laman web, jadi lebih baik kerajaan benarkan dalam keadaan terpelihara, terkawal. Kita berada dalam dunia maklumat, setakat penguasaan ilmu saja tidak cukup kerana mahasiswa mesti ada 'talent' serta pemikiran yang tajam.

Ana tidak pernah masuk ke mana-,mana IPT, ana nak ulas lebih-lebih pun ana tidak begitu pandai terutama berkenaan perkara yang ana tidak ana alami. Namun , sekalung tahniah untuk aktivis-aktvis mahasiswa. Moga perjuangan kalian semakin marak dan berkesan di mata mahasiswa lain khasnya dan masyarakat sekeliling amnya.

Untuk pengetahuan kalian semua, di institu pendidikan guru, terdapat satu akta yang dipanggil sebagai akta 174. Namun ana tak berkesempatan untuk meneliti balik akta tersebut.
Guru antara ratu pondan ditahan
Oleh Haspaizi Mohd Zain
bhkb@bharian.com.my

AMBIL KETERANGAN: Dua antara 16 peserta ratu cantik pondan yang ditahan di sebuah resort terkemuka di Telong, Bachok, malam kelmarin.

BACHOK: Seorang guru antara 16 peserta ratu cantik pondan ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), di sebuah resort terkemuka di Telong, di sini, malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Mohd Abdul Aziz Mohd Nor, berkata pondan yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika sedang beraksi dengan pakaian wanita seperti gaun malam, kebaya dan pakaian mandi di sebuah dewan di resort itu.

"Tiga lagi peserta berjaya melepaskan diri dengan terjun ke sungai berdekatan, manakala yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAIK di Kota Bharu untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, guru berkenaan bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini.

"Guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini itu dibawa ke pejabat JHEAIK di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu bersama 15 pondan lain untuk diambil keterangan," katanya.

Mohd Abdul Aziz berkata, ketika serbuan dilakukan, semua pondan itu berpakaian wanita seperti gaun malam, kebaya, kasual dan pakaian mandi.

"Ketika serbuan dilakukan, ada kira-kira 300 tetamu menyaksikan pertandingan itu dan difahamkan mereka yang ingin menyertai pertandingan itu dikenakan bayaran RM38," katanya.

Beliau berkata, dianggarkan 50 pondan menyertai pertandingan itu tetapi sebahagiannya berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa agama itu.

Mujahid Page berkata :

Ana apabila membaca berita di atas perasaan ana bercampur baur antara lucu, sakit hati ,marah , malu bahkan berasa hairan terhadap apa yang berlaku kini. Ini megingatkan ana tentang peristiwa "penzinaan" yang berlaku di institut pendidikan guru ana yang melibatkan 2 insan yang tinggi tahap keseksualan mereka . Ana berkata demikian kerana telah berkali-kali pasangan tersebut "kantoi" buat kissing bite (maaf, terpaksa sebut) di pada siang hari di tempat sunyi , bahkan berani bercium di khalayak ramai (di Tesco, Gelugor) Pasangan ini digelar sebagai "hot" l di institut sebelum ditangkap bogel di kelas ana!Kelas yang sepatutnya dijadikan tempat memperoleh berkat ilmu disalhgunakan.

Ana sendiri pun hairan bagaimana peristiwa ini boleh berlaku. HEP hanya mengenakan "bayaran"atas seks yang mereka lakukan iaitu sebanyak RM 500 tanpa sebarang tindakan susulan seperti "black list nama" atau lain-lain tindakan yang boleh mengundang perasaan gerun terhadap pasangan belum kahwin. Semua dibuat atas dasar kesian dan berharap perkara seumpama ini tidak berlaku lagi !Khabar2nya ramai guru pelatih dan pensyarah tak bersetuju atas tindakan HEP ini yang terlalu berlembut terhadap perkara seumpama ini. Lalu bertebarlah pasangan2 yang tak sah taraf dan bukan mahram ini.

Guru umpama pelita, rela membakar dirinya sendiri , semata-mata untuk menerangi hidup orang lain (murid mereka) .Namun berdasarkan situasi yang ana bagi pasal guru yang terlibat dengan zina dan "pondan" , adakah mereka ini mampu "menerangi" hidup orang lain. Mungkin dari segi ilmu , mereka dapat beri yang terbaik, tapi adakah ilmu sahaja yang kita mahu? Adakah akhlak itu tidak penting dan hanya menjadi perkara sampingan sahaja? Bayangkan....
# anak anda dididik oleh penzina, ilmu dapat tapi akhlak ? ana tak berkata atau menuduh bahawa penzina akan ajar anak anda berzina , namun dari segi mentaliti mereka, adakah mereka yang sentiasa memakai seksi, sosial , tidak tahu menjaga batas pergaulan(Islam) dan sebagainya akan mengajar apa itu moral? Apakah mereka akan ajar apa itu adat ketimuran?adakah mereka akan terapkan pengertian dan penghayatan Islam yang sebenar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka?

Sesetengah manusia berpendapat bahawa biarlah mereka dengan apa yang mereka lakukan. Kita hanya tunggu dan lihat .Ini baru satu kes. Institut perguruan ada berapa banyak? tambah2 lagi di IPTA/S di seluruh Malaysia. Seandainya guru tidak mampu menjadi role model kepada murid-murid mereka, apa guna jadi guru? Sekarang guru mestilah ingat bahwa kalau dulu peribahasa Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari boleh digunakan , namun dalam konteks sekarang ana berpendapat peribahaa tersebut hendaklah diubah menjadi Guru buat projek anak murid dapat jadi bapak budak dalam usia muda!

Mungkin kes ini boleh disifatkan sebagai kes yang terpencil dan jarang-jarang berlaku , namun semua kena ingat bahawa dari satu kes lah merebaknya bermacam-macam kes. Ana takut puak2 "couple" ni berfikir pegang tangan atau "merended" / naik motosikal sekali takpe dan tak berdosa , jangan buat seks sudah ! Ini yang patut kita bimbangi sekarang. Mungkin ana akan digelar sebagai out-to-date minded ,umud maupun segala jenis gelaran yang bermaksudkan fikiran ketinggalan zaman ,namun ana tak kisah. Asal tak LIBERAL dan HADHARI sudah!

Sabtu, Julai 26, 2008

Carburetor Dung sampai mesej kritik kerajaan

Petikan dari mingguan Wasilah (edisi 20-26 Julai)



ALAK terlentang di atas lantai selepas dibelasah penyokong parti pembangkang ekoran tindakannya cuba melondehkan seluar di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya petang semalam.
KOTA BHARU : Naib Presiden PAS ,Dato' Paduka Husam Musa menggesa semua pihak berhenti menyalahkan kumpulan Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan PROTES anjuran Parti Pakatan Rakyat .
Husma yang juga Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Kewangan dan Kebajikan negeri meminta supaya tidak menyalahkan kumpulan tersebut kerana kumpulan tersebut berani membawa mesej kepada kerajaan.
" Saya bukannya Pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu itu ada mesej tertentu kepada kerajaan.
Menjawab pertanyaan pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini, baru-baru ini , Husam berkata kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.
"Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan , ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan ", katanya.


Mujahid Page berkata :
Ana berkesempatan bersama-sama serombongan bas dari Penang mewakili satu penyatuan badan aktivis pelajar , Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara(GBMU) "menyerbu" Stadium MBPJ atas semangat cintakan negara bagi memPROTES kenaikan harga petroleum yang amat tinggi dan tidak munasabah bagi sebuah negara pengeluar minyak. Turunkan harga minyak begitulah antara seruan yang muncul di setiap genap dan penjuru stadium tersebut. Ana tak nak cerita pasal flow perjalanan mahupun pengalaman yang ana dapat di sana ,ataupun mengulas pernyataan media yang dibuat oleh Dato' Paduka Husam Musa. ANA akui ini melanggar "etika" ana sebagai penyokong "hijau" , namun ini pendapat ana yang harap dapat kongsi bersama dan diambil pengajaran.Ana akan bagi situasi yang berlaku pada masa tersebut.
Situasi :

1. Mahasiswa-mahasiswi berkopiah bertudung labuh ada disegenap kawasan stadium- ana mengeleng-geleng kepala bila lihat akhwat2 yang bertudung labuh "terpaksa" menonton konsert ala jom heboh. Penyanyi punk, rock indie.... Cara pakaian yang tidak boleh dijadikan contoh. Lirik lagu yang mencarut dan berunsur lucah. Relevankah?Nyanyian pembukaan pun dah ramai yang tak suka. Punk nyanyi depan skuad Amar Makruf? Kena majlis tak? Ana pun layan gak Butterfingers , middleIndie ,dalam lirik lagu Tentang tentang, yang secara jelas sebut jilat b****t dalam lirik mereka, namun , di depan akhawat ana sendiri segan nak pasang lagu tersebut.

2. Pak cik makcik berkopiah yang datang ingin menyatakan sokongan. Mereka datang dari jauh, Kelantan , Pahang Terengganu , Johor pun ada, untuk menyahut seruan TURUN harga minyak. Namun , apa yang mereka dapat? Dapat tengok jom heboh setelah di negeri sendiri diharamkan? Sapa tak marah ? Ramai yang meradang bila saja konsert diadakan . Namun penganjur masih lagi terus meneruskannya.

3. Badan mahasiswa yang hadir pada hari itu boleh dkatakan menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Pada pemerhatian ana , badan mahasiswa yang pro-melayu (sekular) TAK AKAN join perkumpulan PROTEST ini. Adakah antum semua fikir bahawa mereka yang ana percaya ikut tarbiyah ini akan bersetuju dengan konsert ini?

4. Melibatkan 700 anggota Unit Amal , unit sukarelawan Pas yang berpengalaman , namun Skuad AMK hanya berjumlah 500 orang. Jadi di sini DAPATLAH DISIMPULKAN bahawa suara Pas haruslah didengari, bukan dianggap sebagai "budak nakal" dalam pakatan . Atas dasar persepakatan untuk rakyat kita bersatu, namun bila prinsip kawan sama pakatan tidak dihormati, apa guna pakatan ini?

5. Solat berjemaah di padang. Pertama kali di Malaysia, konsert jom heboh "diberkati" dengan solat jemaah.

6. Kebanyakan yang hadir boleh dikatakan MELAYU beragama ISLAM.bukan melayu kelihatan dimana-mana namun tak dapat menandingi bilangan melayu Islam .

7. Pada masa tersebut heboh pasa Pemuda PAS buat memorandum bantahan pasa konsep Ella dan Mas Idayu , namun tidak diendahkan oleh kerajaan Selangor keadilan. Ana kira seandainya benar terjadi pembantaian terhadap Alak ,vokalis CD , ana dapat simpulkan kepada tiga sebab perkara ini terjadi, ketiga-tiganya pasa tak puas ati
1- kes DSAI - isu liwat, jilat tu macam mempersendakan kes tersebut. Penerangan boleh difahami sendiri
2- kes Pemuda Pas tidak setuju konsert Mas Idayu dan Ella.- akibat tak puas hati bila suara mereka tidak didengari.
3. Tak puas hati bila konsep perkumpulan PROTES berubah dari Protes kepada Konsert

Kesimpulan :
Ana percaya mereka (Carburetor Dung) "berniat baik" dengan menyuarakan isi hati dan ketidakpuasan hati mereka melalui lagu , namun kalau dilihat kondisi seperti di atas , soalan basic yang wajar ditanya.
RELEVANKAH PENGANJURAN KONSERT BERLAKU DI PERHIMPUNAN PROTES?

Ahad, Julai 20, 2008

Sepintas di Ceramah Perdana Ustaz Ahmad Jailani di Gelugor.

Sedang asyik ana membelek emel ana melaui laptop ana, tiba-tiba ana dapat satu mesej dari seorang teman ,Akh Wahad.. Kalau Akh Wahad bg mesej tu, tandanya akan ada pemberitahuan pasal ceramah.. saudara saya ini memang istiqamah dalam mengikuti kuliah-kuliah, ceramah agama mahupun kelas...ana tak sempat ta'ruf lebih lanjut dengan saudara ini , mungkin sebab dia selalu kelihatan sibuk dengan kaset rakaman mahupun mp3 nya bagi setiap kuliah.. ana kalau boleh nak jadi macam dia, tapi tak boleh la syeik ,tekad dan pengorbanan kena kuat tu.... Berbalik kepada mesej tadi, ada berbunyi "Ceramah Agama Ustaz Ahmad Jailani , hari ini selepas solat maghrib, masjid sungai Gelugor, sebarkan kepada teman-teman...."
Ni tak boleh jadi ni, getus ana... so ana mengajak beberapa ikhwah untuk pergi bersama . Alhamdulillah , 2-3 orang menyatakan hasrat untuk pergi bersama...kupasan isu ustaz Ahmad Jailani hari lebih kepada isu P.Balasubramaniam yang menarik kembali akuan bersumpah beliau setelah 2 hari membuat akuan. Tajuk pun syok kn? Namun ana tak mahu mengulas panjang berkenaan isu tersebut, ana cuma akan mencatatkan point2 penting asil dari perbincangan ilmiah ini tanpa pemberatan kepada mana-mana pihak...

1. Bentuk hukuman
# Rujuk surah Al-Maidah : 42
mereka sangat suka mendengar berita bohong, banyak memakan makanan yang haram. Jika mereka (orang yahudi) datang kepadamu (Muhammad untuk meminta pengadilan) , maka berilah putusan di antara mereka atau berpalinglah dari mereka , dan jika engkau berpaling dari mereka maka mereka tak akan membahayakan mu sedikitpun. Tetapi jika engkau memutuskan (perkara mereka) maka putuskanlah dengan adil.Sesungguhnya Allah meyukai orang-orang yang adil



Berdasarkan ayat di atas , ustaz Ahmad Jailani menyimpulkan bahawa terdapat 2 bentuk penghakiman bagi orang bukan Islam, sama ada menghakimi mereka (terhadap sesuatu perkara yang timbul) mahupun berpaling dari mereka (tidak menerima tawaran untuk menghakimkan mereka ) .

Terdapat 2 pendapat berdasarkan mufassirin (pentafsir) mahupun para ulama mengenai hukuman yang akan dikenakan terhadap orang bukan muslim yang melakukan kesalahan .

Pendapat pertama: Islam dan bukan Islam sama-sama kena hukuman hudud , qisas berdasarkan ayat Qur'an surah Al-maidah :42 dan Al-maidah : 49 (rujuk ayat dan maksud ayat tersebut).Berdasarkan Ayat Al-maidah : 49 antara lain menekankan bahawa Nabi hendaklah menghakimi mereka (yahudi) berdasarkan apa yang diturunkan oleh Allah terhadap nabi(yakni undang-undang Islam), bukan mengikut undang2 penghakiman mereka (man-made law) . Jadi secara kesimpulannya kita dapat rumuskan bahawa dari segi penghukuman terhadap sebarang kesalahan yang dilakukan sama ada orang Islam mahupun bukan Islam , kedua-dua adalah sama yakni sama-sama menerima hukuman yang diturunkan Allah (hukum hudud,qisas dsb)
sekadar penambahan :"berdasarkan akraman dan mujahid , ayat 49 telah membatalkan (mansukh) hukuman yang ada pada ayat 42" Jadi secara automatiknya ketetapan yang ada pada ayat 42 tidak diterima bahkan digantikan dengan ayat 49

Pendapat kedua : Bukan Islam dapat dibicarakan dengan mahkamah sivil (common-law) manakala peruntukan undang-undang Allah hanya dikenakan terhadap Orang Islam. rujuk surah Al-maidah: 42. Surah ini secara jelas memberi pilihan kepada nabi untuk menghakimi ataupun tidak terhadap sebarang penghakiman yang melibatkan orang yahudi (bukan Islam) . Seandainya nabi berkenan untuk mengadili mereka, penghakiman tersebut hendaklah dilaksanakan secara adil. Namun apabila nabi enggan menhakimi mereka, sesungguhnya mereka (yahudi) tidak mampu memudaratkan nabi.

Berkenaan tajuk Isu utama Hari ini , berkenaan dengan Isu penarikan balik Akuan Bersumpah yang telah dibuat oleh P.Balasubramanim , ana akan state secara point disamping hujah yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Jailani. Akuan bersumpah pertama dibuat pada 1 Julai 2008 manakala penarikan dan pemansuhan beberapa kenyataan dalam akuan bersumpah pertama di buat pada 4 Julai 2008.

Akuan bersumpah oleh P.Bala
# A.Razak Baginda mengupah beliau (P.bala) sebagai penyiasat persendirian sebab Razak Baginda terima ugutan dari pihak tertentu
# ASP Tan ugut Razak Baginda bayar hutang . Setelah disiasat oleh P.BALA ,ASP Tan sebenarnya adalah juga sebagai seorang penyiasat persendirian yang bernama Aung yang diupah oleh seorang wanita Mongolia bernama Atlantuya Shaaribu. Atlantuya pada masa tersebut masih berada di Mongolia .
# Razak Baginda percaya bahawa Atlantuya mempunyai kuasa yang diberi oleh bomoh Mongolia.
# Atlantuya diperkenalkan kepada Razak Baginda oleh seorang VIP
# P.Bala minta Razak baginda buat laporan polis namun Razak Baginda enggan atas alasan kes tersebut akan melibatkan nama-nama orang berprofil tinggi.

# Razak Baginda meminta P.Bala melindungi Rowena (anak Razak Baginda) dari sebarang ancaman yang dibuat.
# Razak Baginda memberitahu P.Bala bahawa Atlantuya berada dalam pejabatnya. Razak Baginda minta P.Bala layan Atlantuya.
# P.Bala tak sempat layan SAtlantuya. Beliau meminta Suras (pembantu P. Bala) cepat-cepat ke pejabat Razak Baginda.
# Atlantuya memberitahu bahawa beliau bernama Aminah dan Razak Baginda merupakan boyfriend beliau.
# Razak Baginda diminta membayar USD 500 k beserta 3 tiket ke Mongolia atas pembayarn satu urusan di Paris
# Razak diminta buat laporan polis.
# Setelah 2 -3 kali memujuk Razak Baginda membuat laporan polis, Razak Baginda tetap enggan. Ini menyebabkan P.Bala fed-up( istilah dalam akuan bersumpah) dan berhasrat menarik diri dari menjadi penyiasat persendirian (PI) rAZAK bAGINDA.
# Razak baginda amat memerlukan bantuan dari P.Bala dan tidak berhasrat melepaskan P.Bala."memujuk" P.Bala dengan memberitahu siapakah VIP yang memperkenalkan Razak Baginda dengan Atlantuya.
# VIP tersebut adalah N**** R****. Mereka diperkenalkan di Singapura.
# Razak Baginda beritahu P.BALA bahawa N**** beritahu kepadanya (Razak Baginda) , dia (N****) ada sexual relationship/intercourse dengan Aminah.(atlantuya)
# N**** tidak mahu Atlantuya ganggu tugas dia sebagai T*M , lalu menyuruh A.Razak Baginda urus Aminah.
# Pernyataan Aminah terhadap P.Bala
- Atlantuya bertemu Razak Baginda setelah diperkenalkan oleh N**** di Singapura
- mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris membincangkan mengenai urusan berkenaan
pembelian kapal selam.
- Beliau (atlantuya) meminta USD 500 K atas peranannya sebagai perantara bagi pembelian kapal selam
tersebut .
- Beliau (atlantuya) dan Razak Baginda berkahwin di Korea

# Pada pagi sebelum Razak Baginda ditahan , razak baginda terima mesej dari N**** supaya Be cool .

Dalam Akuan Bersumpah pertama itu juga, P. Bala menyatakan sebab beliau membuat akuan bersumpah.
@ beliau tidak berpuas hati dengan penyiasatan polis yang mahu menutup kes sedangkan orang balik
tirai tidak disabitkan kesalahan.
@ usaha memujuk pihak berkuasa membuka kes untuk hujah baru kerana perkara berkaitan N****
LANGSUNG tidak disentuh dalam penghakiman seolah-olah hanya beberapa "bilis" yang terlibat, namun
jerung dibiarkan bebas.
@ P.Bala menekankan fakta bahawa beliau yakin tiada polis yang akan menembak kepala seseorang yang tidak
bersalah dan mengebom mayat seseorang kecuali mendapat arahan khusus dari Orang Atasan.jawatan ter-
akhir P. Bala dalam polis ialah anggota Special Branch (Cawangan Khas)

#Setelah beberapa hari membuat Akuan Bersumpah pertama , beliau membuat Akuan Bersumpah kedua. Bagaimanpun Akuan Bersumpah Kedua ini lebih bertumpu kepada ketidaklibatan individu berprofil tinggi bernama N**** R**** dalam kes pembunuhan tersebut. Namun begitu , kandungan lain dalam akuan bersumpah pertama masih dikekalkan.


PERSOALAN ?
@ mengapa hanya fakta berkenaan penglibatan N**** R**** dalam kes ini ' dipadamkan' ,sedangkan fakta
fakta lain langsung tidak diusik?
@ siapakah yang bertanggungjawab meluluskan penggunaan C4 untuk meletupkan badan Atlantuya? ikan bilis
atau jerung ?
@ kuasa apakah yang mendorong P. Bala menarik balik akuan bersumpah beliau setelah hanya 2 hari Akuan
Bersumpah diberikan?
@ kuasa apakah yang mendorong P. Bala melarikan diri bersama keluarga ke luar negara ? Takut sangat tu...
@ penyiasatan seolah-olah sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum. Apa yang sedang berlaku ini?
@ seandainya N**** R**** betul-betul terlibat dalam kes ini , adakah anda sanggup menjadikan pembunuh
sebagai pemimpin no. 1 negara?

















Plan Tindakan kita untuk bersedia mendepani isu umat

Plan Tindakan kita untuk bersedia mendepani isu umat

Muhammad Nuruddin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah

Sikap proaktif adalah sikap yang yang amat penting ada dalam diri umat Islam terutama para cendiakawan, pendakwah, aktivis Islam mahupun mahasiswa yang berkesedaran.

Sikap bersedia mendepani sebarang cabaran dan ujian daripada Allah SWT adalah sikap yang akan menyebabkan gerak balas Islam positif terhadap sebarang ancaman yang berlaku. Peranan yang ingin dibincang disini adalah peranan individu yang mudah dan efisien dilaksanakan oleh setiap individu.

Dalam tulisan saya yang lalu (blog laman munawwarah) saya ada menggariskan beberapa tindakan kita apabila menghadapi isu umat Islam sebagai contoh isu murtad. Apakah tindakan yang boleh dimainkan oleh setiap individu untuk membantu agama.

Perbezaan individu pejuang .

Firman Allah:

“ tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak berperang) yang tidak uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang berjihad dengan harta dan jiwa mereka itu (berbanding) yang duduk sahaja sebanyak satu darjat”

( An Nisa’ : 95)

Setiap daripada kita perlu ada sikap untuk memperjuang isu umat Islam. Bersuara dan bersuara tanpa jemu. Menulis, mengedar bahan tulisan kesedaran, berbengkel, berusrah, berprogram demi membina rangkaian individu sedar secara kolektif yang progresif membela Islam sec ara konsisten (istiqamah dan istimrar).


BACA LAGI....

Jumaat, Julai 18, 2008

Promote SPAQ program.

Bengkel Ilmiyyah 2 : Masalah Aqidah

Melayu Malaysia;peranan Mahasiswa menanganinya

Oleh: Ustaz Hafiz Nordin ( Persatuan Ulama’ Pulau Pinang)

Tarikh: 20 Julai 2008 (Ahad)

Masa: 2.15 petang hingga 5 petang

Tempat : Dewan Muzakarah,USM

Yuran : RM 3 sahaja (terbuka)

Kertas kerja disediakan

Sila daftar (program ahad ini) atau berikan nama anda/rakan anda kepada

:012-5296690 (wardah)

powered by

Skuad Penyelamat Aqidah

dan Angkatan Bertindak Benteras Islam Liberal

Promote SPAQ program.

Bengkel Ilmiyyah 2 : Masalah Aqidah

Melayu Malaysia;peranan Mahasiswa menanganinya

Oleh: Ustaz Hafiz Nordin ( Persatuan Ulama’ Pulau Pinang)

Tarikh: 20 Julai 2008 (Ahad)

Masa: 2.15 petang hingga 5 petang

Tempat : Dewan Muzakarah,USM

Yuran : RM 3 sahaja (terbuka)

Kertas kerja disediakan

Sila daftar (program ahad ini) atau berikan nama anda/rakan anda kepada

:012-5296690 (wardah)

powered by

Skuad Penyelamat Aqidah

dan Angkatan Bertindak Benteras Islam Liberal

Untuk Apa (Perjuangan Ini)?

Petang ini sungguh cerah, mood pun tengah baik... Ibu bapa dan abang ana no.2 yang kini sedang ambil ijazah di unikl Kulim datang melawat ana di institut...ketenangan hadir... ana menghabiskan masa ana di bilik PAI di Surau Al-falah... Selepas sahaja menghabiskan bacaan dan menulis peta minda berkenaan Kitab Tauhid bab Ilmu Tauhid dan menghabiskan hafazan Qur'an surah Al-kahfi , ana berkesempatan untuk menulis sebuah sajak... Sebenarnya ana telah lama tidak menulis sajak, tapi kali ini biarlah "skill" itu diasah kembali...hehe... nikmatilah....

Untuk Apa (Perjuangan Ini) ?

Seusai Kitab Tauhid dibacakan ,
Selesai suratul Kahfi diperdengarkan ,
Di bilik kusam surauku tercinta terpateri segala perisiwa,
dalam benakku terfikir untuk apakah semua ini?
Tiba-tiba lamunanku tersentak melihat saudara-saudaraku berlainan jantina
berjalan beriringan
Untuk apa semua ini ? Untuk apa dibacakan kitab Tauhid ?
Untuk apa diperdengarkan suratul Kahfi ?
Geus hati nuraniku persis terluka,
Teman di luar masih membuka aurat ke
padang dan jua Tesco ,
Untuk apa perjuangan ini ?
Adakah sekadar laungan kata-kata ?
Atau retorik semata-mata?
atau jeritan batin yang sungguh menyiksa,
mahupun kebencian meluap-luap ,
adakah semua ini mampu merealitikan di bumi yang nyata (dakwah),
Adakah aku hanya tahu melaungkan kata-kata semangat ?
Ataupun terus kerja buat ?
Pesoalan ini tidak lain hanyalah untuk diriku,
dan jua kepada hati-hati yang tak bisu(dari memikirkan permasalahan umat),
Untuk apa semua ini?
Adakah untuk Islam ?
Adakah untuk Iman ?
Adakah untuk Ihsan ?
TEGAKKAN ISLAM DI DALAM DIRIMU ,
SEBELUM IANYA TERTEGAK DI BUMI YANG NYATA!

takbir !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, Julai 14, 2008

Peranan Masjid ke atas pembentukan remaja masa kini

Masjid sebagaimana mana yang kita secara umumnya berpandangan bahawa masji merupakan tempat untuk menunaikan solat atau berzikir atau membaca Al-Qur'an beramai-ramai. Namun tak ramai yang tahu bahawa masjid merupakan sesuatu yang "bernyawa" dan peranan masjid terlingkup dalam peranan yang lebih luas lagi. Penulis ada menggariskan beberapa peranan masjid yang dahulunya menjadi satu sinar bagi sesebuah masyarkat yang di dalamnya mengakui dengan fasih bahawa mereka mengangkat Islam sebagai deen atau cara hidup mereka.

(1) masjid tempat mencari ilmu/ tempat pentarbiyahan
# pengisian melalui pengajian kitab-kitab agama , forum ,usrah, kuliah selepas solat fardhu ,
bacaan hadith/perkongsian dan sebagainya.

(2) masjid tempat pengislahan diri
# konsep berdiam di masjid
# membaca al-quran dan kitab-kitab agama
# solat sunat
# menghisab diri/muhasabah diri
# alunan Al-Qur'an mampu menggetarkan hati-hati yang keras
# menghayati Qur'an beserta tafsir dan mengetahui sebab-sebab penurunan ayat-ayat ter-
tentu

(3) masjid tempat perbincangan isu-isu semasa /berpolitikpertukaran pendapat dan berdikusi
# berkumpul dan bercakap tentang isu-isu semasa
# hayati sirah nabi- masjid dijadikan tempat berpolitik , merancang ketenteraan , peng-
urusan zakat, pusat masyarakat, perjumpaan masyarakat , pengumuman, tempat pe-
mimpin bertemu masyarakat.
# kepentingan :
@ bagi mendedahkan remaja dengan isu-isu semasa dan mengaitkannya dengan apa saja
yang ada dalam Al-Qur'an dan hadith.
@ diskusi lebih terarah dan pihak berdiskusi lebih bertanggungjawab terhadap perbincang
an/ menghormati masjid
@ diskusi tidak sia-sia dan tidak membangun minda.

(4) masjid tempat memupuk perpaduan
# perjumpaan harian dan mingguan umat Islam
# bertemu dengan orang-orang yang dikenali dan yang tidak dikenali.

sebenarnya banyak lagi , namun setakat ini sajalah dahulu perkongsian dari ana.

tajdid iman

http://www.koolpoetry.com/bismillah.gif

Seseorang yang memiliki hati pasif, diam dan tiada gerakan ibadat sebenarnya sudah mati sebelum dicabut nyawanya. Kekosongan hati timbul akibat lemahnya semangat manusia untuk bangkit dan melawan keinginan hawa nafsu. Kita perlukan semangat melupakan kesedihan, bangkit dan berjuang melawan musuh yang nyata iaitu syaitan. Tiada seorang manusia yang tetap tinggi kedudukan imannya. Ada kala dia terjatuh dan tersungkur, kemudian menyesali kelalaian dan kembali bertaubat. Ini digambarkan dalam al-Quran bermaksud:

“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” Surah Ali Imran: Ayat 135


http://www.trevwilliams.co.uk/metips/images/cartoons/sleep.jpg



Hati menganggur, malas dan berputus asa ada ciri-ciri sebagai berikut: Berlebih-lebihan melakukan perkara mubah. Terlalu banyak berehat, santai dan mengisi kekosongan masa dengan hiburan, makanan, tidur yang panjang, bermain dan bergurau, banyak tertawa, panjang angan-angan dan semua itu berbahaya jika diteruskan dalam kegiatan seharian.

Kehidupan serba senang tanpa cabaran dan tekanan membuat manusia lupa diri dan lemah semangat bila ditimpa susah. Berhati-hati jika terus berada dalam zon selesa. Orang mukmin hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling teruk yang menghalangnya. Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan RA yang hidup sebagai Khalifah paling berkuasa selama berpuluh-puluh tahun pernah berkata:

“Aku memakai pakaian daripada semua jenis kain, tetapi tidak pernah menemui sehelai pakaian terbaik setanding pakaian takwa. Aku juga sudah merasai semua jenis makanan, tetapi tidak pernah menemui kelazatan seperti kelazatan sabar. Aku memiliki segala jenis kenikmatan, tetapi tiada kenikmatan mampu menandingi kenikmatan duduk mendekatkan diriku kepada Allah SWT.”


Anggota badannya menolak hidayah Allah SWT. Pernahkah anda berasakan suara hati anda menyuruh berbuat baik, melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat? Sebenarnya dalam jasad manusia ada yang mempengaruhi hati dan perasaannya, adakah ia unsur malaikat atau unsur syaitan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia diiringi temannya daripada bangsa jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: “Pada dirimu juga ya Rasulullah? Sabda baginda: Padaku juga begitu, tetapi Allah Taala menolongku terhadapnya sehingga ia tiada menyuruhku melainkan kebaikan saja.” (Hadis riwayat Muslim)


http://adultcardiac.stanford.edu/images/heart.jpg



Hati yang suka menganggur menjadikan syaitan sebagai teman karibnya. Sementara hati yang aktif dan positif gerakannya dipengaruhi hidayah Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu menggerakkan kita berbuat baik. Hidayah-Nya saja menunjuk kita ke arah jalan selamat. Namun, ramai manusia menolak hidayah Allah SWT. Mereka lahir sebagai orang Islam, tetapi tidak mahu belajar agama Islam. Mereka dipilih Allah SWT sebagai hamba-Nya yang beriman, tetapi membiarkan dirinya kecundang oleh bisikan nafsu dan syaitan. Mengapa kita menolak hidayah Allah SWT yang berada di dalam hati kita? Allah Taala berfirman bermaksud:

“Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah Al-A'raf ayat: 179).

Biasanya masa membuat mereka bertangguh menerima hidayah Allah SWT. Sampai bila harus menunggu? Jika tulang rapuh dan mata menjadi rabun, fikiran bercelaru, mengapa menunggu kematian menjemput, padahal setiap hari hidayah Allah SWT itu turun ke hati kita. Suka bergaul dengan ahli kelab penganggur. Persekitaran mempengaruhi keperibadian kita. Jika suka duduk bersama dan mendengar perbualan ahli perniagaan berjaya atau pakar motivasi hebat, kita semestinya terpengaruh dengan kata rangsangan dan galakan untuk lebih berjaya.

Namun, jika melepak bersama orang bermentaliti lemah dan kualiti kehidupannya juga rendah, sedikit sebanyak ada pengaruh ditinggalkan dalam karakter diri kita. Lebih baik rajin di dunia dan menganggur di akhirat selama-lamanya daripada memanjangkan angan-angan di sini, namun sengsara tiada penghujungnya di akhirat.

http://ekspress.psz.utm.my/jba/spp/bola-senyum.gif

Isnin, Julai 07, 2008

Tazkirah ringkas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

“Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru tuhannya pada pagi dan senjahari dengan mengharap keredhaanNya , dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia , dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannyadan keadaannya sudah melampaui batas."

(Surah Al-kahfi :28)

1 . Dakwah ditegakkan di atas golongan para mukmin yang ikhlas.

2. Seruan supaya orang mukmin bersabar/tetap pendirian / tidak berasa bosan dan bertindak gopoh.

3. Tetaplah dirimu bersama mereka , duduklah besama mereka, bersahabalah bersama mereka dan

Berilah pengajaran kepada mereka kerana dakwah adalah ditegakkan di atas orang- orang yang

Seperti mereka. (Kepentingan bersama jemaah Islamiyah)

4. Dakwah tidak ditegakkan di atas orang-orang yang kuat dan tidak juga ditegakkan yang bercita-cita menjadi pemimpin, dan tidak juga ditegakkan oleh orang-orang yang menjadikan dakwah sebagai produk jual beli , malah dakwah ditegakkan di atas hati golongan manusia yang bertawajjuh kepada Allah dengan penuh keikhlasan , malah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah semata-mata.

5. Dakwah merangkumi bidang yang sungguh luas selagi ia tidak lari dari konsep Amar makruf ,nahi Mungkar. Bidang-bidang tersebut tidak terangkum melalui persoalan agama sahaja , ia termasuk juga Isu perjuangan moral dan kemasyarakatan .

6. Jangan mudah berputus asa seandainya usaha kita tidak nampak hasil depan mata. “Hanya Allah yang mampu membuka hati seseorang , kita hanya mampu berusaha.

7. Usrah merupakan suatu platform tarbiyah ,(Persatuan Agama Islam/Persatuan Mahasiswa Islam/dll) Sebagai suatu medan amal , suatu pernyatuan penggerak-penggerak dakwah .

8. Ahli-ahli PAI merupakan penggerak-penggerak dakwah, bukan lagi pengikut.

9. Peka terhadap keadaan sekeliling – kebejatan sosial yang melanda maktab sendiri – apakah reaksi dan pendirian kita serta usaha yang kita lakukan untuk menanganinya.

10. Tahu tujuan PAI ditubuhkan.

- kalau setakat buat program , baik apply Persatuan Bahasa Cina , ada juga fungsinya.

- tanzim ini mengumpulkan ikhwan-ikhwan yang sama fikrah , menyokong terhadap perkara yang dipersetujui, berlapang dada terhadap perkara yang diperselisihkan

- Ikhlas join PAI sebab Islam, bukan setakat nak teman kawan atau segan kat kakak senior.

-tanzim sebagai sebuah pressured group terhadap maktab- supaya kebajikan guru pelatih
Islam terpelihara dan dihormati. (contoh : Konsert Rukun Negara belakang surau di mana TIADA APA-APA REAKSI REAKTIF DITUNJUKKAN OLEH GURU PELATIH ISLAM ! Di mana HILANGNYA orang-orang yang mengakui dirinya BERIMAN KEPADA ALLAH , Namun bila Rumahnya dihina sebegitu rupa, diam seribu bahasa !!!)

-tanzim penyebaran dakwah di kampus melalui pelaksanaan aktiviti di surau atau luar surau

-Penerbitan dan pengedaran bahan-bahan tarbiyah dan PAI merupakan sebahagian daripada program pengkaderan para Daie bergelar guru.